MRT : Pemasangan tembok tidak seimbang punca MRT runtuh (3 Gambar)




SUNGAI BULOH – Kejadian blok konkrit landasan Mass Rapid Transit (MRT) seberat 650 tan yang dalam pembinaan jatuh malam tadi dipercayai akibat pemasangan tembok penghadang yang tidak seimbang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Mohamed Sabri A Samsudeen, berkata tembok penghadang hanya dipasang pada sebelah bahagian cantuman 14 blok berkenaan sehingga menyebabkan ia jatuh 38 meter ke permukaan.

“Blok konkrit itu dipercayai jatuh akibat tidak seimbang berikutan pemasangan penghadang dilakukan pada sebelah bahagian sahaja. Ia dipercayai terjatuh di sebelah kanan terlebih dulu dan menyebabkan tiga pekerja kontraktor yang berada di atas landasan itu gagal menyelamatkan diri,” katanya pada sidang media di pejabat tapak pembinaan MRT.






Ketika kejadian berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.34 malam tadi itu, empat pekerja Bangladesh sedang bertugas di atas segmen landasan itu. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.

Mayat mangsa pertama yang dikenali sebagai Mohammad Elahi Hossain, 27, dibawa keluar pada jam 2.34 pagi, manakala dua lagi mayat mangsa, Muhammad Faruki Khan, 38, dan Mohammad Aluddin Mollik, 34, dibawa keluar pada jam 1.35 petang.

Ketiga-tiga mayat mangsa terbabit dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Mohamed Sabri berkata, seramai 25 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian manakala 19 anggota polis dan 15 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut membantu dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Kita masih meneruskan operasi pencarian sehingga runtuhan blok konkrit di selesaikan kerana bimbang terdapat mangsa yang lain tertimbus sewaktu kejadian,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, berkata pihaknya sedang menunggu laporan awal bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Apabila perkara begini berlaku, apa juga yang terjadi kita perlukan tentukan punca sebenar kejadian. Kita akan dapatkan laporan awal daripada MRT Corp secepat mungkin bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya. – Berita Harian



MRT : Pemasangan tembok tidak seimbang punca MRT runtuh (3 Gambar)

Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat

fauzi nawawi
Fauzi Nawawi


PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi terkejut apabila ada pihak cuba memburukkan namanya sehingga tergamak menuduh dia tidak membayar sewa pejabatnya yang terletak di Cheras dekat sini selama lima bulan.

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, berkata, sehingga kini dia belum pernah berdepan dengan masalah lewat membayar sewa pejabat dan khabar angin negatif itu dianggap sebagai satu gosip yang tidak masuk akal.

“Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer.



“Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?,” soalnya kepada mStar Online.
Pelakon ini diminta mengulas gosip yang kedengaran kononnya dia tidak Pada Rabu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Fauzi tidak membayar sewa pejabatnya selama lima bulan kerana kesempitan wang.


Hal itu dikatakan berpunca kerana dia kurang mendapat tawaran berlakon.


Bagaimanapun, Fauzi menafikan semua tuduhan itu termasuklah memberitahu dia menolak pelbagai tawaran kerana mahu memberi fokus dalam perniagaannya di bawah syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.


“Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan.


“Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru.


“Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah,” ujarnya.


Bagaimanapun Fauzi berkata, dia mengambil khabar angin negatif itu sebagai perkara positif kerana merasakan masih ada pihak yang ingin tahu tentang dirinya.


“Saya anggap, apabila digosipkan mengenai sesuatu perkara, kiranya saya masih diperlukan dalam industri seni tempatan ini. Kalau tak, kira saya dah tak lakulah kan…,” selorohnya.



Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat

Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah


ifa raziah


Ifa Raziah


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menerima sebuah kereta jenis Mercedes C200 daripada suami Mohd Yani Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10 pada Khamis.

Ifa, 39, berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah tersebut kerana tujuan asalnya ke kedai kereta adalah untuk membeli sebuah kereta keluarga.


“Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan saya sebuah kereta Mercedes.


Pada asalnya kami ke kedai kereta adalah untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.


Ifa berkahwin dengan Mohd Yani pada 24 April 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohammad Shakir Aqili yang berusia sembilan tahun.




ifa raziah instagram


Ifa Raziah berkongsi kegembiraannya dengan peminat menerusi Instagram miliknya mengenai hadiah kereta yang dia terima



Manakala dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah, 15, hasil perkahwinan pertamanya.


Tambah Ifa, ia merupakan hadiah pertama sempena ulang tahun perkahwinan mereka, manakala kereta keduanya.”Saya bukan jenis yang suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yang saya pakai hingga sekarang,” ujarnya.


Sementara itu, bercerita tentang kehidupan rumah tangga, Ifa mengakui melalui pelbagai dugaan sepanjang 10 tahun hubungan tersebut.


Katanya, sifat tolaransi dan menerima seadaanya pasangan merupakan kunci kebahagian rumah tangga.


“Sepanjang sepuluh tahun ini memang saya bahagia biarpun apa orang kata tentang saya dan suami, saya tidak pernah peduli.



“Apa yang penting ialah percaya satu sama lain dan menerima diri masing-masing seadanya. Ia menjadi kekuatan kami sehingga kini,” ujarnya.


