Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat

fauzi nawawi
Fauzi Nawawi


PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi terkejut apabila ada pihak cuba memburukkan namanya sehingga tergamak menuduh dia tidak membayar sewa pejabatnya yang terletak di Cheras dekat sini selama lima bulan.

Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 41, berkata, sehingga kini dia belum pernah berdepan dengan masalah lewat membayar sewa pejabat dan khabar angin negatif itu dianggap sebagai satu gosip yang tidak masuk akal.

“Tak bayar sewa pejabat lima bulan? Macam tak logik jer.



“Macam mana sampai hal pejabat saya pun orang boleh ambil tahu? Mereka pernah sampai ke pejabat saya ke?,” soalnya kepada mStar Online.
Pelakon ini diminta mengulas gosip yang kedengaran kononnya dia tidak Pada Rabu lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan Fauzi tidak membayar sewa pejabatnya selama lima bulan kerana kesempitan wang.


Hal itu dikatakan berpunca kerana dia kurang mendapat tawaran berlakon.


Bagaimanapun, Fauzi menafikan semua tuduhan itu termasuklah memberitahu dia menolak pelbagai tawaran kerana mahu memberi fokus dalam perniagaannya di bawah syarikat Perfect Illusion Corp Sdn Bhd.


“Saya dah kurang mengambil kerja-kerja lakonan kerana sibuk dengan projek tender kerajaan.


“Projek apa? Saya tidak boleh nak kongsikan lagi. Cuma yang pasti saya sedang mencuba nasib di bidang baru.


“Semua ini adalah demi menjamin masa depan keluarga. Untuk isteri serta anak-anak, Insya-Allah,” ujarnya.


Bagaimanapun Fauzi berkata, dia mengambil khabar angin negatif itu sebagai perkara positif kerana merasakan masih ada pihak yang ingin tahu tentang dirinya.


“Saya anggap, apabila digosipkan mengenai sesuatu perkara, kiranya saya masih diperlukan dalam industri seni tempatan ini. Kalau tak, kira saya dah tak lakulah kan…,” selorohnya.



Fauzi Nawawi Terkejut Dituduh Gagal Bayar Sewa Pejabat

Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah


ifa raziah


Ifa Raziah


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Ifa Raziah menerima sebuah kereta jenis Mercedes C200 daripada suami Mohd Yani Abdul Rahman sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke 10 pada Khamis.

Ifa, 39, berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah tersebut kerana tujuan asalnya ke kedai kereta adalah untuk membeli sebuah kereta keluarga.


“Hari ini merupakan ulang tahun perkahwinan kami ke sepuluh tahun dan tidak sangka suami menghadiahkan saya sebuah kereta Mercedes.


Pada asalnya kami ke kedai kereta adalah untuk membeli kereta keluarga iaitu jenama Hyundai Santa Fe dan tidak sangka dia belikan satu juga untuk saya,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.


Ifa berkahwin dengan Mohd Yani pada 24 April 2004 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohammad Shakir Aqili yang berusia sembilan tahun.




ifa raziah instagram


Ifa Raziah berkongsi kegembiraannya dengan peminat menerusi Instagram miliknya mengenai hadiah kereta yang dia terima



Manakala dia juga mempunyai seorang anak perempuan iaitu Sharifah Putri Umairah, 15, hasil perkahwinan pertamanya.


Tambah Ifa, ia merupakan hadiah pertama sempena ulang tahun perkahwinan mereka, manakala kereta keduanya.”Saya bukan jenis yang suka bertukar kereta, dulu suami saya beri hadiah kereta sempena kelahiran anak pertama iaitu sembilan tahun lalu iaitu BMW 3 Series yang saya pakai hingga sekarang,” ujarnya.


Sementara itu, bercerita tentang kehidupan rumah tangga, Ifa mengakui melalui pelbagai dugaan sepanjang 10 tahun hubungan tersebut.


Katanya, sifat tolaransi dan menerima seadaanya pasangan merupakan kunci kebahagian rumah tangga.


“Sepanjang sepuluh tahun ini memang saya bahagia biarpun apa orang kata tentang saya dan suami, saya tidak pernah peduli.



“Apa yang penting ialah percaya satu sama lain dan menerima diri masing-masing seadanya. Ia menjadi kekuatan kami sehingga kini,” ujarnya.


Tambah Ifa, salah satu pengalaman pahitnya pula apabila diserbu Jabatan Agama Islam Kedah ketika menginap di sebuah hotel di negeri tersebut atas urusan kerja.


Katanya, perkara itu merupakan peristiwa yang tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya.





mStar Default Image


Contoh kereta Mercedes C200 AMG.


“Saya tidak tahu ini kategori kenangan pahit atau manis tetapi ia memang tidak dapat dilupakan kerana kami disangka berkhalwat, walhal kami suami-isteri.

“Pada malam itu memang kecoh, bagaimanapun semuanya selesai apabila pihak yang membuat serbuan mendapat tahu kami pasangan yang sah,” ujarnya.


