Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.
Saat cemas hukuman gantung sampai mati terbatal saat lelaki itu digantung
Dalam satu kejadian di Iran, seorang lelaki telah didapati bersalah membunuh sorang anggota polis dan beliau kemudiannya dihukum gantung sampai mati, tetapi sewaktu hukuman gantung baru saja terlaksana atau sedang berjalan, saudara mara anggota polis itu telah mengampuni lelaki tersebut dan itu telah cukup untuk membatalkan hukuman gantung ini.
Air kencing pengecas telefon bimbit
Ieropoulos mendakwateknologi ini adalah ciptaan pertama di dunia yang menggunakan air kencing sebagai pengecas telefon bimbit
SEORANG saintis dari, Universiti West England, Britain, berjaya menghasilkan pengecas bateri telefon bimbit menggunakan air kencing sebagai sumber kuasa elektrik atau sel bahan api mikrob (MFC).
Dr Ioannis Ieropoulos, juga pakar implementasi sumber pelik berkata, cecair pengecas air kencing itu adalah yang pertama kali digunakan di dunia.
“Setakat ini, bahan api yang dijana menerusi air kencing mampu menghidupkan telefon bimbit secara normal,” katanya kepada MailOnline.
Bagaimanapun, beliau berkata kuasa MFC dari cecair kumbahan itu hanya menghidupkan telefon bimbit pada tempoh agak singkat.
Air kencing pengecas telefon bimbit
Kucing Himalaya-Parsi miliki bulu paling panjang di dunia
LOS ANGELES 29 Ogos – Seekor kucing baka kacukan Himalaya-Parsi bakal diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai kucing berbulu paling panjang di dunia.
Kucing bernama Colonel Meow yang dibela oleh Anne Marie Avey dan Eric Rosario di Los Angeles itu mempunyai bulu sepanjang 23 sentimeter, dijangka mencatat rekod terbabit yang akan diisytiharkan pada bulan depan.
Avey berkata, dia dan suaminya memang menyedari kelebihan haiwan peliharaan mereka itu dan berpotensi memegang rekod dunia.
“Bulu Colonel Meow sangat panjang dan banyak sehingga sering berguguran di seluruh rumah, termasuk pada badan kami.
“Saya terpaksa membersihkan rumah pada setiap hari disebabkan bulu kucing kami,” katanya.
Avey dan Rosario perlu membersihkan dan memandikan Colonel Meow tiga kali seminggu dan tugas tersebut dilakukan secara bersama oleh pasangan itu.
Malah mereka tidak pernah menggunakan sebarang produk mandian atau syampu ketika memandikan kucing berkenaan, sebaliknya hanya menggunakan air dan berus.
Colonel Meow menjadi popular selepas satu laman web yang mendedahkan tentang haiwan itu dibuka termasuk dalam laman sosial Facebook dan laman perkongsian video, YouTube.
Video kucing itu mendapat sambutan hangat dan telah dilihat lebih dua juta kali dalam YouTube.
Ketua Editor Guinness World Records, Craig Glenday berkata, Colonel Meow merupakan kucing yang menakjubkan dan memberi inspirasi kepada semua orang di seluruh dunia mula mengukur panjang bulu kucing mereka.
“Kami gembira dapat menyenaraikan Colonel Meow dalam Guinness World Records sebagai kucing berbulu paling panjang,” jelasnya.
Edisi terbaharu Guinness World Records 2014 akan disiarkan pada 12 September ini di lebih 100 buah negara. – AGENSI
Kucing Himalaya-Parsi miliki bulu paling panjang di dunia
Orang mati berpeluang dengar muzik
Stockholm: Sebuah syarikat Sweden, Pause Ljud & Bild menawarkan keranda lengkap dengan speaker dua hala dan akaun dengan khidmat muzik Spotify untuk membolehkan muzik terus berkumandang dalam kubur.
Syarikat berkenaan berkata, keranda Sistem Bunyi CataCombo itu berharga AS$30,000 (RM99,000). Pembeli juga akan diberi batu nesan dengan permukaan digital yang akan mempamerkan kepada pelawat nama lagu yang sedang dimainkan di dalam keranda itu.
Rakan dan anggota keluarga si mati juga boleh memilih lagu untuk dimainkan dengan mengguna Spotify yang kemudian akan berkumandang ke luar dari speaker keranda itu menerusi hubungan Internet 4G yang dipasang pada batu nesan.
Menurut Pause Ljud & Bild, pelanggan pertamanya Fredrik Hjelmquist, ketua pegawai sebuah syarikat, berikrar mahu ditanam dengan keranda itu dan membenarkan pengunjung menambah senarai lagu yang sudah dipilihnya.
Setakat ini, senarai ‘Pause 4-ever’nya, mengandungi lagu seperti Atmosphere oleh Joy Division, Teardrop (Massive Attack), Cemetery Gates (The Smiths), Dancing On My Own (Robyn) dan I’ll Sleep When I’m Dead oleh Bon Jovi.
Tetapi dengan hanya 931 terkandung dalam senarai itu, Hjelmquist berharap ia akan berulang secara berterusan. – Agensi
Orang mati berpeluang dengar muzik
Motosikal guna kulit udang karang
Taipei: Seorang tukang masak menghasilkan ciptaan menarik menggunakan kulit udang karang untuk menghasilkan motosikal miniatur sempena pameran seni makanan Fujian.
“Saya tidak mahu kulit udang karang itu dibuang begitu saja selepas memasak dagingnya,” menurut Huang Mingbo.
Dengan kemahiran dan ketelitiannya, Huang mencipta motosikal mini itu lengkap dengan nombor pendaftaran dan cermin pandang sisi.