Tambah Ifa, salah satu pengalaman pahitnya pula apabila diserbu Jabatan Agama Islam Kedah ketika menginap di sebuah hotel di negeri tersebut atas urusan kerja.


Katanya, perkara itu merupakan peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.





mStar Default Image


Contoh kereta Mercedes C200 AMG.


“Saya tidak tahu ini kategori kenangan pahit atau manis tetapi ia memang tidak dapat dilupakan kerana kami disangka berkhalwat, walhal kami suami-isteri.

“Pada malam itu memang kecoh, bagaimanapun semuanya selesai apabila pihak yang membuat serbuan mendapat tahu kami pasangan yang sah,” ujarnya.


Dalam pada itu, Ifa turut memberi nasihat kepada pasangan muda atau yang ingin mendirikan rumah tangga agar memikirkan kesediaan mereka sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama.


Katanya, sebuah rumah tangga yang dibina bukan untuk seketika sahaja, malah sepanjang hayat.


“Saya pun pernah mengalami kegagalan rumah tangga, kita tidak tahu jodoh kita sampai mana tetapi kalau boleh kita kekalkan apa yang kita ada.


“Bagi yang ingin berkahwin perlu fikir sebaik mungkin kerana bila kita berkahwin bermakna kita bersedia untuk berkongsi hidup dengan orang lain,” katanya.



Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah

#MH370 : Terkini Kakitangan MAS Di Tahan Di Beijing

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April.


Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat.


“Sepuluh kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu.


“Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April,” kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April.


“Kakitangan syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang menuntut akses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya.


“Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas,” kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu.


– BERNAMA




#MH370 : Terkini Kakitangan MAS Di Tahan Di Beijing

3 TAHUN BERPURDAH.... AKHIRNYA ROZITA IBRAHIM TERPAKSA MELUPAKANNYA.....

Kisah menarik itu mendapat respon positif dari rakan-rakan muslim lain termasuk kalangan blogger-blogger tempatan. Buat yang tidak tahu, Rozita pernah hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) yang diadakan beberapa bulan lepas.


Di majlis tersebut, beliau sempat berkongsi kisah dan pengalamannya mendirikan perniagaan sendiri walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang tidak dijangka.


Terbaru, menerusi lamam blog rozitaibrahim, Rozita telah berkongsi sebab dan punca sebenar mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berpurdah. Menurut wanita berusia 41 tahun itu, tidak mudah sebenarnya untuk beliau berhenti berpurdah serta-merta namun atas nasihat tiga orang yang arif tentang agama, Rozita akhirnya berhenti juga berpurdah.


Mari baca penjelasan panjang lebarRozita Ibrahim, pengasas syarikat kecantikan Sendayu Tinggi tentang sebab dan punca sebenar beliau tidak lagi memakai purdah.


Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik. Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!


Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.


Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi. Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah


- Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..

- Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..

- Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..


Masalah saya semasa berpurdah,


- Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.


- Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.


Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”


Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??


Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam” itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..


Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..


Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka..Terpaksa..Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..


Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.


Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya


Bicaraperjuangan



Siapa Boleh Tekan Obama - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan kononnya beliau memberi tekanan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila pemimpin dunia itu melawat Malaysia mulai Sabtu.


Perdana Menteri berkata, adalah mustahil untuknya memberi tekanan atau menghalang Obama daripada menemui siapa sahaja ketika kunjungannya nanti.


“Siapa boleh tekan Obama? Beliau Presiden AS, super power.


“Malaysia hanya negara kecil, mana boleh beri tekanan kepada beliau,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat.


Sebelum ini Anwar dilaporkan mendakwa bahawa beliau percaya Najib memberi tekanan kepada Obama supaya beliau tidak berpeluang menemui pemimpin AS itu.


Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan Anwar kononnya beliau menghalang Obama bertemu dengan pemimpin pembangkang di Malaysia.


Sebelum ini, Penasihat Keselamatan AS, Susan Rice dilaporkan mengesahkan bahawa Obama tidak merancang untuk bertemu dengan Anwar yang juga Ketua Pembangkang Malaysia.


Obama akan menjadi Presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad apabila beliau tiba di Kuala Lumpur esok (Sabtu). – Mstar.com.my




Siapa Boleh Tekan Obama - Najib

Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500


Saiful Apek


Saiful Apek



SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lepas.Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun lepas.


Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun.


Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.


Pada 30 Sept tahun lepas, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31; Shaiful Baharom, 27; dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.


Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan kesemua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.


Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini dan pada 22 Mei tahun lepas.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut.


Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.


 




Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500

Isteri Tidak Puas Dengan Hubungan Halal.

SAYA sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahukan. Malah saya menerima dirinya seadanya dan mahu membimbing dia ke jalan yang benar,” ujar Mamat (bukan nama sebenar) ketika meluahkan isi hati mengenai perkahwinannya yang hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan.

Bercerita lanjut Mamat memberitahu, perkahwinannya dilangsungkan berdasarkan cinta dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak walaupun hakikatnya dia mengetahui kehidupan ‘hitam’ yang dilalui bekas isterinya itu sebelum mereka diijabkabulkan.


Sekadar hiasan!

Dia yang juga merupakan seorang hamba Allah yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan bagaimanapun sanggup menerima bekas isterinya itu. Malah berniat untuk membimbing dan seterusnya meninggalkan kehidupan yang lalu.