Dalam pada itu, Ifa turut memberi nasihat kepada pasangan muda atau yang ingin mendirikan rumah tangga agar memikirkan kesediaan mereka sebelum mengambil keputusan untuk hidup bersama.


Katanya, sebuah rumah tangga yang dibina bukan untuk seketika sahaja, malah sepanjang hayat.


“Saya pun pernah mengalami kegagalan rumah tangga, kita tidak tahu jodoh kita sampai mana tetapi kalau boleh kita kekalkan apa yang kita ada.


“Bagi yang ingin berkahwin perlu fikir sebaik mungkin kerana bila kita berkahwin bermakna kita bersedia untuk berkongsi hidup dengan orang lain,” katanya.



Mercedes Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan Ifa Raziah

#MH370 : Terkini Kakitangan MAS Di Tahan Di Beijing

Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan bahawa kakitangannya ditahan di sebuah dewan utama di Lido Hotel di Beijing oleh anggota keluarga Penerbangan MH370 semasa mereka melahirkan rasa tidak puas hati untuk mendapatkan butiran berhubung kehilangan pesawat itu, pada 3 petang 24 April.


Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata lebih 200 anggota keluarga meminta seorang pegawai Malaysia hadir memandangkan hanya kakitangan MAS yang hadir semasa sesi taklimat.


“Sepuluh kakitangan syarikat penerbangan itu kemudian dimaklumkan supaya menunggu di dewan utama sementara sekumpulan 60 anggota keluarga pergi ke kedutaan Malaysia untuk mendapatkan pegawai kerajaan menghadiri taklimat itu.


“Kumpulan itu kemudian melepaskan kakitangan itu pada 1.44 pagi, 25 April,” kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu lagi dalam satu lagi insiden, penyelia keselamatan MAS, S.Kalaichelven diserang seorang anggota keluarga rakyat China semasa bertugas di Lido Hotel di Beijing pada 22 April.


“Kakitangan syarikat penerbangan itu cuba menghentikan tindakan agresif seorang anggota keluarga terbabit yang menuntut akses kepada sekretariat, apabila dia menendang staf berkenaan di lutut kirinya.


“Mereka yang berada di tempat kejadian dapat meredakan keadaan dan kemudian membawa Kalaichelven ke sekretariat untuk mendapatkan bantuan pertolongan cemas,” kata kenyataan itu.


Menurut kenyataan itu, kakitangan terbabit hanya cedera ringan dan MAS membuat laporan polis berikutan insiden itu.


– BERNAMA




#MH370 : Terkini Kakitangan MAS Di Tahan Di Beijing

3 TAHUN BERPURDAH.... AKHIRNYA ROZITA IBRAHIM TERPAKSA MELUPAKANNYA.....

Kisah menarik itu mendapat respon positif dari rakan-rakan muslim lain termasuk kalangan blogger-blogger tempatan. Buat yang tidak tahu, Rozita pernah hadir ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2014) yang diadakan beberapa bulan lepas.


Di majlis tersebut, beliau sempat berkongsi kisah dan pengalamannya mendirikan perniagaan sendiri walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran yang tidak dijangka.


Terbaru, menerusi lamam blog rozitaibrahim, Rozita telah berkongsi sebab dan punca sebenar mengapa dia mengambil keputusan untuk tidak lagi berpurdah. Menurut wanita berusia 41 tahun itu, tidak mudah sebenarnya untuk beliau berhenti berpurdah serta-merta namun atas nasihat tiga orang yang arif tentang agama, Rozita akhirnya berhenti juga berpurdah.


Mari baca penjelasan panjang lebarRozita Ibrahim, pengasas syarikat kecantikan Sendayu Tinggi tentang sebab dan punca sebenar beliau tidak lagi memakai purdah.


Budaya berpurdah bukan budaya di negara ini dan ia lebih dikaitkan dengan Al Arqam, Pas atau anti kerajaan.. Saya memang tidak pernah menyertai Pas, Al Arqam atau mana-mana politik. Saya tidak arif dan bukan ahli agama, niat hati hanya satu iaitu mendidik hati dan terus menyemai rasa cintakan islam..!!


Bukan mudah mendidik hati.. Iman itu ada pasang surutnya, hati ini tak tetap pendiriannya.. Saya tidak mahu hati seronok bila dipuji dan tidak mahu bangga sebagai orang yang dikenali.


Apabila berpurdah ketika itu amatlah selesa kerana orang tidak mengenali saya. Rasa selamat bila bergerak keluar dari rumah dan tidak menjadi perhatian orang ramai kemana saja saya pergi. Banyak kecaman hebat saya terima, akibat berpurdah. Antaranya kecaman yang saya terima ialah


- Muka saya rosak akibat kosmetik yang saya pakai..

- Kalau nak berubah kenapa nak tutup muka..

- Kenapa pakai make up lagi kalau dah pakai purdah..


