Norman tidak terkejut Abby Abadi dapat suami muda

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.


Mengenali bekas isterinya, Abby Abadi sebagai seorang yang penuh dengan kejutan, justeru pelakon Norman Hakim tidak terkejut dengan berita pernikahan wanita itu dengan lelaki muda, baru-baru ini.


Malahan aktor itu sudah menghidu hubungan pasangan tersebut lebih awal dan berita pernikahan pasangan berkenaan diterimanya dengan baik.


Norman berkata dia dan isterinya (Memey Suhaiza) pernah berjumpa dengan suami Abby sekarang sebelum mereka berkahwin dan mereka seperti dapat mengagak jalinan perhubungan pasangan itu yang nampak mesra.


“Saya dan Memey hanya dengar sahaja berita ini dan tahu-tahu dia dah kahwin. Saya tidak terkejut dengan keputusannya memandangkan dia sering memberi kejutan dalam apa-apa perkara sekalipun.


“Kami terima pegangannya iaitu Allah didahulukan. Sebab itu mereka berkahwin dahulu, baharulah dia selesaikan hal duniawi pula. Kami hanya doakan yang terbaik,” katanya.


Tambah Norman, dia berharap agar perkahwinan itu juga tidak akan menimbulkan sebarang persoalan negatif kerana Abby mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan dirinya dan keluarga.


Dalam pada itu, Norman juga berharap agar Farhan dapat membimbing Abby serta tiga orang anaknya (hasil perkahwinan Norman dengan Abby) iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5, dengan baik.


Abby Abadi dan suaminya, Farhan.Abby Abadi dan suaminya, Farhan.


Abby, 36 yang juga bekas anggota kumpulan Elite telah berkahwin dengan pemuda 12 tahun lebih tua daripadanya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya bulan Ramadan.


Mereka dikatakan bertentang mata di sebuah pasar raya sebelum membuat keputusan untuk bernikah kira-kira dua minggu perkenalan. Bagaimanapun Abby mahu merahsiakan lokasi pernikahan mereka atas sebab-sebab tertentu.

Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih




NASHA mengakui dia tidak berdiet pada hari raya dan boleh makan apa sahaja.BERTEMU dengan pelakon yang kekal cantik seperti dulu, Noraishah Abdul Aziz atau Nasha Aziz, pada majlis berbuka puasa bersama media dan tayangan program Aidilfitri Astro di Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, ada perkara menarik yang dikongsikannya.

Biarpun sedar peluang untuk menyingkap mengenai perihal peribadinya terutama mengenai teman hidup adalah satu hal yang mustahil, sedikit sebanyak pelakon dan juga model yang kini berusia 42 tahun itu lebih terbuka bercerita mengenainya.


Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005 menerusi filem Trauma itu mengakui, dia sangat sunyi tanpa kekasih lebih-lebih lagi ketika menyambut kehadiran Syawal.


Baginya, jika orang lain gembira menyambut Syawal dengan kekasih hati dia pula sebaliknya.


“Sambutan raya saya sama sahaja setiap tahun. Sunyi, tanpa kekasih,” ulasnya ringkas sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah hubungannya dengan promoter konsert terkenal, Nur Iman Tang sudah putus?


Enggan mengulas panjang jawapannya itu, ujar Nasha: “Nak buat macam mana kalau saya belum ada kekasih biarpun pada usia yang kini sudah mencecah 42 tahun.



Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih

Tubuh bayi terbakar sendiri 4 kali



Tubuh terbakar spontan

Doktor mengesahkan Rahul mengalami kesan melecur tahap 10

 

 

CHENNAI – Seorang bayi lelaki berumur tiga bulan di India melecur teruk selepas ibu bapa mangsa mendakwa sebahagian tubuhnya terbakar secara spontan sebanyak empat kali sejak lahir.


Menurut ibunya kepada DailyMail, Rahul pertama kali mengalami keadaan itu ketika dia berumur sembilan hari.


Susulan daripada kejadian misteri tersebut, anaknya dimasukkan ke unit rawatan rapi di Chennai dan disahkan melecur tahap 10, minggu lalu.


Ketua pediatrik, R Narayana Babu berkata, bayi tersebut kini stabil dan diletakkan di bawah pemerhatian.


“Keadaan ini mungkin berlaku akibat tindak balas gas ke atas kulitnya. Bagaimanapun, puncanya sukar dikenal pasti kerana Rahul tidak mempunyai sebarang rekod perubatan,” jelasnya lagi.



Sementara itu, doktor di Hospital Kolej Perubatan Kilpauk memaklumkan mereka akan menjalankan kajian untuk memastikan sama ada ia berpunca daripada penyakit keturunan.



 



Tubuh bayi terbakar sendiri 4 kali

Puteri Sarah Kini Berhijab Penuh

Jika sebelum ini OGA ada memasukkan entri tentang pelakon Puteri Sarah yang cuba membiasakan diri untuk bertudung penuh. Khabar terbaru yang singgah dalam blog sebuah hiburan memaklumkan bahawa Puteri Srah kini tampil dengan imej bertudung sepenuhnya. Alhamdulillah…Akhirnya Tuhan telah buka pintu hati Puteri Sarah untuk mengenakan tudung sepenuhnya. So, bila dah bertudung ni semua batas kena la jaga kan terutamanya yang bersangkut-paut dengan halal dan haram.


Sekarang ni OGA tengokkan artis kita yang dulu seksi tapi sekarang dah berubah ke arah kebaikan. Harap-harap lepas ni akan ramai lagi artis kita yang lain akan ikut jejak Puteri Sarah ni. Memang ayu sangat Puteri Sarah bertudung.


So, bagi nak dapat pengesahan, Puteri Sarah telah mengesahkan perkara tersebut dan melahirkan rasa syukurnya;


“Alhamdulillah, niat saya untuk berhijab penuh telah dimakbulkan. Jika sebelum ini saya hanya berselendang, tapi sejak tiga hari lalu saya telah mengenakan tudung sepenuhnya.”


Sarah berkongsi saat mula dia mengenakan tudung penuh selepas dipilih menjadi model tudung jenama Najjah pada Selasa lepas.




Gambar Puteri Sarah bertudung
Gambar Puteri Sarah bertudung

Puteri Sarah Kini Berhijab Penuh

Lisa Surihani kongsi gambar sewaktu kecil

Comel sangat OGA tengok gambar Lisa Surihani masa kecil memang saling tak tumpah Lisa Surihani persis ibunya, Siti Amira Ahmad. Dari kecil lagi Lisa nampak ‘mesra kamera’. Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati sesiapa yang melihat gambar Lisa sewaktu kecil. Untunglah Yusry dapat Lisa ni dah lah comel pastu berpendidikan pula tu. Mesti anak Lisa yang akan datang ni muka macam ni kan? Memang comel la!


Terdapat beberapa keping lagi gambar yang dikongsikan untuk tatapan peminat khas dari akaun instagram Lisa Surihani sendiri. Jom kita layan dulu gambar Lisa ni:


Lisa Surihani

 


Lisa Surihani

 


Lisa Surihani

 



Lisa Surihani

 


Lisa Surihani

 


Lisa Surihani

 


Lisa Surihani

 



Lisa Surihani kongsi gambar sewaktu kecil

Gaji Aidil Zafuan RM50,000, tapi nafkah anak tak bagi??

Pelakon Rita Rudaini mendakwa suaminya Aidil Zafuan Abd Razak, tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan dua anak lelaki mereka meskipun berpendapatan lebih RM50,000 sebulan.


Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Rita yang kini popular menerusi drama Sehangat Asmara berkata dia tahu Aidil mampu memberikan nafkah kepadanya berdasarkan pendapatan Aidil yang lumayan. Rita memberikan keterangan itu dalam perbicaraan kes tuntutan nafkah bulanannya dan anak di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari, semalam.


“Aidil berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontraknya sebagai pemain bola sepak Johor Darul Takzim. Dia mempunyai kereta Mercedes Benz CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya,” kata Rita pada kes perbicaraan itu.




Rita Rudaini dan Aidil Zafuan
Rita Rudaini dan Aidil Zafuan

Aktres itu menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampin pakai buang manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan diri, bil dan rumah.


Rita turut menyatakan sejak meninggalkan rumah mereka di Kota Damansara, Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang namun tidak menentu. Kebiasaannya Aidil hanya akan mengirimkan wang apabila menghampiri waktu perbicaraan mahkamah antara mereka berdua.


Sementara itu, ketika ditemui mahkamah selepas perbicaraan, Aidil memberitahu media dia akan membuktikan di mahkamah mengenai nafkah anak.


Menurut Aidil, walaupun meninggalkan rumah, dia tetap menjalankan tanggungjawabnya kepada isteri dan anak-anak.


“Saya tidak pernah tidak memberikan nafkah kepada dia (Rita) dan anak-anak. Saya juga kesal dengan tindakan Rita kerana tidak membenarkan saya berjumpa dengan anak-anak sejak Ramadan tahun lalu,” kata pemain pertahanan skuad kebangsaan itu.


Tambahnya lagi, Rita tidak memberi kerjasama untuk benarkan dia berjumpa anak-anak selepas mendapat tahu Rita membawa mereka menunaikan Umrah tanpa pengetahuannya. Rita juga dakwa Aidil jarang membalas SMS bertanyakan khabar olehnya.


Perbicaraan mereka bersambung 6 Mei depan.



Gaji Aidil Zafuan RM50,000, tapi nafkah anak tak bagi??

Natasha Hudson Enggan Membazir Sambut Kelahiran Anak

Makin berseri jer OGA tengok muka pelakon Natasha Hudson ni. Biasalah kan kalau seri muka ibu hamil ni memang macam tu nak-nak Natasha sekarang ni dah bertudung so, seri muka tu lagi la naik. Tak gitu? So, alang-alang Natasha akan bersalin tak lama lagi, mestilah kena buat persiapan untuk kelengkapan bayi. Namun, menurut pelakon Natasha Hudson belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran anaknya bersama suami, Carleed Khaza penghujung April ini.


Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson 31, berkata, dia tidak mahu membazir kerana berdasarkan pengalaman lalu banyak barangan bayi yang dibeli tidak dapat digunakan disebabkan keadaan bayi yang cepat membesar. Betul juga kata Natasha ni, sebab membazir ni kan adalah amalan syaitan. Menurut Natasha Hudson:


“Bukan tidak mahu buat persiapan tetapi menerusi pengalaman berlaku pembaziran terhadap barang-barang keperluan bayi yang saya beli.


“Jadi sebab itu saya tidak buat sebarang persiapan dan hanya menggunakan kembali barang-barang lama yang masih elok,” katanya kepada mStar Online.


Dalam pada itu, Natasha berkata, dia sengaja tidak mahu mengetahui jantina anak yang sedang dikandungkannya kerana mahu ia menjadi kejutan kepada mereka suami isteri.




Natasha Hudson mengandung
Natasha Hudson mengandung

Kata Natasha, dia dan suami tidak kisah tentang jantina anak yang bakal dilahirkan kerana paling penting bayi itu berada dalam keadaan sihat.


“Doktor ingin memberitahu jantina anak tetapi kami memilih untuk tidak mengetahuinya kerana biarlah ia menjadi kejutan buat kami suami isteri nanti,” jelasnya.


Sementara itu, Natasha berkata, dia dan Carleed telah pun memilih beberapa nama untuk bayi itu namun hanya akan menamakan anak mereka selepas tujuh hari kelahirannya.


Natasha dan Carleed atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33, berkahwin pada April tahun lalu di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.


Hasil perkahwinan terdahulu, Natasha mempunyai seorang anak perempuan, Nessa Helena yang kini berusia lima tahun.


Dalam perkembangan lain, Natasha yang bakal muncul dengan filem Langgar di samping Adi Putra, Namron dan Hans Isaac memberitahu dia akan kembali aktif dalam lakonan selepas habis tempoh berpantang.



Natasha Hudson Enggan Membazir Sambut Kelahiran Anak

Rita Rudaini Ditempelak Gara-Gara Seorang Blogger?

Pelakon Rita Rudaini telah menegur tindakan seorang blogger hiburan yang disifatkannya telah menokok tambah cerita yang diambilnya dari portal hiburan Murai.com.my (Murai) sehingga menyebabkan Rita ditempelak oleh Aidil dan keluarganya.

Antara isi kandungan cerita asal ditulis Murai, Rita memberitahu bahawa dahulu Aidil memang tidak membenarkan dia berlakon dengan seorang aktor dari Singapura.

Oleh kerana tindakan blogger tersebut yang membuat andaian sendiri dengan meletakkan gambar Aaron Aziz di dalam entrinya itu, ternyata telah mengundang rasa tidak senang daripada pihak Aidil.



pelakon rita rudaini
Pelakon Rita Rudaini

Ketika dihubungi, Rita dengan nada tegas menyuarakan kekesalannya dengan apa yang berlaku walaupun pihak blogger tersebut telah memadam entri berkenaan yang disifatkan Rita sebagai tidak beretika.

“Kalau dia(blogger) tidak tahu atau jelas dengan situasi sebenar, tolonglah jangan memandai-mandai menambah cerita kerana akibatnya saya juga yang kena telan.

“Adakah dia tahu yang saya telah dilemparkan dengan macam-macam tuduhan selepas keluarnya cerita tersebut?

“Sekalipun ia telah dipadam atau dibuang, saya tetap mendapat tempelaknya walaupun saya tidak pernah menyebut siapa aktor itu.

“Saya sendiri pun mendapat tahu mengenai hal ini selepas saya dimarahi pihak ‘sana’ kerana dituduh suka mencetuskan kontroversi.

“Jangan jadikan isu sensitif dan perkara yang di luar pengetahuan sebagai cara untuk membuatkan orang membaca blog anda.

“Kalau gosip sekalipun pasti ada cara yang betul dan bukan menjual nama orang demi kepentingan sendiri.

“Selepas ditegur di Twitter pun, dia seperti mengganggap perkara itu tidak besar.

“Mungkin pada dia, tetapi saya terpaksa tanggung bila nama dan reputasi saya tercalar,”cerita Rita panjang lebar mengenai tindakan seorang blogger hiburan itu.

Dia yang agak bengang dengan perkara itu berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Di dalam Twitter juga, Rita memohon agar tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sedia bermasalah.

Selain itu dia mahu pihak berkenaan menjelaskan bahawa itu semua adalah cerita andaian dan bukan daripada Rita sendiri.


Rita Rudaini Ditempelak Gara-Gara Seorang Blogger?

Luna Maya Minta Izin Zed Zaidi, Berlakon Di Malaysia!

Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi akui terkejut apabila menerima panggilan daripada pelakon popular Indonesia, Luna Maya yang bertanyakan mengenai prosedur untuk menjalani penggambaran di negara ini. .


Zed Zaidi berkata panggilan itu diterimanya sebaik sahaja selepas tercetusnya kontroversi melibatkan pelakon Indonesia, Julia Perez yang menjalani penggambaran di Malaysia secara tidak sah pada akhir tahun lalu.


“Saya didatangi satu panggilan daripada nombor yang agak pelik dan banyak serta tidak dikenali ketika itu, dan dengan tidak berfikir panjang, saya terus mengangkat panggilan tersebut.


