Sekali Lagi Mukhriz Dipinggirkan Oleh Najib



SELAIN perlantikan pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias sebagai ahli MT UMNO yang menjadi perbualan hangat, tercicirnya nama Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam senarai perlantikan turut juga menjadi persoalan ramai kalangan dalam UMNO. Ustaz Kazim dipertikaikan kerana dilantik tetapi Mahathir pula dipersoalkan kenapa beliau tidak dilantik.

Dalam pemilihan Umno pada Oktober lalu, Mukhriz yang dilihat sebagai antara calon popular untuk memenangi kerusi Naib Presiden UMNO, sebaliknya hanya mampu mendapat tempat keempat dengan 93 undi, ketinggalan di belakang Zahid Hamidi yang mendapat 188 undi, Shafie Apdal 177 undi dan Hishammuddin Hussein 101 undi.

Antara sebab kekalahan Mukhriz ialah kerana beliau bukanlah calon pilihan Najib yang nyata lebih selesa mengekalkan status quo dan percaturan Najib dalam hal ini terbukti apabila Mukhriz tidak mendapat walau satu undi daripada 14 bahagian di Pahang, selain beberapa orang kanan Najib juga didapati berkempen agar ketiga-tiga penyandang dikekalkan.

Semua bahagian di Pahang didapati sepakat memberi undi hanya kepada penyandang yang dikenali sebagai “orang-orang kepercayaan Najib” iaitu Zahid, Shafie dan Hishammuddin dan ini tidak dapat ditolak daripada hakikat adanya “mainan halus” daripada Najib sendiri.

Mahathir sendiri meluahkan kekecewaannya atas kekalahan Mukhriz itu dan menegaskan punca utama kekalahannya ialah kerana tidak menjadi calon pilihan Perdana Menteri dengan mengambil contoh ketika beliau menjadi Perdana Menteri, tiada seorang pun yang dilihat sebagai penentangnya mampu memenangi jawatan kanan dalam Umno.

Namun demikian katanya, Mukhriz bertanding kerana ingin membawa perubahan kepada Umno tetapi malangnya tidak semua menerima dengan baik hasratnya itu.

Mukhriz pula, sebaik kekalahannya, berharap agar Najib menimbang untuk melantiknya menduduki kerusi MT kerana beliau mempunyai beberapa idea dan perancangan untuk dikongsi bersama demi kebaikan dan masa depan Umno.

Malangnya, setelah beliau digagalkan oleh “permainan” Najib dalam pemilihan Naib Presiden Umno yang lalu, kali ini sekali lagi beliau dipinggirkan untuk dilantik sebagai ahli MT Umno.

Dalam perlantikan MT minggu lalu, Najib mengumumkan Naib Ketua Wanita Umno, Azizah Mohd Dun dan Penolong Setiausaha Wanita, Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan sebagai anggota MT yang mewakili sayap-sayap parti itu.

Dalam perlantikan dua hari lalu yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor, mereka yang dilantik pula ialah Nazri Aziz, Sharkar Shamsuddin, Hamzah Zainudin, Irmohizam Ibrahim, Johari Abdul Ghani, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Dr Asraf Wajdi Dusuki, Prof Ibrahim Abu Shah dan Ustaz Kazim Elias.

Dengan tercicirnya nama Mukhriz dalam senarai perlantikan ini, bermakna kedudukannya dalam MT hanyalah sebagai ahli yang turut hadir saja, bersama beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak bertanding dalam pemilihan lalu.

Walaupun turut dijemput dalam setiap mesyuarat MT, kedudukannya tidak sama dengan ahli MT yang dipilih atau dilantik kerana kedudukan sebagai ahli yang turut hadir tidak dikira sebagai korum, tidak boleh bersuara kecuali diminta dan tidak boleh mengundi.

Dalam erti kata lain, kedudukan Mukhriz dalam MT hanyalah sebagai ahli “kelas kedua” saja.

Tindakan Najib tidak melantik Mukhriz dipersoalkan oleh ramai ahli Umno kerana beliau disifatkan sebagai pemimpin yang boleh membawa perubahan, mempunyai watak yang dipercayai boleh menarik lebih sokongan rakyat kepada Umno dan antara ramuan terbaik dalam melakukan transformasi serta peremajaan parti dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

Lebih dari itu, dengan hanya kalah tipis kepada Hishammdin bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO walaupun pertama kali bertanding, Mukhriz juga telah membuktikan bahawa beliau mempunyai penyokong dan pengaruh yang agak besar dalam UMNO. Dan ini menunjukkan kedudukannya tidak wajar diketepikan begitu saja.