Masalah saya semasa berpurdah,


- Saya pernah membeli siaran tajaan di stesen radio klasik nasional.. Kontrak 6 bulan, semua sudah diluluskan. Selepas bersiaran 3kali, mereka membatalkan kontrak tanpa alasan.


- Saya ingin membeli siaran RTM & TV3 untuk mempromosikan produk keluaran ST dan JRM. Mereka tidak membenarkan berpurdah sama sekali.


Alasannya “Negara kita berbilang kaum dan agama.. Bagi menghormati orang yang bukan beragama islam maka purdah tidak dibenarkan”


Saya jawab “Bagaimana pula kalau orang islam atau bukan islam yang berpakaian seksi .. kenapa dibenarkan ?? Bukankah itu lebih teruk akibatnya dari saya menutup muka, kerana boleh menyebabkan gejala sosial yang lebih teruk, seperti merangsang keinginan seks sehingga berlakunya rogol dan zina.. Setahu saya, islam agama rasmi negara kita kan..??


Jawab mereka “ Itu saya tak tahu.. Itu pihak atasan punya arahan”.. Disini saya melihat dan merasakan hak mempertahankan maruah dan agama “Islam” itu sangat kecil jika dibandingkan menjaga hak orang bukan islam lebih bermakna dan dihormati ..


Bukan itu saja memakai Niqab juga menyukarkan urusan perniagaan dalam dan diluar negara. Mereka menganggap orang islam adalah pengganas. Semasa saya di Air Port Guang Zho saya bersolat (tiada tempat solat saya terpaksa solat ditempat terbuka) 3 orang polis merapati saya ketika solat. Mungkin melihat saya dengan purdah dan jubah hitam, manakala suami saya bersongkok putih..


Semasa bersarapan di hotel saya di datangi seorang wanita cina muslim Malaysia (Eksport Biskut) dan boleh berbahasa kantonis “Kalau nak berniaga tak boleh pakai macam ni, saya kat Malaysia pakai tudung.. Kat sini saya buka..Terpaksa..Mana-mana negara mereka tak mahu berniaga dengan kita”.. Saya diam tanpa sebarang komen..


Setelah 3 tahun berpurdah, saya terpaksa membuka purdah selepas meminta pandangan dan diberi penjelasan oleh 3 orang yang arif dalam hal agama. Katanya “muka dan tapak tangan bukan aurat wanita”.


Diharuskan bagi saya untuk membuka purdah jika untuk tujuan memudahkan perniagaan dan memakai purdah itu adalah sangat banyak kebaikannya


Bicaraperjuangan



Siapa Boleh Tekan Obama - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menolak dakwaan kononnya beliau memberi tekanan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya tidak mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila pemimpin dunia itu melawat Malaysia mulai Sabtu.


Perdana Menteri berkata, adalah mustahil untuknya memberi tekanan atau menghalang Obama daripada menemui siapa sahaja ketika kunjungannya nanti.


“Siapa boleh tekan Obama? Beliau Presiden AS, super power.


“Malaysia hanya negara kecil, mana boleh beri tekanan kepada beliau,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato’ Onn di sini, Jumaat.


Sebelum ini Anwar dilaporkan mendakwa bahawa beliau percaya Najib memberi tekanan kepada Obama supaya beliau tidak berpeluang menemui pemimpin AS itu.


Najib berkata demikian bagi mengulas mengenai dakwaan Anwar kononnya beliau menghalang Obama bertemu dengan pemimpin pembangkang di Malaysia.


Sebelum ini, Penasihat Keselamatan AS, Susan Rice dilaporkan mengesahkan bahawa Obama tidak merancang untuk bertemu dengan Anwar yang juga Ketua Pembangkang Malaysia.


Obama akan menjadi Presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad apabila beliau tiba di Kuala Lumpur esok (Sabtu). – Mstar.com.my




Siapa Boleh Tekan Obama - Najib

Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500


Saiful Apek


Saiful Apek



SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak terkenal Saiful Apek bersama tiga pekerjanya masing-masing dikenakan denda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat selepas didapati bersalah memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan, empat tahun lepas.Hakim Datuk Nurchaya Arshad membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada 30 September tahun lepas.


Beliau turut memerintahkan kesemua tertuduh diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun.


Hakim Nurchaya bagaimanapun menolak permohonan kos pendakwaan oleh pihak perayu yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad.


Pada 30 Sept tahun lepas, Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid melepas dan membebaskan Saiful Apek, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 45, serta tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 31; Shaiful Baharom, 27; dan Noremy Mohamad, 31, daripada pertuduhan selepas berpuas hati pembelaan mereka berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Berikutan keputusan itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.


Sebelum ini, Mahkamah Majistret sama melepas dan membebaskan kesemua tertuduh tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.


Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini dan pada 22 Mei tahun lepas.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh membela diri selepas membenarkan rayuan tersebut.


Saiful Apek, Shah Zainatull Ehsan, Shaiful dan Noremy didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000, jika sabit kesalahan.


 




Dadah: Pelakon Saiful Apek, Pekerja Didenda RM2,500