“Secara jujur saya beritahu, kehidupan bekas isteri saya dahulu boleh dikatakan seperti pelacur kelas atasan.


“Ini kerana setiap lelaki yang berdampingan dengannya pasti akan dibawa ke ranjang.


“Walaupun dirinya keji begitu saya sanggup ‘kutip’, malah menerima dia seadanya dan melupakan segala kehidupannya yang lalu.


“Tapi saya tidak pernah menyangka semuanya hanya lakonan. Dia tetap meneruskan kehidupannya bertukar-tukar pasangan dan mengajak teman-teman lelakinya ke ranjang selepas kami berkahwin,” ujarnya lanjut.


Tidak cukup dengan itu, menurut Mamat, segala pemberian semasa perkahwinan mereka dahulu termasuklah wang hantaran berjumlah RM10,000 semuanya diserahkan kepada teman-teman lelakinya.


Mamat yang ternyata kecewa dengan perangai bekas isterinya pada mulanya tidak mempercayai bahawa wanita itu sanggup berbuat demikian memandangkan dia pernah berjanji untuk meninggalkan segala-galanya untuk memulakan kehidupan baharu.


Ternyata janji tinggal janji. Malah Mamat memberitahu, bekas isterinya seolah-olah amat ketagih dengan perangai lamanya yang dahagakan seks lelaki lain serta tidak puas dengan hubungan intim ‘halal’ bersama suaminya sendiri.


Mamat pernah terfikir sekiranya bekas isterinya itu sanggup dan ingin berubah sudah pasti dia akan memikirkan mengenai dirinya yang sudah ‘kotor’ dan ‘tercemar’ sanggup pula diterima oleh seorang lelaki yang telah mengetahui segala-galanya mengenai kegiatan tidak bermoral dirinya selama ini.


Apa yang lebih mengecewakan Mamat, bekas isterinya tidak pernah rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.


Dia juga pernah menipu Mamat dengan memberitahu bahawa dia perlu bekerja di luar daerah. Tetapi pada hakikatnya dia pergi berfoya-foya dengan teman lelakinya di sebuah pusat peranginan terkenal di Pahang.


“Sebenarnya daripada ‘kerja luar daerah’ itulah segala-galanya terbongkar, apabila saya menjumpai resit dia menginap di sebuah hotel di pusat peranginan tersebut.


“Bukan itu sahaja, saya turut menjumpai resit minuman di pusat peranginan itu yang tercatat pukul 3 pagi dan hanya ada dua pesanan minuman sahaja dibuat.


“Waktu itu saya berasa sangat dihina dan ditipu hidup-hidup. Setelah bertanya dan disoal, akhirnya bekas isteri saya mengaku berada di pusat peranginan itu bersama kekasihnya,” katanya dalam nada sebak.


Begitupun, Mamat berkata, dia tetap memaafkan bekas isterinya itu dan ingin memberi peluang kedua kepadanya.


Namun lain pula yang jadi apabila seorang rakan memberitahu dia terserempak dengan bekas isterinya dengan lelaki lain dalam keadaan begitu intim.


Mamat yang begitu tawar hati dengan perangai bekas isterinya yang telah diberikan peluang untuk menginsafi diri itu akhirnya mengakibatkan mereka berdua bergaduh.


Dalam pergaduhan itu bekas isterinya sanggup menghina dan mencerca dirinya.


Kata Mamat, dia sememangnya tidak pernah menyangka bahawa bekas isterinya sanggup menghina dirinya semata-mata ingin bersama dengan teman-teman lelakinya.


Dia akhirnya mengambil keputusan bercerai dengan wanita itu.


Apa yang lebih mengejutkan Mamat, selepas perkara tersebut berlaku, dia cuba berbincang perkara itu dengan keluarga mentuanya tetapi sangkaannya tidak seperti yang diharapkan.


“Cuba bayangkan, saya berkunjung ke rumah mentua di Pantai Timur untuk berbincang mengenai perkara tersebut serta memberitahu perkara yang telah berlaku antara saya dengan anak mereka.


“Tetapi apa yang mengejutkan ialah mereka tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh saya. Mentua menyokong apa yang dilakukan oleh anak mereka.


“Di sini nampak sangat seolah-olah mereka tahu mengenai kegiatan anak mereka selama ini tetapi tidak menegah apatah lagi memberi nasihat untuk meninggalkan segala perbuatan terkutuk itu,” jelasnya.


Mamat yang kini tetap menduda tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain. Peristiwa tersebut tetap segar dalam ingatan walaupun telah berlaku empat tahun yang lalu.


Yang pasti, hari ini setelah empat tahun, Mamat baru-baru ini akhirnya menerima permohonan maaf daripada bekas isterinya atas apa yang telah dilakukan.


Malangnya Mamat menegaskan, dirinya sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas isterinya itu.


Mamat memberitahu dia sebenarnya bukan berdendam tetapi sehingga kini telinganya masih terngiang-ngiang segala cercaan serta makian yang pernah dihamburkan oleh bekas isterinya itu.


Walaupun tidak pernah ambil peduli lagi akan kehidupan bekas isterinya selepas mereka bercerai, Mamat mendapat tahu bahawa bekas isterinya kini terkontang-kanting ditinggalkan oleh setiap teman lelakinya apabila telah mendapat teman wanita lain.



Sekadar hiasan!

“Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dalam hal saya ini mungkin tuhan ingin menunjukkan saya sesuatu.


“Mula-mula teman lelakinya meninggalkannya untuk seorang wanita lain dan selepas ini tidak tahu pula apa yang akan berlaku.


“Cuma satu apa yang saya harapkan agar dia segera bertaubat dan menginsafi dengan apa yang telah berlaku sebelum semuanya terlambat kerana ajal maut kita tidak boleh jangka,” beritahu Mamat sebelum mengakhiri bicara.



Isteri Tidak Puas Dengan Hubungan Halal.









MH370 - Catat Tempoh Hilang Paling Lama.


Kuala Lumpur – Kehilangan pesawat MH370 yang memasuki minggu kedua, tanpa petunjuk nyata mengenai lokasinya mengatasi rekod jumlah hari kehilangan pesawat komersial sejak 1972.


Tempoh pesawat hilang paling lama dalam sejarah penerbangan moden sebelum ini adalah 10 hari membabitkan pesawat tambang murah Adam Air 574, yang hilang pada Januari 2007 di luar pantai Sulawesi Selatan, Indonesia.


Hilang dari radar


Pesawat Boeing 737-400 yang membawa 102 penumpang dan anak kapal dari Surabaya menuju Manado itu secara tiba-tiba hilang dari radar akibat cuaca buruk.


Pelbagai spekulasi timbul antaranya pesawat itu melanggar gunung setinggi 8,000 kaki di Rangon, Sulawesi Barat, namun disangkal apabila cebisan bangkai pesawat ditemui nelayan selepas 10 hari nahas berlaku.


Kotak hitam pesawat itu hanya ditemui selepas tujuh bulan, namun bangkai lengkap pesawat Adam Air masih belum ditemui sehingga hari ini dipercayai terhempas di Selat Majene, perairan Laut Sulawesi.


Pesawat Air France AF447 jenis Airbus A330-203 yang membawa 216 penumpang dan 12 kru, yang hilang di Lautan Atlantik ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis, ditemui lima hari kemudian.

Nahas itu berlaku selepas tiga jam 45 minit ia berlepas menyebabkan semua 228 orang di dalamnya terbunuh.

Sempat salur mesej


Bagaimanapun, sebelum hilang daripada radar, pesawat Air France AF447 menyalurkan mesej automatik mengenai kedudukannya dan pelbagai masalah teknikal menerusi Sistem Laporan dan Penerimaan Komunikasi Pesawat (ACARS) selama tiga minit.


Walaupun mempunyai banyak petunjuk dan dengan bantuan kelengkapan paling canggih, operasi mencari hanya mengesan serpihan pesawat dan mayat pertama pada hari kelima, manakala kotak hitam hanya ditemui dua tahun kemudian.


Bagaimanapun, pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal, termasuk pasukan ragbi dari Montevideo yang terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972, hanya ditemui selepas 72 hari.


 



MH370 - Catat Tempoh Hilang Paling Lama.




Bayi Kembar 12 Terpaksa Di Bunuh Di China.


Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.


“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”


“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.


Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya.



“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!


Rosyam Nor ajak peminat ke Selawat Perdana



DISEBALIK seluruh Malaysia sedang bersedih dengan kehilangan pesawat MH370, Mizz Lahar juga menerima tempiasnya. Kalau sebelum ini ligat berjalan ke sana sini, sekarang terpaksa terperuk di rumah sambil setia menonton perkembangan terkini pesawat MH370.


Walaupun duduk di rumah tetapi perkembangan terkini dunia hiburan tetap dalam tangan Mizz Lahar. Khabarnya ramai selebrti terkenal memberi sokongan terhadap program Selawat Perdana 1435H – Malam Cinta Allah dan Rasul yang akan berlangsung pada 21 Mac di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya pukul 8 malam.


Antara selebriti yang memberi sokongan padu ialah aktor dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor yang turut hadir pada majlis sidang akhbar program tersebut baru-baru ini.

Ujar Rosyam, walaupun sibuk dengan kerjaya, tugas sebagai seorang muslim jangan dilupakan. Segala kejayaan yang dimiliki hari ini adalah pemberian daripada Allah.

“Saya menyeru kepada peminat dan juga semua orang beragama Islam untuk sama-sama hadir pada majlis Selawat Perdana ini. “Jika kita dengan mudah boleh hadir pada mana-mana konsert yang mengenakan bayaran sehingga ratusan ringgit, apalah sangat untuk hadir pada program Selawat Perdana yang diadakan secara percuma,” kata Rosyam.

Selain Rosyam, artis lain yang mengambil bahagian dalam program ini ialah Aziz M. Osman, Zizan Razak, Mawi, Adira, Nora Danish, Erra Fazira, Shahir, Nabil Ahmad, Rita Rudaini, Johan As’ari, Hazama, Fizz Fairuz, Angah Raja Lawak, Jep Sepahtu, Tomok, Zahida Rafik, Irma Hasmie, Faizal Ismail, Puteri Sarah Liyana, Mila Jirin, Yatt Hamzah, Dazrin Kamaruddin, Abby Nazri, Adam AF, Corrie, Siti Nordiana, Atie AF dan Fify Natasha.