Tambahan lagi, Mukhriz juga secara berterus-terang meminta kepada Najib agar beliau dipertimbangkan untuk dilantik sebagai ahli MT UMNO.

Ramai yang sebenarnya mengharapkan agar anak bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu dilantik sebagai ahli MT, sekurang-kurangnya ia menunjukkan sikap budiman dan tolak ansur Najib terhadap percaturannya yang mahu mengekallan status qou Naib Presiden dalam pemilihan lalu.

Namun, dengan mencicirkan nama Menteri Besar Kedah itu, Najib dilihat seperti meminggirkannya sekali lagi.

Dengan Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin sudah berusia 66 tahun, Zahid Hamidi yang mendapat undi tertinggi Naib Presiden berusia 62 tahun manakala Shafie Apdal dari Sabah, tindakan Najib terus meletakkan Mukhriz “di kelas kedua” dalam barisan MT, tidak syak lagi bahawa beliau kini sedang menyulam benang-benang merah untuk dijadikan permaidani bagi dihamparkan sebagai laluan kepada sepupunya, Hishammuddin untuk mengambil alih tempatnya suatu hari nanti.

Dalam hal ini, terlihat bahawa agenda membawa perubahan dan memperkuat Umno tidaklah sepenting agenda peribadinya.


 


 



Sekali Lagi Mukhriz Dipinggirkan Oleh Najib

Santai Hujung Minggu – Pesta-Pesta Menarik Di Seluruh Dunia



Ada banyak pesta-pesta pelik yang disambut di seluruh tempat di dunia ini. Ada yang melucukan, malah tidak kurang yang menakutkan atau memualkan kita. Faktor budaya setempat kerap memainkan peranan penting dalam bentuk sesuatu pesta itu dianjurkan. Berikut antara pesta paling pelik dan menarik yang wujud.

1) La Tomatina

Ia dirayakan di bandar Bunol, Sepanyol setiap tahun. Ia adalah pesta perang makanan yang terbesar di dunia dan dianjurkan pada Rabu terakhir dalam bulan Ogos. Disebabkan permintaan yang terlalu hangat, pihak penganjur terpaksa menghadkan jumlah peserta kepada 20,000 orang sahaja. Pesta membaling tomato itu hanya akan berlangsung selama satu jam namun sudah cukup untuk membuatkan semua yang ada mandi sayur berkenaan.

pelik 1

2) Perang Oren

Seperti mana pesta membaling buah tomato, di pekan Ivrea dalam Piedmont, Italy, wujud pula sebuah pesta yang seakan sama yang menggunakan buah oren pula. Ia untuk penduduk di wilayah berkenaan namun pelancong juga boleh menyertainya dengan bayaran tertentu dikenakan penganjur.

pelik 2

3) Mengejar Keju

Erk… lebih kurang begini yang Mynewshub faham… keju akan dicampak dari bukit Cooper (dalam kampung Brockworth) di England dan kemudian ia akan dikuti dengan peserta kampung berkenaan beramai-ramai mengejar keju berkenaan bermula dari puncak ke kaki bukit Cooper. Selalu ada 4 jenis larian dianjurkan termasuk yang hanya melibatkan kaum wanita.

pelik 3

4) Noche de Rabanos

Pesta ini memiliki tradisi yang sudah pun mencapai usia melebihi 150 tahun. Namun setiap ia dibuat, ia akan hanya berlangsung selama beberapa jam sahaja. Walaupun bagaimanapun, pesta yang turut dikenali sebagai Night of the Radishes (sayur ubi) tetap mampu menarik puluhan ribu pengunjung dari serata dunia. Ia dianjurkan pada 23 Disember setiap tahun di negeri Oaxaca, Mexcico.

pelik 4

5) Pamplona Bull Run

Senang cakap… ia adalah larian lembu jantan yang dibuat antara tarikh 8 hingga 14 Julai setiap tahun di Sepanyol. Sudah lebih 100 kali ia dianjurkan dan setakat ini, mencatatkan 15 kematian dan hampir 300 kecederaan. Menurut pandangan kami di Mynewshub.my, … mungkin ini adalah pesta yang paling pelik dan pastinya paling merbahaya berbanding pesta-pesta lain di seluruh dunia.

