Arab Saudi Memberi Lesen Kelab Sukan Wanita Buat Kali Pertama


London Olympics Athletics Women


Arab Saudi Memberi Lesen Kelab Sukan Wanita Buat Kali Pertama


| Menurut laporan harian tempatan Al Watan , Arab Saudi membenarkan lesen untuk membuka kelab sukan wanita buat kali pertama. Tahun lepas Arab Saudi menghantar wanita atlet ke Olimpik buat kali pertama dalam sejarah selepas mendapat tekanan dari kumpulan hak asasi antarabangsa.


Sehingga kini, kemudahan senaman wanita seperti gimnasium telah ditetapkan sebagai “pusat kesihatan” dan dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan. Ia telah dilaporkan dalam Al Watan , April lepas bahawa kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa menteri untuk membenarkan kelab-kelab sukan wanita.


Pada hari Jumaat surat khabar tersebut melaporkan bahawa Kementerian Dalam Negeri telah memutuskan untuk membenarkan kelab sukan wanita selepas mengkaji kajian yang menunjukkan kelemahan dalam sistem yang ada sekarang.


Pada Ogos lepas , 2 Arab wanita, pelawan judo Wodjan Ali Seraj Abdulrahim Shahrkhani dan pelari 800 meter Sarah Attar, menjadi yang pertama untuk bersaing untuk negara mereka dalam Sukan Olimpik.


Pada bulan Januari Raja Abdullah menamakan 30 wanita kepada Majlis Syura, sebuah badan yang dilantik untuk perbahasan undang-undang masa depan dan kemudian memberikan nasihat kepada yang tidak sefahaman dengan kerajaan.


Raja Abdullah, dilihat sebagai menolak untuk pendidikan dan melebihkan wanita untuk bekerja, walaupun menghadapi tentangan daripada ulama konservatif berkuasa Kerajaan.


Source: Reuters


————————————————————————————————————————————————


Saya ingin menambah sedikit info tentang wanita dalam bab bersukan ni :


Bukti Menutup Aurat Bukan Penghalang Muslimah Bersukan


Siapa cakap muslimah tak boleh bersukan? Islam tidak melarang wanita dari bersukan. Wanita bertudung masih boleh melakukan banyak pergerakan atau aktiviti selagi tidak melanggar syariat agama. Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berlumba lari dengan isterinya Saidatina Aisyah r.a.


Di dalam sebuah hadis Aishah pernah menceritakan yang bermaksud : “Dia bersama Rasulullah saw di dalam satu perjalanan lalu Rasulullah saw berlumba dengan Aishah maka Aishah mendahului Rasulullah dan mengalahkan Baginda. Maka tatakala Aishah naik gemuk sedikit badannya di waktu itu Rasulullah saw mengalahkan Aishah pula di dalam perlumbaan itu. Maka bersabdalah Rasulullah saw : Ini adalah balasan dari yang lalu “. -Riwayat Ahmad dan Abu Daud


 


Dan siapa cakap kalau nak bersukan atau beriadah kena buka aurat, kena pakai spender, kena telanjang?

Gambar di bawah adalah buktinya :


muslmiah berjubah bola keranjang


Main basketball pakai jubah. Problem?


 


muslimah wushu berhijab


Wushu (comel nya)


 


muslimah taekwando


Tae Kwon Do


 


muslimah ninja


Ninja Muslimah (wow!)


 


muslimah berjubah berkuda


Siapa cakap berkuda kena pakai seluar ketat?


 


muslimah berhijab ragbi


Ragbi


 


muslimah berhijab lawan pedang


Lawan pedang


 


muslimah berhijab angkat berat


Angkat berat (Tabik Spring!)


 


muslimah berenang menutup aurat


Tak pakai bikini pun masih boleh berenang


 


ballet bertudung


Tak pakai skirt pun boleh buat tarian ballet


 


wanita bertudung main bolasepak


Bola sepak


 


tentera muslimah berhijab


Tentera Muslimah


 


72518892PW041_15th_Asian_Ga


Lumba lari (Ruqaya al-Ghasara)


 


peninju wanita berhijab


Tinju


Dah nampak? Tiada sebab dan alasan untuk tidak menutup aurat. Aurat itu hak Allah, bukan hak manusia. Siapa kita untuk kata ‘belum bersedia’ atau ‘belum sampai seru’ sedangkan arahan tu datang daripada ALLAH. Sudah-sudahlah memberi alasan tipikal tu.


Lelaki pun sama. Malu la sikit. Perempuan pun boleh tutup aurat ketika bersukan apatah lagi lelaki walaupun aurat diorang lebih berat daripada kita.


Arab Saudi Memberi Lesen Kelab Sukan Wanita Buat Kali Pertama


The post Arab Saudi Memberi Lesen Kelab Sukan Wanita Buat Kali Pertama appeared first on Hiburan.


like-this-page2