“Panggilan itu datangnya daripada seorang wanita yang bercakap dalam slanga Indonesia. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Luna Maya. Terkejut juga saya bila dia menelefon saya secara tiba-tiba.


“Rupa-rupanya, dia (Luna Maya) memberitahu, dia akan berlakon di Malaysia dengan sebuah produksi disini. Tapi, tidak pula dia beritahu bila dan dengan produksi mana dia akan berlakon.


“Dia bertanyakan bagaimana prosedur yang sepatutnya hendak dilakukan sebelum ke sini. Kemudian saya pun terangkan kepadanya prosedur yang betul untuk berlakon atau bekerja disini. Saya juga nasihatkan dia supaya berdaftar sebagai artis Seniman,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.


Zed Zaidi memberitahu, Luna Maya membuat panggilan itu selepas bimbang kedatangannya nanti akan menjadi isu atau kes seperti apa yang berlaku terhadap Julia Perez.


“Luna ada beritahu, dia tidak mahu kemasukannya ke Malaysia nanti akan menjadi isu yang berbangkit seperti rakannya Julia Perez. Dia juga berharap prosesnya untuk masuk berlakon di sini kelak akan jadi mudah,” jelasnya lagi.


Zed Zaidi turut menjelaskan kemasukan artis dan pekerja seni dari luar perlu mematuhi garis panduan yang termaktub dalam Agensi Pusat Pemohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) sebelum menjalani aktiviti atau penggambaran di negara ini.




Luna Maya bakal berlakon di malaysia
Luna Maya bakal berlakon di Malaysia?

 



Luna Maya Minta Izin Zed Zaidi, Berlakon Di Malaysia!

Kenny Babyface Puji Kelunakan Suara Dato` Siti

Perangkul Anugerah Grammy, Kenny ‘Babyface’ Edmonds memuji kelunakan suara milik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza di hadapan tetamu kehormat yang menghadiri malam gala Sapurakencana Petroleum Malaysia Grand Prix Charity Gala 2013 di Hotel Majestic, di sini malam semalam.


Pujian ikhlas itu diberikan Kenny Babyface sebaik sahaja selesai mendendangkan lagu duet pertamanya bersama Datuk Siti berjudul When I Fall In Love, sebelum meneruskan kolaborasi mereka dengan lagu Fire bagi menyemarakan lagi majlis.


Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Datuk Siti berkata peluang berduet bersama penyanyi dan komposer terkenal itu merupakan pengalaman yang cukup istimewa serta sangat dihargai.


“Sukar untuk saya ungkapkan perasaan saya selepas berpeluang berduet dengan Kenny ‘Babyface’. Pastinya sangat gembira kerana beliau merupakan composer, penyanyi dan pemuzik yang sangat disegani.


“Lebih-lebih lagi ketika di zaman sekolah dulu saya sering mendengar lagu-lagu merdu Babyface dan sekarang saya berpeluang beradu suara dengannya,” katanya yang sebelum ini pernah berduet dengan Gareth Gates, Lee-Hom Wang dan Sean Kingston.


Majlis gala amal yang dianjurkan sempena kehadiran sukan Formula One di ibu negara itu, telah berjaya mengutip dana sebanyak RM200,000 bagi membantu Institut Jantung Negara.




Kenny Babyface
Kenny Babyface

Selain Kenny ‘Babyface’, Datuk Siti, pelakon popular Hollywood, Teri Hatcher , Josh Hartnett, penyanyi jazz queen Datuk Sheila Majid, Marion Caunter, Joe Flizzow dan pelumba Mercedes GP, Lewis Hamilton serta Nico Rosberg.


Datuk Siti menambah, sebagai artis tempatan dia meletakan dirinya jauh jika mahu dibandingkan dengan penyanyi lagenda itu, apatah lagi namanya hanya dikenali dipersada seni hiburan nusantara sahaja.


Tampil tersendiri dengan gaun hitam litup rekaan Rizman Ruzaini, penyanyi Aku Cinta Padamu itu memuji sikap merendah diri dan bersederhana penyanyi antarabangsa berkenaan sepanjang dapat bersamanya.


“Memang masa kami bertemu tidak lama. Tetapi ketika sesi latihan dan sound check pada sebelah petang sebelum persembahan berlangsung, kami telah dipertemukan buat pertama kalinya.


“Bagi saya, dia seorang yang merendah diri. Sempat juga dia mengajar saya beberapa perkara dan kami berbincang bersama bagi memastikan persembahan kami pada malam berkenaan tampak sempurna,” katanya Datuk Siti.


Agak terkilan kerana tidak dapat menyerahkan cakera padat lagu-lagunya kepada Kenny ‘Babyface’, Datuk Siti bagaimanapun agak berbesar hati apabila penyanyi berkenaan sudi memilihnya untuk berduet bersama.


Kata Datuk Siti, dia hanya diberitahu oleh pihak penganjur mengenai kolaborasi berkenaan iaitu hampir seminggu dua sebelum tarikh sebenar kerana menunggu keputusan daripada pihak Babyface sendiri.


“Sebelum kolabirasi ini dibuat, pihak penganjur telah mencadangkan beberapa nama termasuk nama saya kepada Babyface. Bagaimanapun mereka mahu mengambil sedikit masa untuk melihat latar belakang barisan penyanyi berkenaan.


“Alhamdulillah, yes. Nampaknya selepas menilai sendiri profil saya, Kenny ‘Babyface’ telah bersetuju untuk berduet bersama dengan saya,” katanya dalam nada gembira.


Jelas Datuk Siti, dia memperuntukan masa selama lima hari untuk berlatih mendendangkan dua lagu berkenaan, meskipun telah berlakunya perubahan pada pemilihan lagu di saat-saat akhir daripada pihak Babyface sendiri.


Datuk Siti dan Kenny ‘Babyface’ sepatutnya menyanyikan lagu Everytime I Close My Eyes dan Fire bersama-sama, bagaimanapun telah ditukar kepada When I Fall In Love.


“Sesungguhnya saya tidak berhadapan dengan sebarang kesukaran walaupun ada perubahan di saat akhir. Kerana lagu When I Fall In Love merupakan lagu kegemaran saya dan dia mahu mendendangkan lagu Everytime I Close My Eyes secara solo untuk malam itu,” katanya.



Kenny Babyface Puji Kelunakan Suara Dato` Siti

Alif Aziz patah hati dengan Adira?

Nampaknya Aliff Aziz tidak boleh lari dari kisah percintaan beliau sebagai highlight dalam kerjaya sebagai selebriti di Malaysia.


Ramai sedia maklum sebelum ini yang Aliff Aziz ada mengeluarkan kenyataan yang beliau memang berkawan rapat bersama Adira tetapi menolak sebarang dakwaan yang mereka bercinta.


Tetapi peminat boleh melihat usaha Aliff Aziz untuk mendampingi Adira termasuklah menghadiahkan sepasang cincin sepadan untuk di’pakai bersama tidak lama dahulu.


Perkembangan terbaru hubungan mereka ini nampaknya tidak berapa cantik selepas Aliff Aziz mengeluarkan beberapa kenyataan seakan berputus asa dengan hubungan beliau bersama Adira.


“I’ve given my best for us, but seems like my best isn’t good enuf (enough). Back to square one. Thank u for everything a***a,” itu tulisan terbaru Aliff Aziz di Twitter beliau.


Perkataan a***a di ayat tersebut & beberapa ayat selepas itu di’katakan di’tujukan kepada Adira kerana persamaan bilangan huruf dan juga permulaan & pengakhiran perkataan tersebut.

























Alif Aziz patah hati dengan Adira?