Bagus ada pelakon seperti Rosyam yang tidak pernah lupa asal usulnya. Walaupun sekarang sudah bergelar Datuk, setiap kali bertemu tidak pernah menyombong, bahkan dia masih seperti dahulu tidak kering dengan lawak jenakanya.

Mizz Lahar: Artis sekarang, baru popular sikit, sudah mula tunjuk belang walaupun hakikatnya mutu lakonan tiada beza dengan batang kayu.



Rosyam Nor ajak peminat ke Selawat Perdana

Foto Penutup Panel Sayap Pesawat Boeing 757 Tercabut Semasa Terbang !!


 


ATLANTA: 179 penumpang cemas apabila bahagian penutup panel sayap kapal terbang Boeing 757 milik Delta Air Lines yang berlepas dari Orlando ke Atlanta, Amerika tercabut.


Sebelum itu, para penumpang terdengar dentuman yang kuat dan mereka mendapati panel penutup sayap pesawat berkenaan terbuka sehingga ternampak instrumen sayap berkenaan, lapor NBC.com.


Ekoran dari kejadian itu, kapten pesawat mengisytiharkan kecemasan dan mereka selamat mendarat pada jam 7.10 di Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson Altanta dengan selamat.



Pejabat Delta Air Lines memaklumkan kepada pihak berkuasa, penerbangan FAA bahawa panel sayap berukuran 4×8 kaki tercabut sehingga menampakkan roda dan rangkaian kabel.


Menurut wakil Delta, bahagian panel yang tercabut itu tidak mendatangkan bahaya pada penerbangan dan pendaratan pesawat itu.


Sumber: My Media Hub



Foto Penutup Panel Sayap Pesawat Boeing 757 Tercabut Semasa Terbang !!

Status Terakhir Facebook Penumpang Pesawat Misteri




Status dalam Facebook Nourmohammadi menunjuk kan yang dia betul-betul bersemangat untuk pergi ke Jerman, di mana ibunya berada dan memulakan kehidupan barunya di sana. Rupanya perjalanannya untuk ke Jerman tidak berjalan lancar apabila 8 mac lalu pesawat yang dinaiki hilang secara misteri dan sehingga artikel ini ditulis masih belum diketahui di mana sebenarnya pesawat tersebut berada..


Nourmohammadi sebelumnya membuat status yang menandakan dia akan melakukan perjalanan yang akan mengubah hidupnya. “Kerana beberapa masalah, saya akan menutup sementara akaun saya. kawan-kawan, saya serius, jika saya pernah melakukan kesalahan maafkan saya, kerana mungkin…” tulisnya dalam akaun Facebook.



Kemudian dia memuat naik gambar-gambarnya ketika berada di sini (Malaysia). Ketika salah seorang rakan nya bertanya adakah dia akan kembali, dia menjawabnya dengan kata “tidak”.



Sejak perjalanannya untuk keluar dari Iran, keceriaannya sebagai seorang remaja yang biasanya terlihat di Facebook hilang. Statusnya lebih serius. Dan setelah pemeriksaan passport di Kuala Lumpur, dia membuat status terakhirnya, “Thank you to everyone who has been praying for me, I am safe. ”


Ramai rakan-rakan yang meninggalkan komen di facebook nya berkata seandainya Nourmohammadi menulis status yang sama sekali lagi sudah pasti ramai yang akan mendoakan nya..



Kerajaan Malaysia mengemukakan, remaja ini kemungkinan bukan pengganas seperti yang diduga sebelum ini. Polis Malaysia sempat menghubungi Ibu Nourmohammadi yang berada di Jerman. Remaja berusia 19 tahun ini hanya berusaha pergi ke Jerman kerana masalah ekonomi yang mereka alami di negara asal mereka, Iran.


 

-sumber


Status Terakhir Facebook Penumpang Pesawat Misteri

Petunjuk Baru, Pesawat Mungkin Terhempas Di Lautan Hindi - USS Kid

mynewshub.my


Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mendakwa mempunyai petunjuk bahawa MH370 milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mungkin telah terhempas di Lautan Hindi dan sedang mengerakkan kapal USS Kidd ke kawasan berkenaan.


Ia akan mengambil masa hampir 24 jam sebelum kapal berkenaan tiba ke posisi yang diingini, Pegawai Kanan Pentagon memberitahu ABC News.


“Kami mempunyai petunjuk kapal berkenaan terhempas di Lautan Hindi,” kata pegawai berkenaan.




Pegawai berkenaan berkata, wujud petanda bahawa kapal itu terbang selama empat atau lima jam selepas hilang dari radar dan mereka percaya ia menjunam ke dalam air.


Tindakan AS ini beberapa jam selepas pihak berkuasa Malaysia mengumumkan kawasan pencarian diperluaskan sehingga ke kawasan Laut Andaman dan turut disertai kerajaan India.


 

mynewshub


Petunjuk Baru, Pesawat Mungkin Terhempas Di Lautan Hindi - USS Kid

Air Asia India Di Halang Beroperasi Di India




AirAsia India nampaknya terus berdepan “halangan” untuk memulakan operasi penerbangannya di New Delhi dengan yang terbaharu daripada syarikat penerbangan swasta yang mahu pihak berkuasa menyekat kemasukan syarikat penerbangan tambang rendah itu.


Syarikat penerbangan India, iaitu Jet Airways, GoAir, Indigo dan SpiceJet, dikatakan menentang kemasukan AirAsia.


