Air Asia India Di Halang Beroperasi Di India




AirAsia India nampaknya terus berdepan “halangan” untuk memulakan operasi penerbangannya di New Delhi dengan yang terbaharu daripada syarikat penerbangan swasta yang mahu pihak berkuasa menyekat kemasukan syarikat penerbangan tambang rendah itu.


Syarikat penerbangan India, iaitu Jet Airways, GoAir, Indigo dan SpiceJet, dikatakan menentang kemasukan AirAsia.


Syarikat-syarikat itu dikatakan membantah pengeluaran lesen penerbangan kepada AirAsia India, demikian lapor Media India yang memetik sumber yang enggan dikenali daripada Director-General of Civil Aviation (DGCA).


AirAsia India, usaha sama 49:30:21% antara AirAsia, Tata Sons dan Arun Bhatia of Telestra Tradeplace, dilancarkan pada Februari tahun lepas dan kemudiannya diluluskan oleh Lembaga Penggalakan Pelaburan Asing (FIPB) dan Kementerian Penerbangan Awam.


Ia juga menerima Persijilan Tiada Bantahan daripada Kementerian Penerbangan Awam.


“Kami merupakan syarikat penerbangan asing pertama yang dibenarkan untuk pergi lebih jauh setakat ini di India. Ramai yang mahukan kami. Ada juga segelintir yang tidak mahukan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, baru-baru ini.


DGCA juga meluluskan semua kemudahan latihan AirAsia India.


AirAsia India, syarikat penerbangan pertama dilancarkan sejak kerajaan India pada September 2012 membenarkan pelaburan langsung asing sebanyak 49% oleh syarikat penerbangan asing dalam sektor penerbangan awam, menyasar untuk memulakan operasi dalam tempoh enam bulan selepas pelancarannya.


Bagaimanapun, laporan membayangkan ia hanya boleh bermula kemungkinan September tahun ini.


Terdahulu pada tahun ini, kerajaan India meminta orang awam untuk membuat bantahan baharu, sekiranya ada, terhadap langkah membenarkan syarikat penerbangan itu memulakan operasi di negara yang memiliki jumlah penduduk seramai 1.3 bilion, yang mana hanya kira-kira 1% menggunakan perkhidmatan penerbangan.


Tindakan ini diambil meskipun hakikatnya AirAsia India telahpun melalui proses yang sama tahun lepas.


Seorang ketua parti politik, Subramanian Swamy, juga membawa kes ke mahkamah tahun lepas, membantah kelulusan diberikan kepada AirAsia India untuk melancarkan syarikat penerbangan.


Nampaknya, industri penerbangan India, yang menanggung hutang kira-kira AS$12.6 bilion dan kerugian kumulatif AS$8.6 bilion takut dengan persaingan baharu yang akan menyebabkan mereka menanggung lebih banyak kerugian. – Bernama



Air Asia India Di Halang Beroperasi Di India

AirAsia Aniaya Mahasiswa ?!!




Kuala Lumpur, tiada tolak ansur dan langsung tidak berjiwa masyarakat selain tidak berhati perut dengan hanya mengaut keuntungan semata-mata yang dapat menyifatkan rasa tidak berpuashati sekumpulan pelajar Institut Pengajian Tinggi terhadap syarikat penerbangan tambang murah Air Asia.


Perkara itu disebut sebaik sekumpulan pelajar tersebut berjaya pulang sejurus lawatan mereka ke Medan, Indonesia dengan menggunakan perkhidmatan penerbangan tambang murah Air Asia dekat sini, LCCT kelmarin.


Jelas mereka, penerbangan mereka ke Medan pada 12 Februari yang lalu tergendala seketika apabila kelewatan yang hanya seminit dijadikan alasan untuk tidak membenarkan mereka melepasi pintu untuk menaiki pesawat AK1350 yang dijadualkan berlepas pada jam 7.45 pagi waktu Malaysia.


Tambah mereka lagi, pintu penerbangan tersebut ditutup dihadapan mereka ketika sebahagian darinya berjaya melepasi pintu tersebut dan pegawai bertanggungjawab langsung tidak memberikan budi bicara dan tolak ansur untuk membenarkan sebahagian yang lain menaiki pesawat.


Menurut mereka seramai 15 penumpang gagal menaiki pesawat atas alasan yang sama dan dinasihatkan pegawai yang menjaga pintu berkenaan untuk membeli tiket perjalanan seterusnya pada jam 1.50 petang.


“Mereka langsung tidak bertolak ansur, kata mereka tak nak ganggu jadual perjalanan..tapi kami masih menghubungi kawan yang berjaya menaiki pesawat dan mereka cakap pesawat sehingga jam 7.55 pagi pun masih belum berlepas.