pelik 5

6) Istana Lilin Sakon Nakhon

Ini kami di Mynewshub.my pun agak terkejut kerana pesta ini berlangsung di negara jiran, Thailand tetapi jarang pula didengari. Ia dianjurkan dalam bulan Oktober setiap tahun sebagai menandakan tamatnya tempoh berpuasa dalam ajaran Buddha. Para artis akan menggunakan lilin untuk menghasilkan arca dan bentuk-bentuk istana serat kuil yang mampu membuat kita ternganga melihat kecantikkannya.

pelik 6


7) Pesta Salji Sapporo

Pesta ini adalah antara pesta salji terbesar di negara Jepun dan kerap diadakan pada bulan Februari. Perkara yang paling menyerlah adalah seni ukit ais dan salji yang pastinya amat menarik untuk diabadikan dalam bentuk gambar. Dianggarkan hampir satu juta orang akan mengunjungi pesta itu dan hampir 400 patung akan didirikan. Kalau la ada peluang untuk melawatnya… pasti menarik.

Sapporo Snow Festival

8) Holli (Pesta Warna)

Ini adalah pesta yang paling terkenal di negara India. Ia menandakan tamatnya musim sejuk dan bermulanya musim bunga di negara berkenaan. Ia akan bermula dari sebelah pagi hingga tengah hari. Peraturan menetapkan yang peserta Holli tidak boleh membuang abu warna atau cairan kepada sesiapa yang sudah pun mandi selepas tengah hari. Percayakah anda… di sesetangah kawasan kampung… air yang digunakan untuk pesta itu diperbuat daripada najis lembu… hmmm… nak seronok atau nak geli kalau kena?

pelik 8


9) “… Loy Loy Krathong… Loy Loy Krathong…”

Pastinya ada di antara anda pernah mendengar lirik lagu ini. Namun, ramai juga mungkin tidak tahu apa sebenarnya ‘Loy Krathong’ itu.

Loy Krathong adalah salah satu pesta keramaian popular yang disambut kebanyakan masyarakat berketurunan Thai di seluruh dunia. Malah, ia juga dilihat sebagai satu simbol kekayaan warisan budaya masyarakat berkenaan.

Pesta Loy Krathong lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 dalam bulan 12 mengikut kalendar Lunar Thai (sekitar permulaan bulan November). Tarikh berkenaan dipilih kerana dikatakan akan berakhirnya musim hujan dan paras air sungai yang masih tinggi.

pelik 9



Santai Hujung Minggu – Pesta-Pesta Menarik Di Seluruh Dunia

Proton Lancar Persona SV Selepas Saga SV



SHAH ALAM – Proton Holdings Bhd hari ini melancarkan Proton Persona Super Value (SV) selepas mendapat maklum balas positif daripada pengguna Malaysia terhadap model Proton Saga Super Value yang dilancarkan Jun lepas.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Lukman Ibrahim yang melancarkan model itu berkata untuk bersaing dengan pengeluar kereta lain, Persona SV menawarkan lebih banyak nilai tambah bagi setiap ringgit yang dibelanjakan pembeli.

Beliau berkata demikian pada pelancaran model itu sempena Karnival Pandu Uji Mega Bola! Bola! Bola! Proton selama dua hari di kawasan parkir Stadium Shah Alam di sini.

Persona SV masih menggunakan enjin 1.6 liter Campro AIFM, namun ia kini dilengkapi brek cakera depan belakang, dua beg udara untuk keselamatan, cermin sisi bersekali lampu isyarat, sistem brek anti kekunci (ABS) dan dan pengagihan daya kuasa brek elektronik (EBD) bagi meningkatkan keselamatan pemanduan, katanya.

Model ini juga dilengkapi rim aloi 15 inci dan didatangkan dalam tujuh warna iaitu putih, hitam (tranquility black), gangsa (bronze garnet), perak (genetic silver), merah api (fire red), hijau (chiffon green), dan biru Atlantik (Atlantic Blue).

Beliau juga berkata jaminan untuk model ini sama seperti model Persona sebelum ini iaitu selama dua tahun atau 50,000 km.

Persona SV ditawarkan pada harga serendah RM44,938 seunit sehingga RM50,388, bergantung kepada warna, lokasi jualan dan sistem transmisi, berbanding model Persona sebelum ini yang dijual antara RM47,000 dan RM51,150.