Syarikat-syarikat itu dikatakan membantah pengeluaran lesen penerbangan kepada AirAsia India, demikian lapor Media India yang memetik sumber yang enggan dikenali daripada Director-General of Civil Aviation (DGCA).


AirAsia India, usaha sama 49:30:21% antara AirAsia, Tata Sons dan Arun Bhatia of Telestra Tradeplace, dilancarkan pada Februari tahun lepas dan kemudiannya diluluskan oleh Lembaga Penggalakan Pelaburan Asing (FIPB) dan Kementerian Penerbangan Awam.


Ia juga menerima Persijilan Tiada Bantahan daripada Kementerian Penerbangan Awam.


“Kami merupakan syarikat penerbangan asing pertama yang dibenarkan untuk pergi lebih jauh setakat ini di India. Ramai yang mahukan kami. Ada juga segelintir yang tidak mahukan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini.


DGCA juga meluluskan semua kemudahan latihan AirAsia India.


AirAsia India, syarikat penerbangan pertama dilancarkan sejak kerajaan India pada September 2012 membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49% oleh syarikat penerbangan asing dalam sektor penerbangan awam, menyasar untuk memulakan operasi dalam tempoh enam bulan selepas pelancarannya.


Bagaimanapun, laporan membayangkan ia hanya boleh bermula kemungkinan September tahun ini.


Terdahulu pada tahun ini, kerajaan India meminta orang awam untuk membuat bantahan baharu, sekiranya ada, terhadap langkah membenarkan syarikat penerbangan itu memulakan operasi di negara yang memiliki jumlah penduduk seramai 1.3 bilion, yang mana hanya kira-kira 1% menggunakan perkhidmatan penerbangan.


Tindakan ini diambil meskipun hakikatnya AirAsia India telahpun melalui proses yang sama tahun lepas.


Seorang ketua parti politik, Subramanian Swamy, juga membawa kes ke mahkamah tahun lepas, membantah kelulusan diberikan kepada AirAsia India untuk melancarkan syarikat penerbangan.


Nampaknya, industri penerbangan India, yang menanggung hutang kira-kira AS$12.6 bilion dan kerugian kumulatif AS$8.6 bilion takut dengan persaingan baharu yang akan menyebabkan mereka menanggung lebih banyak kerugian. – Bernama



Air Asia India Di Halang Beroperasi Di India

AirAsia Aniaya Mahasiswa ?!!




Kuala Lumpur, tiada tolak ansur dan langsung tidak berjiwa masyarakat selain tidak berhati perut dengan hanya mengaut keuntungan semata-mata yang dapat menyifatkan rasa tidak berpuashati sekumpulan pelajar Institut Pengajian Tinggi terhadap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.


Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.


Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.


Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.


Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.


“Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum berlepas.


Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada penerbangan sebelumnya.


“Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.


Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak termasuk bagasi tambahan.


Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan ke bahagian lost and found.


Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia, mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.


Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.


*Luahan Hati seorang daripada pelajar tersebut di laman sosial*


Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!

 


Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANAYAI tak wajar berlaku!


Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.


Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.


Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sbb ini akan menganggu schedule penerbangan”. Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!


Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.


Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!


Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.


Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU!

SENANG JE KAN!!


Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!


Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!


Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..


HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!


Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teranayai dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!


So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!


Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.


Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!!

#BYE #HateAirAsia


 

 

-Mforum.cari

 

foto hiasan


AirAsia Aniaya Mahasiswa ?!!

Terkini ; Suspek Bunuh Ketua Cawangan Dap Di Tangkap !




Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kematian bekas Pengerusi DAP Cawangan Kampung Jering yang terbunuh selepas terkena beberapa das tembakan di hadapan rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar malam kelmarin.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek yang berusia 56 tahun ditahan dalam satu serbuan di kampung berkenaan pada pukul 11.10 malam tadi.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


 



Terkini ; Suspek Bunuh Ketua Cawangan Dap Di Tangkap !

Foto ;Bekas Kaki Buli; Maut Insiden Langgar Lari...Al-Fatihah


 


“Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang jaya yg femes dengan video klip Lan Todak tak lama dulu? Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.


Di tengah yang pakai baju merah tu namanya Allahyarham Munir. Dia dah banyak berubah setelah kes tersebut. Tak lupa sembahyang. Pagi tu semasa nak ke sekolah di SMK Taman Inderawasih. Motor Allahyarham terlanggar motor yang terlibat kemalangan sebelum itu lalu dia tercampak dan meninggal dunia.


Arwah meninggal pada pagi Jumaat. Jenazahnya tiba di Surau Tuna jam 1230 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya jam 1 tengahari. Arwah dah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas kebajikan, dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau/masjid. Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibubapa dan mangsa buli tersebut.”


 

Terkini ; SAH !! Erra Fazira Bercerai Talak Satu

Photo: Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin. Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi. Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.

 

Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.


Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.


Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.



Terkini ; SAH !! Erra Fazira Bercerai Talak Satu

Gambar Terkini Adira yang Semakin Cantik Bertudung

Foto : Adira Makin Cantik Bertudung

Bagi peminat-peminat setia Adira yang sering mengikuti perkembangannya di laman sosial, pasti perasan dengan perubahan penyanyi ini.


Sejak beberapa bulan lepas, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan ini dilihat mula mencuba memakai tudung sedikit demi sedikit apabila keluar rumah.

Sebaik melihat fotonya bertudung, ramai yang tertanya-tanya sama ada Adira sudah benar-benar berhijrah atau sekadar memenuhi permintaan orang terdekat sahaja.


Teman lelakinya, Shahrul Nasrun yang juga Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M) pernah menghadiahkan sehelai selendang untuk kegunaan Adira.

Dan menerusi foto terbaru yang dikongsikannya malam semalam, Adira kelihatan sangat manis apabila kepalanya dilitupi selendang hitam dengan kemas.

Foto : Adira Makin Cantik Bertudung

Kebanyakan pengikut Adira di Instagram gembira melihat perubahannya dan rata-ratanya menyatakan Adira lebih cantik sekiranya berhijab.

Foto : Adira Makin Cantik Bertudung

Namun jika melihat perkongsian sebelum ini, masih ada lagi foto-foto Adira yang belum bertudung sepenuhnya. Mungkin anak kelahiran Sabah ini sedang mencari waktu yang sesuai untuk berbuat demikian.

Biarpun begitu, penyanyi putih melepak ini langsung tidak kekok menggayakan tudung yang dipakai dan penampilannya nampak seperti sudah lama berhijab.

Buat semua pembaca cantikje, di bawah ini kami sertakan beberapa keping foto Adira yang semakin comel untuk tatapan anda.

Adira-5

Adira-4

Adira-3

Kredit foto Ohbulan.com


Gambar Terkini Adira yang Semakin Cantik Bertudung

Foto Suspek Bunuh Adik Nursyafikah?!!


Ini dia suspek kes bunuh kanak-kanak yang berumur 2 tahun telahpun ditangkap.!




Semoga mendapat balasan setimpal dengan apa yang telah beliau lakukan terhadap mangsa..

 



Foto Suspek Bunuh Adik Nursyafikah?!!

Teman Lelaki Bogelkan Kekasih Yang Jadi Tebusannya




Seorang pekerja pembinaan di China, menjadikan teman wanitanya sebagai tebusan di atas bumbung selepas ibu bapanya dilaporkan enggan meluluskan perkahwinan mereka.


Beratus-ratus penonton dan polis bersenjata memerhatikan lelaki itu melucutkan seluar dan memerintahkan teman wanitanya untuk melakukan perkara yang sama supaya dia diaibkan di hadapan jiran-jiran mereka.


Lelaki itu, yang dikenal bernama Lin berusia 32 tahun. Beliau memegang teman wanitanya di tekak dan melambai pisau potong daging dan berbicara dengan perunding terlatih memujuknya turun dari bumbung kediaman.


Polis dan tentera yang mengepung sekeliling banggunan, dan lelaki separuh bogel yang dikatakan meminta kereta untuk dirinya sendiri dan teman wanitanya. Akhirnya lelaki dan teman wanitanya yang menjadi tebusannya turun dari bumbung.


Tetapi dalam perjalanan ke arah kereta, pegawai polis berjaya menarik dia dari teman wanitanya dan menjatuhkannya ke tanah. Beliau digari di hadapan beratus-ratus penonton yang terpegun.


Dan menurut laporan, walaupun ibu bapa sendiri telah meluluskan perkahwinan semasa di tempat kejadian. Lelaki itu kini menghadapi hukuman penjara yang panjang.









Kaka enggan tumpang populariti Ella

Kaka

MELIHAT perlakuan dan imej penyanyi ini akan terus mengingatkan kita kepada Ratu Rock tanah air, Ella. Mana tidaknya, umpama kuah tumpah ke nasi, Kaka merupakan anak kepada arwah abang Ella, Allahyarham Nor Azraff Aminuddin.

Disebabkan itulah, Kaka turut mewarisi bakat nyanyian hebat melalui ibu saudaranya itu.

Kaka yang kini sedang popular dengan lagu duetnya bersama Zizan Razak, Infiniti Cinta berkata, dia bagaimanapun mahu membina nama atas usaha sendiri dan tidak mahu dikatakan menumpang populariti Ella.

Berbeza dengan pembawaan muzik ibu saudaranya, Kaka mahu ketengahkan muzik pop, R&B dan Soul.

“Alhamdulillah, saya mewarisi bakat nyanyian daripada keluarga. Saya juga sangat suka menyanyi dan mahu orang mendengar corak nyanyian dan muzik pilihan saya sendiri,” katanya.

Selain menyimpan impian mahu bekerjasama dengan Datuk M Nasir dan Yuna, Kaka juga mahu meneruskan lagi kolaborasi dengan Zizan.

Baginya, Zizan banyak membantu dan memberi peluang untuknya mengetengahkan bakat. Malah percaturan duet pertama mereka menerusi lagu, Bawaku Pergi pada tahun 2011 mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik meskipun tercetus sedikit kontroversi.

Pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff, 24, ini berkata, selepas dua lagu duet itu, dia bakal tampil dengan single solo pertamanya, Terpulanglah.

“Menerusi lagu ini saya mahu sesuatu yang menyerlahkan lagi vokal dan teknik nyanyiannya kepada R&B dan soul.

“Saya harap dengan kehadiran lagu ini peminat akan lebih tahu saya juga berkemampuan membawa nyanyian solo dan bukannya duet saja,” katanya.