Kumpulan pelajar tersebut yang kemudiannya akur dengan tindakan tidak bertimbang rasa tersebut mengambil keputusan untuk menaiki penerbangan seterusnya. Kini, lain pula ceritanya apabila mereka menyedari bahawa mereka tidak boleh mengurangkan harga tambang yang baru daripada penerbangan sebelumnya.


“Mereka kata tiket kami tiket promosi dan kami perlu bayar penuh kerana tak boleh buat pengurangan harga tiket daripada tiket sebelumnya.


Akur dengan kenyataan tersebut, kumpulan pelajar itu terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri bagi menampung kos penerbangan seterusnya yang menelan belanja sebanyak RM200 setiap seorang tidak termasuk bagasi tambahan.


Namun, kekecewaan pelajar tersebut tidak berakhir begitu sahaja apabila menyedari bahawa beg mereka tersalah tagging selain mendapati bahawa beg rakan mereka yang berjaya melepasi pintu penerbangan turut dihantarkan ke bahagian lost and found.


Setelah berbincang dengan pegawai di kaunter khidmat pelanggan Air Asia, mereka dikejutkan bahawa bayaran bagasi terdahulu tidak boleh dikehadapankan bagi penerbangan seterusnya selain mereka terpaksa mengeluarkan wang tambahan bagi menampung kos bagasi tersebut.


Pelajar pelajar tersebut ketika ditemui wartawan UNC sempat mencadangkan agar semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi menjadikan Air Asia sebagai perkhidmatan penerbangan pilihan terakhir memandangkan syarikat itu yang semakin teguh dilihat semakin angkuh dan tidak bertimbang rasa.


*Luahan Hati seorang daripada pelajar tersebut di laman sosial*


Hati-hati dengan promosi murah AirAsia!

 


Ini teguran ikhlas aku kepada semua orang supaya lepas ni taklah korang pun terkena tipu dengan perniagaan KOTOR AirAsia ni. Walaupun aku bangga dia sebagai company tempatan yang Berjaya di pesada dunia tapi bagi aku layanan pelanggan yang TERANAYAI tak wajar berlaku!


Begini kisahnya, aku dan lapan orang kawan-kawan dah membeli sebuah tiket promosi AirAsia ke Medan. Nak dijadikan cerita kami dah tiba awal dekat LCCT untuk naik flight tapi punyalah ramai orang beratur tambah pula dengan pekerja AirAsia sendiri yang layan kteorang lambat nak masuk luggage terhegeh-hegeh. Tak pe boleh sabar lagi ye la excited first time nak pergi Medan.


Lepas melepasi Kastam, kami pun berjalan ke pintu kaunter 3 untuk ke Medan pada 12 Februari 2014. Depan mata aku seorg mamat staf AirAsia ni tutup pintu setelah 4 daripada kami Berjaya masuk. Terkejut beruklah kami berlima yang tertinggal ni eh kenapa dah tutup pintu kami dahlah datang berkumpulan bagilah masuk. Alasannya masa dah tamat mereka akan menutup pintu 20 MINIT SEBELUM PENERBANGAN dan waktu penerbangan pukul 6.45 pagi dan masa tu jam pukul 6.25 pagi. Consider la sikit tak payahlah nak RIGID sangat.


Kejadah giler! Nego punya nego dia kata “Maaflah encik kami tak boleh bukak sbb ini akan menganggu schedule penerbangan”. Aku mcm tak boleh terima sebab depan mata kami dia tutup pintu. Nak dijadikan cerita bukan kami berlima je ada lagi 10 orang yang menimpa nasib yang sama macam kami. KIRANYA ADA 15 ORANG DIA TAK BAGI MASUK DENGAN SENGAJA!


Daripada runding elok2 sampailah bergaduh kami kat situ sebab jawapan yang dia berikan sangat KURANG AJAR DAN TAK MASUK AKAL. Akhirnya dia suruh kami beli tiket baru di kaunter servis. Senang je kan nak kaut untung.


Tak cukup dengan tu kawan kami yang Berjaya naik flight kata, “Eh flight tak gerak pun pukul 6.45 TEPAT. Flight delay!!! Sebab apa plak delay. So apa masalah tak nak bagi kami masuk. NOT MAKE SENSE AT ALL!


Selepas urusan dengan kastam selesai kami pun pergi ke kaunter servis. Kami disuruhlah ambil bagasi kami kembali, menurut staff AirAsia tu kalau kami MISS FLIGHT, bagasi pun takkan naik sekali. OK LAA.. so masa ambil bagasi, kami terperasan pula ada dua beg bagasi kawan kami yang dah berlepas fly ke Medan tertinggal sekali.


