MRT : Pemasangan tembok tidak seimbang punca MRT runtuh (3 Gambar)




SUNGAI BULOH – Kejadian blok konkrit landasan Mass Rapid Transit (MRT) seberat 650 tan yang dalam pembinaan jatuh malam tadi dipercayai akibat pemasangan tembok penghadang yang tidak seimbang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Samsudeen, berkata tembok penghadang hanya dipasang pada sebelah bahagian cantuman 14 blok berkenaan sehingga menyebabkan ia jatuh 38 meter ke permukaan.

“Blok konkrit itu dipercayai jatuh akibat tidak seimbang berikutan pemasangan penghadang dilakukan pada sebelah bahagian sahaja. Ia dipercayai terjatuh di sebelah kanan terlebih dulu dan menyebabkan tiga pekerja kontraktor yang berada di atas landasan itu gagal menyelamatkan diri,” katanya pada sidang media di pejabat tapak pembinaan MRT.






Ketika kejadian berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.34 malam tadi itu, empat pekerja Bangladesh sedang bertugas di atas segmen landasan itu. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Mayat mangsa pertama yang dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, 27, dibawa keluar pada jam 2.34 pagi, manakala dua lagi mayat mangsa, Muhammad Faruki Khan, 38, dan Mohammad Aluddin Mollik, 34, dibawa keluar pada jam 1.35 petang.

Ketiga-tiga mayat mangsa terbabit dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mohamed Sabri berkata, seramai 25 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian manakala 19 anggota polis dan 15 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Kita masih meneruskan operasi pencarian sehingga runtuhan blok konkrit di selesaikan kerana bimbang terdapat mangsa yang lain tertimbus sewaktu kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya sedang menunggu laporan awal bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Apabila perkara begini berlaku, apa juga yang terjadi kita perlukan tentukan punca sebenar kejadian. Kita akan dapatkan laporan awal daripada MRT Corp secepat mungkin bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya. – Berita Harian



MRT : Pemasangan tembok tidak seimbang punca MRT runtuh (3 Gambar)

Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat

fauzi nawawi
Fauzi Nawawi


PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi terkejut apabila ada pihak cuba memburukkan namanya sehingga tergamak menuduh dia tidak membayar sewa pejabatnya yang terletak di Cheras dekat sini selama lima bulan.

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, berkata, sehingga kini dia belum pernah berdepan dengan masalah lewat membayar sewa pejabat dan khabar angin negatif itu dianggap sebagai satu gosip yang tidak masuk akal.

“Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer.



“Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?,” soalnya kepada mStar Online.
Pelakon ini diminta mengulas gosip yang kedengaran kononnya dia tidak Pada Rabu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Fauzi tidak membayar sewa pejabatnya selama lima bulan kerana kesempitan wang.


Hal itu dikatakan berpunca kerana dia kurang mendapat tawaran berlakon.


Bagaimanapun, Fauzi menafikan semua tuduhan itu termasuklah memberitahu dia menolak pelbagai tawaran kerana mahu memberi fokus dalam perniagaannya di bawah syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.


“Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan.


“Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru.


“Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah,” ujarnya.


Bagaimanapun Fauzi berkata, dia mengambil khabar angin negatif itu sebagai perkara positif kerana merasakan masih ada pihak yang ingin tahu tentang dirinya.


“Saya anggap, apabila digosipkan mengenai sesuatu perkara, kiranya saya masih diperlukan dalam industri seni tempatan ini. Kalau tak, kira saya dah tak lakulah kan…,” selorohnya.



Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat

Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah


ifa raziah


Ifa Raziah


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menerima sebuah kereta jenis Mercedes C200 daripada suami Mohd Yani Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10 pada Khamis.

Ifa, 39, berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah tersebut kerana tujuan asalnya ke kedai kereta adalah untuk membeli sebuah kereta keluarga.


“Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan saya sebuah kereta Mercedes.


Pada asalnya kami ke kedai kereta adalah untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.


Ifa berkahwin dengan Mohd Yani pada 24 April 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohammad Shakir Aqili yang berusia sembilan tahun.




ifa raziah instagram


Ifa Raziah berkongsi kegembiraannya dengan peminat menerusi Instagram miliknya mengenai hadiah kereta yang dia terima



Manakala dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah, 15, hasil perkahwinan pertamanya.


Tambah Ifa, ia merupakan hadiah pertama sempena ulang tahun perkahwinan mereka, manakala kereta keduanya.”Saya bukan jenis yang suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yang saya pakai hingga sekarang,” ujarnya.


Sementara itu, bercerita tentang kehidupan rumah tangga, Ifa mengakui melalui pelbagai dugaan sepanjang 10 tahun hubungan tersebut.


Katanya, sifat tolaransi dan menerima seadaanya pasangan merupakan kunci kebahagian rumah tangga.


“Sepanjang sepuluh tahun ini memang saya bahagia biarpun apa orang kata tentang saya dan suami, saya tidak pernah peduli.



“Apa yang penting ialah percaya satu sama lain dan menerima diri masing-masing seadanya. Ia menjadi kekuatan kami sehingga kini,” ujarnya.


Tambah Ifa, salah satu pengalaman pahitnya pula apabila diserbu Jabatan Agama Islam Kedah ketika menginap di sebuah hotel di negeri tersebut atas urusan kerja.


Katanya, perkara itu merupakan peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.





mStar Default Image


Contoh kereta Mercedes C200 AMG.


“Saya tidak tahu ini kategori kenangan pahit atau manis tetapi ia memang tidak dapat dilupakan kerana kami disangka berkhalwat, walhal kami suami-isteri.

“Pada malam itu memang kecoh, bagaimanapun semuanya selesai apabila pihak yang membuat serbuan mendapat tahu kami pasangan yang sah,” ujarnya.


Dalam pada itu, Ifa turut memberi nasihat kepada pasangan muda atau yang ingin mendirikan rumah tangga agar memikirkan kesediaan mereka sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama.


Katanya, sebuah rumah tangga yang dibina bukan untuk seketika sahaja, malah sepanjang hayat.


“Saya pun pernah mengalami kegagalan rumah tangga, kita tidak tahu jodoh kita sampai mana tetapi kalau boleh kita kekalkan apa yang kita ada.


“Bagi yang ingin berkahwin perlu fikir sebaik mungkin kerana bila kita berkahwin bermakna kita bersedia untuk berkongsi hidup dengan orang lain,” katanya.



Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah