Bapa Kejam Jahit Mulut Anak

Seorang kanak-kanak di Wilayah Guizhou mengalami penderitaan yang teruk selepas didera oleh bapanya termasuk dibiarkan kelaparan dan dijahit mulut dengan tali pancing.





Perbuatan tersebut terbongkar selepas penduduk menemui Xiao Li, 11, merayau-rayau di jalan.

Ketika ditemui, Xiao Li bercakap seorang diri dan takut apabila orang ramai ingin mendekatinya.

Mereka kemudiannya melaporkan kepada polis dan bapanya akhirnya ditangkap.

Dia mengaku melakukan penderaan tersebut yang mengejutkan penduduk di perkampungan berkenaan.

Ketika diperiksa oleh doktor, Xiao Li telah memaklumkan kepada doktor mengenai penderitaan yang dialaminya.

Selain dijahit mulut, dia juga dipaksa melutut di atas lantai yang dipenuhi dengan gelas yang pecah dan turut digantung dengan kaki ke atas, sebelum dipukul dengan tali dan rotan.

Bahagian badannya pula dipenuhi dengan parut kesan melecur serta bekas suntikan jarum di samping mengalami kekurangan zat.

Xiao Li pernah beberapa kali melarikan diri ke rumah neneknya namun dia akan dipukul sebaik sahaja bapanya menangkap dia.





Dalam pada itu, ketua polis daerah, Fang Xuping, berkata, dia dan anggotanya berasa curiga selepas mendapat laporan daripada penduduk pada bulan Oktober lalu.

“Kami kemudiannya telah pergi ke rumah budak itu dan mendapati kulit kepalanya kemerah-merahan, manakala sebahagian rambutnya dicabut. Namun kecederaan itu tidak serius,’’katanya.

Beliau memberitahu, polis kemudiannya telah menyoal bapa budak tersebut, yang mempunyai empat anak yang lain.

“Bapanya juga mengaku menggunakan air panas untuk merawat kutu di kepala anaknya itu,’’ katanya.

Xiao Li kini dirawat di hospital dan kos perubatannya ditanggung oleh pihak berkuasa tempatan.



Selain itu pihak berkuasa juga sedang mencari seorang penjaga untuk Xiao Li memandangkan neneknya telah uzur.

Susulan kes penderaan ini, kerajaan akan menjalankan pemeriksaan ke atas kanak-kanak di kawasan berkenaan bagi mengelakkan insiden sama berulang.

-Mynewshub



Bapa Kejam Jahit Mulut Anak

‘ikan pontianak’



Foto
LAMPREI dewasa boleh mencapai tiga kaki panjang.



Ludington: Pekerja hidupan liar akan menggunakan racun serangga di sungai berhampiran Tasik Michigan dalam usaha untuk membunuh ‘ikan pontianak’ yang menghisap darah ikan lain.


Lamprei laut dewasa boleh mencapai dua hingga tiga kaki menyerupai belut, tetapi bersikap seperti lintah.


Dengan mulut bulat seperti cakera dan bergigi tajam, mereka melekap pada ikan lain dan menghisap darah dan cecair lain dalam badan menyebabkan mangsa menjadi terlalu lemah.


Meskipun berasal dari Lautan Atlantik, ia boleh hidup dalam air tawar dan berpindah ke tasik besar menerusi terusan laluan kapal.


Menjelang lewat 1940-an, penceroboh yang membiak dengan banyak itu menyebabkan ikan trout, ikan putih dan spesies sukan serta komersial di seluruh tasik semakin berkurangan.


Usaha memerangi lamprei menelan belanja lebih AS$400 juta (RM1.2 bilion) sepanjang lima dekad lalu.


Populasi ikan itu berkurangan 90 peratus sejak lewat 1950-an selepas penyelidik menemui cara membunuhnya tanpa menjejaskan spesies lain.


Perkhidmatan Perikanan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat memerangi lamprei menggunakan rawatan racun serangga mulai hari ini hingga Ahad depan di Sungai Mitchell Creek yang mengalir ke Tasik Michigan.


“Larva lamprei laut itu di sungai itu paling mudah diserang. Adalah mustahil kami mendapatkan lamprei dewasa di tasik ,” kata Alez Gonzalez, pakar biologi perikanan yang berkhidmat di pejabat Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Luar Amerika Syarikat di Ludington.


Menurutnya, rawatan itu 95 hingga 99 peratus berkesan dalam membunuh parasit pada peringkat ini, kata Gonzalez.


Lamprei laut biasanya digelar ‘ikan pontianak’ kerana ia menghisap darah ikan lain. – Daily Mail



‘ikan pontianak'



RUPA AHLI GUSTI SCOTTTY 2 HOTTY SEKARANG

Kami yakin ramai pembaca kami adalah peminat gusti WWE suatu ketika dahulu. Scotty 2 Hotty atau nama sebenar beliau Scott Ronald Garland (40) ialah antara ahli gusti yang sangat popular sekitar 1998- 2004. Beliau sudah bersara dari arena seni gusti professional dan kini memulakan kareer baru sebagai seorang ahli bomba di Florida. For a forty year old guy he is still FIT.

Thanks @MrPGM




Laporan asal Twitter The Scotty2Hotty




RUPA AHLI GUSTI SCOTTTY 2 HOTTY SEKARANG

Berzina dengan isteri orang, dua malam tidur di hospital akibat dibelasah


Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.


Projek dengan isteri orang, 2 Malam tidur di hospital dibelasah orang kampung | BESUT – Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung.

Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurutnya sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut.

Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya.



Berzina dengan isteri orang, dua malam tidur di hospital akibat dibelasah

Miliki Deria Keenam, Yana Samsudin Sering Diganggu Mimpi, Rambut Dan Firasat Misteri

Bagi seseorang yang mempunyai kelebihan deria keenam, ada masanya deria itu membawa kebaikan dan adakalanya ianya mendatangkan masaalah. Begitulah yang terjadi kepada Yana Samsudin.





Yana yang juga merupakan seorang pelakon, pe­ngarah, penulis skrip dan penyanyi mempunyai deria keenam sejak kecil ini selalu tidak sihat. Malah sebelum ini ketika menjayakan drama Adnan Sempit the Series, suhu badannya naik mendadak menjelang Maghrib dan akan kembali normal pada waktu Subuh.



Tambah Yana lagi, pernah panas badannya mencecah 42 darjah Celsius hingga beberapa kali dinasihatkan doktor supaya dimasukkan ke hospital. Tambah pelik, doktor tidak dapat mengesan punca penyakitnya.
Bahkan bukan itu saja, pelakon filem wanita popular Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini turut berdepan kejadian aneh di mana sering bertemu gumpalan rambut bukan saja di rumah, tetapi tempat kerja.
Menurut Yana lagi, perkara itu berlarutan hingga ke hari ini, malah teman serumahnya memaklumkan dia sering meracau di tengah malam.
“Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, tetapi perkara ini merunsingkan fikiran. Saya tenggelam punca kenapa tiba-tiba demam dan selalu jumpa rambut. Sampai satu tahap, saya tidak boleh fokus berlakon disebabkan badan dan otak terlalu penat.
“Saya mamai di lokasi hingga orang ingat saya ambil benda tak elok, walhal semua itu kesan ubat antibiotik yang doktor beri. Sehari dua mungkin kita tahan tetapi kalau setiap hari perkara sama berulang (demam malam), kita akan jadi lemah. Macam-macam kaedah dilakukan doktor untuk me­ngesan punca sebenar demam berlarutan, tetapi tiada jawapan.
“Keadaan semakin teruk bila saya berlakon cerita seram. Selalu saya jumpa gumpalan rambut di bilik air, walhal saya sudah bersihkan bilik sebelum keluar. Bila belek, rambut itu panjang, sedangkan rambut saya pula pendek. Tak ada orang lain gunakan bilik air saya melainkan saya seorang.
“Pernah ketika mahu masuk lif, ada rambut panjang melintang di pintu masuk,” katanya sambil menghela nafas.
Berdasarkan apa dilalui, ada kenalan mencadangkan dia bertemu orang bijak pandai kerana mungkin disihir, namun si manis ini tidak mahu bersangka buruk. Buat masa ini, dia masih bertahan dan akan terus bertahan selagi mampu.
Bukan itu saja pengalaman pelik dialami Yana. Katanya, dari dulu gerak hatinya kuat, malah dapat membaca apa yang berada dalam fikiran orang lain.
Kerap dia didatangi mimpi indah dan menakutkan. Namun yang membuatkan dia gelisah apabila mimpi itu seakan-akan alamat, begitu juga apa yang terdetik di hatinya.



Lebih musykil apabila kebanyakannya menjadi kenyataan. Andai apa yang terlintas di hati atau dimimpikan itu indah tidak mengapa namun jika sebaliknya, dia pasti runsing memikirkan apa bakal berlaku.
“Saya tidak pasti sama ada ini kebetulan atau satu kelebihan. Jauh di sudut hati, saya takut apabila apa yang terlintas di hati benar-benar berlaku. Mimpi buruk atau indah pula bagaikan alamat supaya saya beringat atau bersedia kerana tidak lama selepas itu saya berdepan situasi seakan-akan jawapan kepada mimpi itu.
“Pernah ketika memandu, saya nampak kanak-kanak menunggang basikal. Ketika itu saya dapat rasakan dia akan mengalami kemalangan dan ia benar-benar berlaku. Itu antara kejadian yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.
“Saya tidak tenang bila fikirkan apa rahsia di sebalik semua ini. Susah hati jadinya, namun saya kena kuatkan hati. Saya tidak boleh lemah kerana bukan semua buruk. Ada juga yang baik-baik berlaku. Cuma ada ketikanya saya rasa penat,” katanya.



Miliki Deria Keenam, Yana Samsudin Sering Diganggu Mimpi, Rambut Dan Firasat Misteri

Dafi bergambar manja dengan siapa ni?


 


Dafi bergambar manja dengan siapa ni..


 



Dafi bergambar manja dengan siapa ni?

Wanita Tampil Mengaku Pasangan Khalwat Shahz Jaszle, Nafi Perangkap


Temubual wanita berkenaan bersama wartawan Melodi, Zuan Azmi


Susulan kes khalwat melibatkan seorang pelakon lelaki terkenal sekitar pertengahan bulan lalu, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai kekasih pelakon lelaki tersebut telah tampil memberi keterangan.

Menurut wanita itu, mereka telah diintip oleh pihak berkuasa sejak dua minggu sebelum penangkapan berlaku dan sekaligus menolak dakwaan kononnya pelakon lelaki tersebut diperangkap.


Semua orang dah tahu pasal kes pelakon lelaki ditangkap khalwat dan wanita yang ditangkap dengan dia itu adalah saya sendiri.




Ia bukanlah satu perangkap. Tak ada siapa yang nak perangkap dia dalam hal ini. Dengar daripada prosedur JAIS, mereka tak akan tangkap seseorang itu sejam sebelum dapat maklumat, mereka akan ambil masa dalam dua minggu macam itu untuk intip. Jika benda itu berlarutan, baru dia akan buat serbuan.




Kami dah diintip lama daripada pihak JAIS sendiri. – Ujar wanita tersebut menerusi laporan Melodi semalam.



Mengulas lebih lanjut mengenai kes khalwat ini, wanita tersebut turut mendedahkan kepada pihak Melodi bahawa dia dan pelakon lelaki itu telah menjalinkan hubungan hampir sebulan dan mengaku pernah berjumpa dengan keluarga aktor berkenaan.


Dia hanya cakap dalam rumah itu ada lima orang. Saya tengah bersihkan baju konti dan dia pula masa itu tiba-tiba tertidur dalam bilik. Kalau tertidur, takkan dalam keadaan macam itu. Takkan JAIS akan isytihar benda ini satu kes khalwat.




Dia bersama dengan saya hampir sebulan. Dia tinggal dekat rumah itu. Hubungan kami already declare. We are in relationship.




Dalam sebulan, dia hari-hari dengan saya, apa yang dia buat semuanya dengan saya. Dalam seminggu, sekali atau dua kali baru dia akan balik rumah. Selebihnya dia ada dengan saya.




Saya pun pernah jumpa dengan keluarga dia lebih daripada sekali. Banyak kali juga kami pergi membeli belah, datang rumah dia dan keluarga dia memang kenal saya.



Dalam pada itu, wanita berkenaan turut mendedahkan tunang pelakon lelaki tersebut pernah datang berjumpa dengannya bagi membincangkan kes khalwat ini.

Berikut antara beberapa foto perbualan wanita dan pelakon tersebut :






sumber



Wanita Tampil Mengaku Pasangan Khalwat Shahz Jaszle, Nafi Perangkap

Menjadi Buruan Setelah Gambar Gugur Bayi Tersebar Di Internet




Ibu muda di China, Feng Jianmei, mengugurkan janinnya yang berusia tujuh bulan. Gambar dirinya bersama si janin beredar luas di dunia internet.

China heboh. Banyak kecaman dilontarkan untuk negeri Tirai Bambu ini. Pemerintah Kota Ankang, Wilayah Shaanxi, China meminta maaf atas pengedaran gambar tersebut.

Namun, kini Feng Jianmei dan suaminya diburu kerana bocornya foto tersebut. Salah seorang saudara yang tidak mahu disebut namanya mengatakan pasangan ini tengah diburu oleh banyak orang.

“Pada Ahad malam, kami memutuskan untuk pulang [dari hospital] dan banyak orang telah berkumpul di luar,” kata kerabat Feng Jianmei seperti dipetik BBC.

Orang-orang itu menggantung sepanduk di sebuah jambatan. Orang-orang itu menghina Feng Jianmei dan keluarganya. “Banyak orang yang datang dan berteriak bahawa kami pengkhianat. Sekarang, ke mana pun pergi, orang mengikuti kami.”

Sejak Ahad lalu, Feng Jianme dan suaminya bersembunyi. Kerabat Feng Jianmei tersebut juga mengatakan keluarganya juga memperoleh kekerasan saat meninggalkan hospital. Dia menduga perbuatan ini didorong oleh pegawai tempatan yang telah malu dengan terungkapnya skandal pengguguran tersebut.

China memang melaksanakan dasar satu anak pada program perancangan keluarga mereka. Hal itu dilakukan untuk mengawal populasi negara itu, yang ketika ini mempunyai kira-kira 1.3 bilion penduduk.

Feng Jianmei dipaksa menggugurkan janinnya yang berusia tujuh bulan setelah tidak mampu membayar denda kerana melanggar polisi satu anak itu.




Misha Omar Muntah Dan Pitam Ketika Pementasan 'Nyonya and The Gang'

Misha Omar dilaporkan tiba-tiba mengalami masaalah kesihatan iaitu muntah dan pitam seketika sewaktu pementasan “Nyonya and The Gang” sedang berlangsung.



Pengarah teater tersebut, Rosminah Tahir berkata, Misha mungkin kurang tidur dan keletihan akibat latihan teater yang dilakukan sejak sebulan lalu.

“Dia tiba-tiba pitam dan muntah-muntah mungkin dia masuk angin kerana kurang tidur dan terlalu letih.

“Namun begitu dia tetap ingin keluar ke pentas bagi menghabiskan babak lakonannya pada malam ini,” katanya ketika ditemui selepas selesai pementasan teater Nyonya and The Gang, di sini, malam Sabtu.

Jelas Rosminah, penyanyi lagu Angin Syurga itu mungkin akan direhatkan atau digantikan sementara jika keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

“Dia sudah ke klinik dan kalau keadaan dia serius kita terpaksa beri dia rehat dan watak Keponakan Cantik akan digantikan oleh saya jika terpaksa,” ujarnya.

Misha yang membawakan watak Keponakan Cantik kelihatan aktif pada awal pementasan berlangsung dan berjaya menarik perhatian penonton dengan aksi lakonannya yang bersahaja.

Bagaimanapun penampilan Misha pada babak terakhir menjadi tanda tanya apabila dia hanya duduk lesu dan dipapah oleh beberapa pelakon lain ketika berada di atas pentas.



Misha Omar Muntah Dan Pitam Ketika Pementasan 'Nyonya and The Gang'

Gadis Guna Korset Selama 3 Tahun Demi Ukuran Pinggang TERSEKSI Di Dunia


Untuk mencapai impian mendapat ukuran pinggang yang paling kecil di dunia, Michelle Kobke, gadis 24 tahun dari Jerman telah menggunakan korset untuk 3 tahun. Mari lihat gambar sebelum VS selepas di bawah ini.





  
  
  

  

  

  

 
























Basikal guna enjin jet






 




Worlds most dangerous bike: as this picture shows Mr Furze's new jet powered bike is anything but safe



London: Seorang tukang paip mendakwa membina basikal paling berbahaya di dunia dikuasai oleh enjin jet buatan sendiri dan mempunyai kelajuan hingga 80 kilometer sejam.



Colin Furze yang memegang tiga gelaran Rekod Dunia Guiness kerana ciptaannya termasuk skuter mudah alih terpantas dunia yang diubah suai daripada basikal Raleigh milik ibu kawannya.

Lelaki berusia 32 tahun terbabit memberi nama samaran Norah kepada basikal itu yang dilengkapi enjin jet di belakang yang dipanjangkan agar kedudukan penunggang jauh daripada enjin.

Pencipta Britain itu sangat dikenali di dunia maya kerana lagak ngerinya yang cukup luar biasa. – DM


Basikal guna enjin jet


Janda anak 3 dicekup khalwat dengan warga nepal

KLUANG – Seorang janda tiga anak ditangkap khalwat bersama pasangannya warga Nepal di salah sebuah hotel bajet di Simpang Renggam, di sini, kelmarin.


Mereka dicekup dalam sebuah bilik hotel berkenaan ketika operasi cegah maksiat oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) Cawangan Kluang.


Wanita berusia 30 tahun itu sudah bercerai dengan suaminya kira-kira setahun lalu, mengakui berkenalan dengan pasangannya itu di kilang tempat mereka bekerja.


Wanita itu juga menyatakan kesediaan untuk bernikah dengan pasangannya meskipun menyedari lelaki itu bukan Islam.


Sementara itu, Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor mengesahkan penahanan pasangan terbabit, dan wanita berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 27(1)(a)&(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Johor.


“Lelaki warga Nepal dilepaskan selepas pemeriksaan dan pengambilan maklumat diri, namun diminta untuk datang ke pejabat pada hari ini (semalam) untuk membantu siasatan.


“Manakala, wanita tersebut turut dikehendaki melaporkan diri setelah dijamin oleh ahli keluarganya dan bakal berhadapan dengan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau Dua tahun Penjara atau kedua-duanya,” katanya.


khalwat dengan bangla


 


 



Janda anak 3 dicekup khalwat dengan warga nepal

GRO layan pelanggan dalam semak dicekup

SUNGAI PETANI – Seorang wanita berusia awal 30-an bersama pasangannya ditemui dalam keadaan separuh bogel ketika serbuan dilakukan anggota penguatkuasa dari Pejabat Agama Daerah Kuala Muda dalam kawasan semak berhampiran Pekan Lama, Sungai Petani baru-baru ini.

Wanita tersebut, dikenali sebagai Rina (bukan nama sebenar) dipercayai telah lama dan berpengalaman sebagai Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO) selain aktif terjebak dengan perbuatan itu.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kuala Muda, Zaiferi Zainul Abidin berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan tujuh anggota bersiap sedia melakukan serbuan kira-kira jam 7 malam melalui lorong tikus sehinggalah sampai ke lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita itu bersama pasangannya leka berseronok sehingga tidak menyedari kehadiran anggota penguatkuasa yang datang ke lokasi kejadian sebelum serbuan dilakukan.


Cekup dalam semak 

Rina ketika disoal siasat oleh anggota penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Muda.


“Semasa serbuan kami dapati, di kawasan berkenaan (dalam semak) berlaku kegiatan maksiat dan tidak bermoral antara seorang wanita bersama pasangannya.

“Antara alasan yang diberikan wanita itu ialah dia terpaksa melakukan perbuatan terkutuk tersebut bagi menyara tiga orang anak yang masih kecil,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, selepas disoal siasat, wanita itu mengaku turut melayan nafsu pelanggan yang terdiri dari pelbagai bangsa serta warga asing yang ingin mendapatkan perkhidmatannya.

“Turut ditemui semasa serbuan dalam semak berkenaanialah tilam dan kondom yang dipercayai digunakan oleh GRO untuk melayani pelanggan,”katanya.

Menurut Zaiferi, lokasi berkenaan juga merupakan lokasi panas yang kerap dijadikan ‘port’ maksiat serta diketahui umum bagi mereka yang menjalankan perkhidmatan tersebut.

Katanya, pihaknya menasihati mana-mana individu yang beragama Islam supaya tidak melakukan perbuatan terkutuk mahupun melanggar syariat Islam selain balik ke pangkal jalan sekiranya tersilap langkah.

Individu yang dipercayai bersalah boleh didakwa di bawah Seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 dan sekiranya didapati bersalah boleh didenda RM2,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya sekali atau ditahan di rumah kebajikan selama tiga tahun. – SINAR HARIAN







GRO layan pelanggan dalam semak dicekup

Semut boleh kesan gempa



Semut boleh kesan gempa


Kumpulan semut akan meleraikan habitatnya ketika gempa akan berlaku



MANUSIA hanya boleh mengetahui kehadiran gempa bumi apabila dapat merasai gegarannya.


Dipetik OurAmazing Planet, penelitian dilakukan sekumpulan penyelidik Jerman mendapati, gempa boleh dirasai lebih awal oleh semut merah hutan.


Penelitian dilakukan Gabriele Berberich dari University Duisburg-Essen di Jerman mendakwa, perilaku semut akan berubah ketika gempa akan berlaku di mana kumpulan semut akan menunjukkan reaksi ‘kegelisahan’ apabila pola kehidupannya terancam.


Beliau mendapati, perubahan akan berlaku pada perilaku semut hasil rangsangan reseptor yang milikinya.


“Ketika gempa akan berlaku, perubahan ketara akan terjadi pada magnet bumi. Semut memiliki reseptor sangat sensitif iaitu reseptor chemoreceptor untuk mengesan karbon dioksida dan reseptor magnetoreceptor sebagai memantau elektromagnet bumi,” katanya.


Menurutnya, dari dua ujian dalam tiga fasa getaran, kesemua semut dari 15 ribu sarang akan bertindak meleraikan sarangnya dengan berpindah ke kawasan lebih selamat.



Semut boleh kesan gempa


Pelik! Pertandingan Sendawa Terpanjang Dan Terkuat

Kebanyakan negara yang bertamadun telah lama menganggap sendawa merupakan salah satu perkara yang paling memalukan yang boleh dilakukan di khalayak ramai.





Sekarang, Persekutuan Sendawa Dunia, di Geneva, cuba untuk menukar pendapat rakyat, dan percubaan pertama mereka adalah edisi pertama Kejohanan Sendawa.

Diadakan di New York City, Kejohanan Sendawa pertama tahunan ini mempunyai pesaing dalam jumlah yang besar. Peserta akan disediakan dengan air berkarbonat yang banyak dan meminumnya untuk menghasilkan sendawa terpanjang dan sendawa yang mempunyai desibel yang tinggi.

Saksikan video menarik ini:

[Sumber]



Pelik! Pertandingan Sendawa Terpanjang Dan Terkuat

Sharifah Sakinah Di Kutuk Isu Spender Warna Merah

Minggu lalu pelakon yang pernah membintangi drama “Biar Mimpi Sampai Ke Bintang” dikecam teruk dek kerana memuat naik video keek menerusi akaun Anzalna Nasir yang mengundang kebencian ramai pihak sehingga ada yang memberi komen tidak sihat. Artis ini ialah Sharifah Sakinah.





Setahu kami, Keek ini macam Twitter versi video yang mana ramai artis dan juga para selebriti menjadikan medium ini sebagai salah satu cara interaksi baru bersama peminat agar merek berasa lebih dekat.

Tapi lain pula yang terjadi kepada pelakon ini yang juga adik kepada pelakon komedi popular, Sharifah Shahirah yang kalau dilihat seakan cuba meraih publisiti.

“Hai saya Sharifah Sakinah, saya hack telefon Anzalna sebab nak populariti yang tinggi. Hari ini saya pakai lipstik merah, spender merah dan bra merah. Tak sabar nak tunggu orang kutuk,” itulah antara yang dikatakan.

Ketika dihubungi, Sharifah Sakinah mengakui bahawa video itu dilakukan hanya sekadar suka-suka dan tidak menyangka caranya di dalam video itu mengundang rasa kurang senang ramai pihak.

“Memang betul ketika itu saya buat Keek guna akaun Anzalna, tapi ketika itu saya cuma mahu main-main bersama Anzalna tidak sangka pula perkara ini boleh kecoh dan mengundang tidak senang ramai pihak”

Sakinah turut memohon maaf kerana menggunakan ayat yang kurang manis dan megakui silapnya dan akan lebih berhati-hati sebelum melakukan perkara yang boleh tersebar luas seperti di internet.

“Saya mohon maaf sangat kalau ada yang terasa dengan tingkah laku saya. Kadang-kadang kita sebagai manusia biasa bukan sedar,” ujarnya lagi.

[Sumber]



Sharifah Sakinah Di Kutuk Isu Spender Warna Merah

Satu-satunya Pulau Di Dunia Khusus Untuk Wanita

Iran lebih dikenali kerana kontroversi program nuklearnya walaupun Presiden Ahmadinejad telah berkali-kali menafikan tuduhan Amerika Syarikat itu.