Lukman berkata pengeluaran model Persona SV ini dibuat sempena kejayaan Proton mengeluarkan lebih setengah juta unit model Persona sejak dilancarkan pada 2007.

Ketua Pegawai Operasi (Komersil) Proton, Hisham Othman pula berkata Proton menyasarkan 2,400 unit Persona SV sebulan.

“Kami percaya kami boleh mencapai sasaran ini malah lebih lagi seperti yang dialami dalam penjualan Saga SV,” katanya.

Lukman berkata setakat ini tempahan bagi model Saga SV mencecah 42,000 dan hampir 30,000 unit telah dihantar kepada pelanggan manakala jualan bagi model Saga, termasuk SV sebanyak 78,000 unit sebulan.

Beliau juga berkata model baharu Proton dijangka menemui pengguna di Malaysia pada separuh pertama tahun depan, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.

Mengenai Karnival Pandu Uji yang bermula hari ini, beliau berkata ia merupakan antara strategi Proton untuk menarik pembeli kereta masa kini yang semakin berpengetahuan mengenai kereta dan memerlukan pengalaman memandu uji sesebuah kereta sebelum membuat keputusan pembelian.

Bagi tujuan itu, beliau berkata Proton menyediakan 79 kereta daripada model Suprima S, Preve, Saga, Satria Neo dan Inspira.

Proton turut menawarkan diskaun sehingga 15 peratus untuk pembelian model terpilih sempena karnival itu. – BERNAMA



Proton Lancar Persona SV Selepas Saga SV

10 Negara Paling Kurang Dikunjungi di Dunia

Beberapa negara di dunia dikenali sebagai negara yang banyak dikunjungi oleh pelancong, seperti Perancis, Jepun, Belanda, Jerman, Malaysia, Thailand dan banyak lagi. Namun sebaliknya terdapat juga beberapa negara di dunia yang paling jarang dikunjungi.


Berikut 10 negara di dunia yang jarang sekali mendapat kunjungan pelancong asing, seperti yang dikeluarkan oleh akhbar Newser.


1. Nauru


Tak pernah mendengar nama Nauru? Nauru adalah sebuah negara berbentuk pulau kecil yang terletak di sebelah timur Indonesia. Dihuni oleh orang Micronesia dan Polinesia, negara kecil ini dikatakan menjadi milik Jerman pada akhir abad ke-19. Pada Perang Dunia pertama, Nauru berada di bawah jajahan New Zealand, sementara pada Perang Dunia kedua, Nauru berada di bawah kepemimpinan Jepun. Meski begitu, Nauru berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1968. Pada tahun 2011, angka pelancong asing yang mengunjungi Nauru hanya 200 orang.





2. Somalia


Negara Afrika yang berjiran dengan Ethiopia ini hanya memiliki 500 pengunjung pada tahun 2012. Tampaknya pesona negara yang terletak di bahagian “Tanduk Afrika” ini belum berjaya menarik banyak wisatawan asing ke negaranya.





3. Tuvalu


Tuvalu adalah sebuah negara pulau yang terletak di Lautan Pasifik, di tengah-tengah antara Hawaii dan Australia. Pada tahun 2011, Tuvalu hanya mendapat kunjungan dari 1200 pelancong asing.





4. Kiribati


Kiribati, atau secara rasmi disebut Republik Kiribati merupakan negara kepulauan yang terletak di Lautan Pasifik. Bentuk negara ini sebenarnya sangat unik, namun tampaknya belum berjaya menarik perhatian para pelancong dunia. Pada tahun 2011, hanya sekitar 4700 orang yang datang ke negara berpopulasi 101093 orang ini.





5. Kepulauan Marshall


Negara kepulauan Marshall atau Marshall Island merupakan negara pulau yang terletak di sebelah utara Lautan Pasifik. Negara ini memiliki bentuk pulau yang berlainan iaitu memanjang dan melingkar. Keunikannya ini berjaya mendatangkan 5000 orang pelancong asing pada tahun 2011.





6. Guinea Katulistiwa


Guinea Katulistiwa atau Equatorial Guinea merupakan salah satu negara republik di Afrika Tengah. Dengan kawasan seluas 28000 kilometer persegi, negara ini berjaya menarik sekitar 6000 pelancong asing pada tahun 2012 lalu.