Bagaimanapun, ia tidak dilengkapi dengan enjin. – Agensi
Motosikal guna kulit udang karang
Remaja berumur 110 tahun?
Tubuh Ali tidak membesar seperti remaja normal sebaliknya semakin lemah.
FIKIRAN dan jiwanya masih seperti seorang remaja lelaki berumur 14 tahun, namun jika dilihat dari sudut fizikal, Ali Hussain sebenarnya sudah melewati usia 110 tahun.
Dipetik laporan MailOnline, Ali yang dibesarkan di wilayah miskin Bihar, India, disahkan menghidapi sejenis sindrom genetik Progeria dan memperlihatkan fizikalnya lapan kali ganda lebih tua berbanding umur sebenar.
Dua abang dan tiga adik beradik perempuan Ali, telah meninggal dunia apabila penyakit genetik yang menjejaskan 80 orang seluruh dunia membunuh mereka.
Progeria adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseorang itu mengalami proses penuaan secara pantas sekali gus memudahkannya dijangkiti artritis, masalah mata, penyakit jantung dan botak.
Jangka hayat pesakit juga amat pendek iaitu antara 14 tahun hingga 20-an.
Bagaimanapun, Ali yang hanya memiliki berat 10 kilogram, tidak berputus asa selepas mengetahui tempoh hayatnya itu, dan berharap ubat yang diambilnya setiap hari dapat memanjangkan usia dan kesihatannya bertambah baik.
“Saya amat berharap dapat hidup dengan lebih lama dan saya sebenarnya tidak takut mati tetapi bimbang sekiranya ia berlaku, ibu bapa saya pasti terseksa kerana lima saudara saya telah pergi kerana penyakit yang sama,” katanya.
Progeria akibat perkahwinan sepupu?
Ibu bapa Ali, Nabi Hussain Khan, 50, dan Razia, 46, memiliki pertalian darah iaitu sepupu rapat serta dikahwinkan oleh keluarga masing-masing kira-kira 32 tahun lalu.
Sepanjang perkahwinan, pasangan itu telah berhadapan kesedihan apabila empat anak mereka, Rehana, Iqramul, Gudiya dan Rubina meninggal dunia akibat penyakit genetik itu ketika melewati usia 12 tahun dan 24 tahun.
Anak kelima mereka, juga mengalami nasib yang sama apabila disahkan meninggal dunia hanya dalam tempoh 24 jam selepas dilahirkan dan dipercayai akibat Progeria.
“Rehana yang dilahirkan pada 1983, kelihatan sangat sihat dan normal.
“Kami pun tidak mengesyaki dia mengalami apa-apa penyakit. Tetapi ia mula dikesan ketika Rehana berusia dua tahun.
“Dia tidak dapat makan dan berjalan seperti kanak-kanak normal,” kata Nabi.
Dua tahun kemudian, pasangan itu sekali lagi melahirkan anak lelaki iaitu Iqramul dan mengalami penyakit yang sama.
“Doktor gagal mengesan penyakit itu ketika mereka masih bayi dan tiada sebarang ubat yang dapat membantu mereka kerana kami tidak mampu.
“Ketika itu, jika doktor memberitahu anak-anak kami menghidapi Progeria yang disebabkan oleh masalah genetik, tentu sekali kami tidak akan melahirkan anak lagi,” kata Nabi.
Dalam 1995, pasangan malang itu mendapat jawapan dan doktor di Kolkata mengesahkan keempat-empat anak mereka menghidapi Progeria selain tiada penawar.
Masalah genetik dalam keluarga Ali
- Nabi dan Razia dikurniakan lapan anak dan enam daripadanya menghidapi Progeria.
- Anak pertama, Rehana, dilahirkan pada 1983 meninggal dunia ketika berumur 24 tahun dalam 2007.
- Anak kedua, Iqramul dilahirkan pada 1987, menemui ajal kerana penyakit sama pada usia 22 tahun dalam 2009.
- Gudiya yang dilahirkan pada 1989, turut meninggal dunia atas sebab sama pada usia 15 tahun dalam 2004.
- Anak keempat, Rubina meninggal dunia pada usia 12 tahun dalam 1992.
- Dua anak perempuan pasangan ini, Sanjeeda, 20 dan Chanda, 10, disahkan sihat.
Remaja berumur 110 tahun?
Glob tertua diukir atas telur burung unta
PERCAYAKAH anda, glob tertua di dunia diukir di atas sebiji telur burung unta? Penyelidik Belgium, Dr S Missinne berkata, glob bertulisan Latin itu mengandungi garisan halus sempadan negara yang sebelum ini pernah dinyatakan oleh pengembara terkenal dunia, Christopher Columbus.
“Glob ini dipercayai dibuat di Florence, Itali selain pengukirnya adalah seorang yang berbakat besar dalam bidang seni ukiran.
“Ia juga berkemungkinan besar pernah digunakan sebagai pengganti glob Lennox bermula tahun 1504, selain menggambarkan peta dunia sebaik sahaja Amerika mendapat nama,” kata Missinne dalam laporan MailOnline
Sebelum ini, glob telur berkenaan dibeli oleh seorang pengumpul barangan antik Eropah di Pameran Peta London 2012, dan dipercayai menjadi glob pertama dunia selepas Missinne melihat serta mengkajinya.
“Saya amat teruja ketika diberi peluang mengkaji glob ini dan lebih gembira apabila jawapan ditemui menunjukkan ia adalah barangan yang amat bersejarah,” katanya.
Setakat ini, lebih 100 pakar mengesahkan glob ukiran telur burung unta itu yang pertama di dunia.
Glob tertua diukir atas telur burung unta
Subscribe to:
Posts (Atom)