Wanita Iran tetap diwajibkan untuk memakai purdah walaupun mandi di pantai. – Gambar hiasan



Ia juga popular dengan dua ikon bandar lama iaitu Shiraz dan Isfahan.

Bandar Shiraz yang seluas 339 kilometer persegi tersohor dengan seni bina bersejarah, antaranya, Makam Ali Hamzein, Kubu Karem Khan dan pusara penyair Hafeiz.

Isfahan pula yang mendapat jolokan ‘Separuh Daripada Dunia’ menonjol dengan kehebatan arkitekturnya seperti Dataran Imam, Istana Ali Gapu, Istana Chahel-Sotoon dan Masjid Jamek Isfahan.

Dataran Imam yang didirikan pada tahun 1602 merupakan dataran kedua terbesar di dunia selepas Dataran Tiananmen di China.

Walaupun begitu, tidak ramai yang menyedari Iran juga memiliki keunikan budaya apabila kerajaannya mewartakan sebuah pulau iaitu Pulau Arezou sebagai tempat khusus untuk wanita melakukan aktiviti air pada tahun 2007.

Ini sekali gus memberi peluang kepada kaum Hawa untuk bersantai, beriadah dan bermain ski. Idea berkenaan muncul berikutan wanita Iran sukar untuk mandi-manda di laut walaupun memakai pakaian mandi yang menutup aurat.

Idea itu disokong sepenuhnya oleh Pemimpin Agung Iran, Ayatullah Ali Khamenei. Sebelum ini, terdapat beberapa taman awam di sekitar Iran yang dibina khusus untuk wanita.

Selain itu, Pulau Kish yang terletak bersebelahan Pulau Arezou turut dikhususkan untuk golongan tersebut. Pulau Kish terkenal sebagai lokasi eksklusif untuk aktiviti beli-belah, penginapan hotel mewah dan taman laut.

Pulau Arezou yang bermaksud harapan, terletak di Tasik Oroumiyeh yang memiliki 100 buah pulau. Tasik Oroumiyeh ialah tasik terbesar di Asia Barat dan telah diwartakan sebagai Taman Negara oleh Teheran.

Tiada hidupan akuatik di dalam tasik yang bersempadan dengan Turki itu berikutan tahap kemasinan airnya yang terlalu tinggi.

Tasik ini juga semakin mengecil kerana faktor ketidakstabilan cuaca dunia.



Wanita Iran juga terdedah dengan arus pemodenan semasa.



Kemudahan yang disediakan di Pulau Arezou cukup lengkap meliputi pengangkutan, restoran dan klinik dengan semua kakitangannya adalah wanita.

“Pulau Arezou akan dijadikan pulau khas untuk wanita,” kata pegawai wilayah Azerbaijan Barat, yang hanya dikenali sebagai Aghai kepada akhbar Teheran Emrouz.

Menurutnya, tiada lelaki di pulau itu dan ia merupakan tempat pertama seumpamanya di negara ini dan mungkin juga di dunia.

“Ia diharap akan meningkatkan sektor pelancongan di kawasan itu yang sememangnya terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna. Selain itu, ini menunjukkan penghargaan Iran terhadap kaum wanita,” katanya.

Ujarnya lagi, inisiatif pulau bebas lelaki itu tidak bertentangan dengan undang-undang syariah negara itu.

“Malah, pemimpin negara sendiri bersetuju dan majoriti rakyat menyokongnya,” tambah lelaki itu.

Di bawah Kod Islam Iran, pendedahan aurat wanita kepada lelaki bukan muhrim dilarang sama sekali.

Kemudahan kios turut disediakan di Pulau Arezou dengan pengunjung wanita yang ingin memesan air minuman bersantai di kerusi di tepi pantai. Mereka juga bebas membuka tudung dan jubah mereka.

-Kosmo






Wanita Hidup Mewah Selongkar Makanan Dari Sampah

Sejak empat tahun lalu, tempat pembuangan sampah menjadi lokasi kegemaran Kelly Athena kerana ia membekalkan pelbagai bahan keperluan untuk hidangan hariannya bersama keluarga.





Dalam sehari, wanita ini membawa pulang 12 kotak makanan yang sudah luput tarikh.