7. Turkmenistan


Turkmenistan merupakan salah satu negara di Timur Tengah. Negara yang berbatasan dengan Afghanistan dan Iran ini memiliki populasi sebesar 5.1 juta. Meskipun begitu, hanya sedikit orang yang datang sebagai pelancong. Tahun 2007 lalu, tercatat sebanyak 7000 pelancong asing yang mengunjungi negara ini.





8. Sao Tome dan Principe


Negara yang secara rasmi disebut Republik Demokratik Sao Tome dan Priocipe ini merupakan negara kepulauan yang terletak berdekatan dengan garis khatulistiwa. Uniknya, negara ini terdiri di atas dua pulau yang memiliki gunung berapi. Meski termasuk sebagai negara terkecil di Afrika, Sao Tome dan principe berjaya mendatangkan 8000 pelancong asing pada tahun 2010.





9. Komoro


Komoro atau Republik Islam Federal Komoro adalah negara kepulauan di Lautan Hindi. Negara Arab ini terdiri atas tiga pulau utama, iaitu Komoro Besar, Anjouan dan Moheli. Dengan luas wilayah yang tak begitu besar, negara Arab terkecil kedua setelah Bahrain ini berjaya menarik 15000 pelancong asing pada tahun 2010.









10. Afghanistan


Afghanistan merupakan negara di Asia Tengah yang berbatasan dengan iran dan Pakistan. Meskipun hingga saat ini Afghanistan masih identik dengan peperangan dan masalah keamanan, namun negara ini berjaya membawa 17500 pelancong asing masuk ke negaranya pada tahun 2012.











10 Negara Paling Kurang Dikunjungi di Dunia










Gambar Wajah Kembar Seiras Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik

Lagi berita pembedahan plastik yang berlaku di Korea Selatan. Apa yang terbaru?

Artikel kali ini mengenai kembar seiras di Korea Selatan yang boleh dikatakan bertuah selepas menjalani operasi plastik secara percuma.

Gambar pertama adik-beradik kembar seiras ini diambil sebelum pergi ke rancangan TV ‘Let’s Beauty’. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah atau mempunyai paras rupa yang terlalu hodoh sehingga menyebabkan tiada keyakinan menjalani kehidupan mereka.

Disebabkan itu, mereka berdua terpilih untuk mengubah rupa mereka dengan tajaan sepenuhnya program tersebut. Mari kita lihat hasil hasil pembedahan plastik.



Gambar Sebelum



Perbincangan dengan doktor mengenai struktur wajah

 


 




Gambar mata sebelum dan selepas



  




Pandangan tepi sebelum dan selepas 







Pandangan depan sebelum dan selepas




Bersama Magician mereka (Pakar bedah kosmetik) 
 

Reaksi para penonton
 





 




Gambar Wajah Kembar Seiras Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik
















Syafie Naswip Melenting Ditegur Peminat?



Sejak mula menceburi industri lakonan pada tahun 2006, nama Syafie Naswip memang jarang dikaitkan dengan mana-mana kontroversi panas.

Tidak seperti selebriti lain, pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi filem-filem arahan arwah Yasmin Ahmad ini dilihat lebih selesa menghindari gosip dan publisisti murahan untuk menjaga reputasinya.

Namun semalam, OHBULAN! terkejut apabila membaca respon Syafie terhadap seorang lelaki yang menegur tindakannya bergambar mesra dengan seseorang.




Difahamkan, lelaki berkenaan tidak senang melihat beberapa keping foto Syafie yang seakan memeluk budak perempuan bernama Fara Nadiah itu.

Menerusi responnya, Syafie menganggap tindakan lelaki berkenaan sebagai kuno kerana mempersoalkan caranya bergambar dengan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.




Menurut Syafie lagi, hubungannya dengan Fara Nadiah yang juga seorang pelakon itu cukup akrab seperti adik-beradik kandung.



Mungkin cara lelaki berkenaan terlalu kasar dalam menegur membuatkan Syafie bertindak mempertahankan dirinya. Siapa tahu, kan?

Apapun, jom tengk beberapa keping foto Syafie dengan Fara Nadiah di bawah ini.








sumber- oh bulan



Syafie Naswip Melenting Ditegur Peminat?

Kecomelan Awek Indonesia

Jom kita tengok kejelitaan dan kecomelan awek-awek dari Indonesia pula. Layan.