Eh apalah pulak ni kan. Check punya check rupanya dia letak nama berbeza-beza setiap beg. Beg aku nama kawan aku, beg kawan aku nama aku.. BERCELARU!

SENANG JE KAN!!


Kalau kami tak perasan beg kawan kami tu macam mana? Kalau ada harta berharga dalam bagasi kemudian ada orang ambil macam mana? Macam mana staff dorg kerja letak nama beg lain2. Bila report kat kaunter servis dia kata kami kena beli luggage baru sebab tak ada insurans cover… Dah makan duit orang lagi!!!


Disebabkan tak nak mengecewakan impian nak pergi juga Medan, ditambah pula rasa tanggungjawab nak kena tanggung lagi beg kawan kami yang dah berlepas ke Medan tu, kami pun beli je la next flight yang kos RM200 seorang(termasuk luggage BARU).. melayang macam tu je duit kan!!


Flight seterusnya pukul 1.10 tengahhari. Tak nak perkara sama berulang pukul 12.30 kami dah mula tunggu depan pintu kaunter. Ok MAMAT AIRASIA KURANG AJAR YANG SAMA PAGI TADI JUGA JAGA KAUNTER… yang kelakarnya punya penat kami tunggu dan beratur, dalam tiket tertera kuanter buka pukul 1.10 tapi pukul 1.20 baru dia buka dan flight kata nak terbang pukul 1.45. Kiranya pukul 1.25 dia akan tutup pintu..


HANYA ADA 5 MINIT JE KITA NAK BEREBUT MASUK DALAM FLIGHT OTHERWISE AKAN JADI MACAM KES AKU TADI DIA TERUS TUTUP PINTU DAN SURUH BELI TIKET BARU!!!


Bayangkan betapa bengang ye aku sebagai seorg pelangan rasa sangat sangat teranayai dengan layanan sebegini seakan-akan sengaja je nak kaut untung lebih lagi-lagi tiket promosi yang tidak menawarkan insurans jadi sebab tu dia rigid tapi bila nak buka pintu tak ikut masa yang ditetapkan pula!


So nasihat aku, plzzz la kawan-kawan lepas ni lebih berjaga-jaga. Mungkin salah aku juga kot sebab tak tunggu pukul 5 pagi depan kaunter tu kan..!!


Semoga Tony Fernandes boleh baca dan plzz laa improve servis AirAsia ni sebelum kami rakyat Malaysia sendiri beralih ke penerbangan murah yang lebih berkualiti dan BERHATI PERUT.


Yes Now Everyone can fly but not necessary with you AIRASIA..!!!

#BYE #HateAirAsia


 

 

-Mforum.cari

 

foto hiasan


AirAsia Aniaya Mahasiswa ?!!

Terkini ; Suspek Bunuh Ketua Cawangan Dap Di Tangkap !




Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kematian bekas Pengerusi DAP Cawangan Kampung Jering yang terbunuh selepas terkena beberapa das tembakan di hadapan rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar malam kelmarin.




Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, suspek yang berusia 56 tahun ditahan dalam satu serbuan di kampung berkenaan pada pukul 11.10 malam tadi.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


 



Terkini ; Suspek Bunuh Ketua Cawangan Dap Di Tangkap !

Foto ;Bekas Kaki Buli; Maut Insiden Langgar Lari...Al-Fatihah


 


“Ingat lagi dengan kes 3 budak pembuli sekolah menengah di Seberang jaya yg femes dengan video klip Lan Todak tak lama dulu? Salah seorang dari pelajar yang terbabit telah meninggal dunia kerana kes langgar lari Jumaat lepas tak jauh dari sekolahnya.


Di tengah yang pakai baju merah tu namanya Allahyarham Munir. Dia dah banyak berubah setelah kes tersebut. Tak lupa sembahyang. Pagi tu semasa nak ke sekolah di SMK Taman Inderawasih. Motor Allahyarham terlanggar motor yang terlibat kemalangan sebelum itu lalu dia tercampak dan meninggal dunia.


Arwah meninggal pada pagi Jumaat. Jenazahnya tiba di Surau Tuna jam 1230 dan dibawa ke Masjid Seberang Jaya jam 1 tengahari. Arwah dah banyak berubah dan banyak membuat tugas-tugas kebajikan, dan terlibat dengan gotong-royong membersihkan surau/masjid. Sebelum meninggal, arwah sempat memohon maaf kepada ibubapa dan mangsa buli tersebut.”


 

Terkini ; SAH !! Erra Fazira Bercerai Talak Satu

Photo: Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin. Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi. Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.

 

Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin.


Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.


Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU.



Terkini ; SAH !! Erra Fazira Bercerai Talak Satu