Wanita itu mempelajari amalan itu selepas menonton sebuah filem dokumentari mengenai sekumpulan orang yang menyelongkar bahan buangan di luar kedai, restoran dan pasar raya bagi mendapatkan makanan yang sudah luput tarikh.

Sejak itu, Kelly memperoleh berbagai-bagai barang makanan bernilai hampir RM381,500 daripada tong sampah. Dia turut menggunakan bahan itu untuk menyediakan hidangan kepada rakan-rakannya.

Bagaimanapun, obses Kelly itu menyebabkan suaminya enggan dikenali atau dipaparkan wajahnya di televisyen kerana berasa malu atas perbuatan isterinya yang suka menyelongkar tong sampah bagi mendapatkan makanan.

“Saya sering berada dalam ketakutan jika suatu hari nanti polis menghubungi saya,” ujarnya.

Aktiviti mencari bahan terbuang tidak menjadi larangan di Arizona, tetapi beberapa perniagaan mungkin boleh menyaman Kelly yang sering menyamar sebagai pekerja sesebuah syarikat bagi mengelak aktivitinya disedari.

Kelly sanggup memandu sejauh hampir 50 kilometer sehari bagi memeriksa 20 tempat pembuangan sampah.

Secara purata, Kelly membawa pulang 12 kotak makanan sehari.

Peti sejuknya pula sentiasa penuh dengan bekalan makanan yang lazimnya sudah luput tarikh, tetapi dia yakin kesemua makanan itu masih sesuai dimakan.

Kelly turut menghidangkan piza dan keju yang sudah luput tarikh kepada rakan-rakannya.


Namun, dia tidak pernah memberitahu rakan-rakannya mengenai obsesnya itu sehinggalah dia menjemput mereka menghadiri parti di rumahnya.

Kelly menghidangkan makanan daripada bahan buangan itu kepada tetamunya.


Antara hidangan itu ialah piza yang sudah luput tarikh selama empat bulan bersama keju yang sudah dua minggu melepasi tarikh luput.

Jelasnya, kebanyakan rakannya memuji hidangan itu tanpa mengetahui ia sebenarnya adalah makanan terbuang yang diambil daripada tong sampah.

“Mereka memakan semuanya seperti biasa tetapi terkejut apabila diberitahu, saya memperoleh bahan itu daripada tong sampah,” katanya.

-Kosmo










Makan serangga boleh bantu atasi obesiti







GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan seorang wanita memegang pinggan yang mengandungi serangga yang telah dimasak di sebuah lokasi di Laos.- AP





ROM – Salah seorang saintis dari Universiti Wageningen di Belanda, Arnold van Huis menyatakan memakan serangga yang mempunyai khasiat mungkin membantu memerangi obesiti.

Beliau membuat pendedahan itu dalam satu laporan yang disiarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Laporan itu disediakan oleh beberapa saintis berhubung kajian tentang pemakanan serangga.

Ketika ini, lebih 1,900 spesies serangga dimakan di dunia kebanyakannya di Afrika dan di Asia.

Huis berkata, kebanyakan serangga mempunyai sejumlah protein dan mineral sama seperti daging dan mengandungi lebih banyak lemak yang disyorkan para doktor untuk diet seimbang.

“Di Barat, kami mempunyai budaya tanggapan yang serong kerana serangga yang datang dari negara-negara membangun adalah tidak elok (untuk dimakan),” katanya. – Reuters

Makan serangga boleh bantu atasi obesiti



Gambar Safee Sali Bersama Kekasih Baru

 

Sebelum ini, Safee Sali dilaporkan sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon Julia Hana tetapi kedua-duanya tampil menafikan gosip tersebut. Menurut Safee Sali, beliau memang dah ada kekasih baru, tetapi bukan Julia Hana.

Dan yang terbaru, blog Rotikaya telah menyiarkan gambar Safee Sali dan kekasih barunya sedang membeli-belah di Plaza Senayan, Jakarta yang merupakan salah satu pusat membeli belah mewah dan ternama di Indonesia.

Gadis ini merupakan warga Indonesia & mengambil peluang berjumpa Safee Sali yang kebetulan berada di Jakarta untuk satu perlawanan bola sepak di sana.





Gambar Safee Sali Bersama Kekasih Baru



Rozita Che Wan yang makin hari makin cantik


Rozita Che Wan yang makin hari makin cantik


 



Rozita Che Wan yang makin hari makin cantik