Pernah membintangi teater sebelum ini, Kaka turut menyimpan hasrat bergelar pengacara suatu hari nanti.

“Saya mahu menjadi artis serba boleh. Saya yakin, peluang memperluaskan bakat masih terbuka, tambahan saya juga amat meminati dunia lakonan dan pengacaraan,” katanya yang mengakui ada menerima tawaran

mengacarakan sebuah program berbentuk travelog untuk sebuah stesen televisyen.

Ditanya mengenai kekasih hati, Kaka mengakui masih belum menemui calon yang sesuai.

“Buat masa sekarang, saya masih selesa berkawan dengan semua orang. Tapi kalau ditanya tentang lelaki idaman, tentulah saya mahukan seorang yang soleh dan mampu membimbing saya. Dia juga mestilah dapat menerima keluarga saya,” katanya.




Kaka enggan tumpang populariti Ella

Aidil Zafuan Syukur, Keluarga Restu Bakal Isteri




PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan meluahkan rasa syukur apabila kekasihnya, Zarema Zainal yang bakal dikahwininya pada Mac depan mendapat restu keluarga.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, berkata, dia percaya restu keluarga merupakan perkara yang sangat penting kerana ia menjamin masa depan perhubungannya bersama bakal isteri.

“Alhamdulillah, keluarga merestui perhubungan saya dan Zarema, itu perkara penting bagi pasangan yang ingin berkahwin.

“Saya tak mahu perkara lama (perkahwinan tanpa restu) berulang lagi. Insya-Allah kami akan berkahwin pada Mac depan,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Bagaimanapun tambah Aidil tiada sebarang persiapan perkahwinan yang dibuat lagi, malah tarikh perkahwinan juga belum ditetapkan.

Dalam pada itu, Aidil berkata dia berharap perkahwinan kedua ini akan kekal selamanya dan pada masa sama ingin mengubah diri menjadi seorang suami yang lebih bertanggungjawab.





“Bak kata orang, pengalaman mengajar kita. Begitu juga dengan saya, segala kekurangan saya dalam perkahwinan terdahulu, saya ingin memperbaikinya pada perkahwinan akan datang agar dapat menjadi seorang suami yang baik.

“Yang penting untuk perkahwinan ini, suami dan isteri perlu menjaga hati dan perasaan masing-masing agar tiada pihak yang terasa hati. Doakan jodoh kami, Insya-Allah,” ujarnya.

Aidil t sah bercerai talak satu dengan aktres Rita Rudaini pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Aidil kepada Rita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.

Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.


Fitnah Rozita Che Wan : Lelaki Menyamar Sebagai Che Ta


 


“Saya buat laporan polis bagi membersihkan nama saya dan bagi menghalang lelaki itu daripada terus menipu orang lain pula,” kata pelakon Rozita Che Wan mengenai seorang lelaki menyamar sebagai dirinya dan memperdaya pereka fesyen sehingga kerugian RM19,000.


Rozita, 40, yang mendakwa kenal identiti individu di sebalik perbuatan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, dekat sini, jam 7.30 malam tadi.


Menurutnya, kegiatan penipuan individu itu sampai ke pengetahuannya selepas seorang pereka fesyen memintanya bayaran RM19,000 melalui akaun Instagram baru-baru ini untuk bayaran 70 pasang baju pengantin.


Rozita yang mesra dengan panggilan Che Ta berkata, pereka fesyen itu memberitahu menerima tempahan baju pengantin daripadanya untuk majlis persandingannya di Kedah.


“Padahal saya tak buat pun majlis bersanding di Kedah. Saya percaya lelaki penipu itu menggodam akaun Instagram saya dan menyamar sebagai saya untuk membuat tempahan dengan pereka fesyen terbabit.-Lapor myMetro



Fitnah Rozita Che Wan : Lelaki Menyamar Sebagai Che Ta

Foto Kilat Sambar Wanita Tepi Pantai

GAMBAR: Detik Tragik Wanita Disambar Kilat Di Tepi Pantai...


 


Seorang ibu terbunuh serta merta apabila disambar kilat di sebuah pantai di Brazil.

 Detik Tragik Wanita Disambar Kilat Di Pantai

Insiden berlaku ketika Rosangela Biavati, 36, berlari ke gigi air sambil menjerit dan mendepangkan tangan kepada anak lelakinya yang sedang mandi di pantai agar segera naik.


article-2540092-1AB044E800000578-577_964x591



Bagaimanapun sebaik sahaja dia habis berteriak muncul pancaran kilat dari langit menyambar tubuhnya membuatkan dia terus terkulai.


article-2540092-1AB0328900000578-359_964x721


Suami dan rakan-rakan lain berkejar memberikan bantuan termasuk menekan dada Rosangela namun dia tidak memberikan sebarang respon sebelum disahkan sudah meninggal dunia.


braz2

braz5

Kejadian ini dirakamkan sejak mula oleh seorang jurugambar yang kebetulan berada di pantai tersebut.

Orang ramai sememangnya diberi amaran agar tidak berada berdekatan air ketika cuaca mendung kerana bimbang disambar kilat tetapi kejadian ini membuatkan sesetengah pihak berpendapat amaran sahaja tidak cukup.

Sebaliknya, kawasan pantai harus ditutup daripada dimasuki orang ramai apabila cuaca buruk



Foto Kilat Sambar Wanita Tepi Pantai