Zizie Tak Mampu Halang ‘Ketagihan’ Bung Mokhtar?



Kebahagiaan dikecapi pelakon, Zizie Ezette sejak bergelar isteri kepada ahli parlimen Kinabatangan, Dato’ Bung Mokhtar terserlah menerusi gambar-gambar Zizie di laman Instgram miliknya.

Antara ‘pengikat kasih’ mereka adalah permainan maya, Candy Crush yang digilai oleh Bung Mokhtar.

Mengikut pos Zizie, suaminya itu mula berjinak-jinak dengan Candy Crush buat kali pertama sejak tiga minggu lalu. Sejak itu, Zizie mula mengepos beberapa gambar yang memperlihatkan Bung Mokhtar begitu khusyuk bermain permainan itu.

Malah dalam pos hari ini (15 Julai), Zizie mengeluarkan kenyataan berbaur gurauan: ‘Bini duduk sebelah pun dah x di pandang.I hate u Candy Crush!!

#suamidahjumpacintabaru’

Saksikanlah sendiri beberapa gambar dibawah yang dimaksudkan. Apa yang paling penting, dapat dilihat keserasian pasangan suami isteri ini dalam melayari rumah tangga.

Sweet sangat!




















Ribuan fosil kaki dinosaur ditemui








Banyak fosil ditemui di Alaska membonjol dari batuan dan tidak lekuk ke dalam.

Washington: Beribu-ribu fosil tapak kaki dinosaur pemakan daging dan daun, ditemui di sepanjang Sungai Yukon di Alaska baru-baru ini, kata saintis.Profesor geologi Universiti Alaska Fairbanks, Paul McCarthy berkata, beliau terkejut dengan jumlah fosil berjaya ditemui ketika melakukan ekspedisi bersama pasukannya.

“Kami temui fosil tapak kaki dinosaur hampir di semua lokasi yang kami lalui. Kesannya di sepanjang Sungai Yukon terlalu banyak. Kami dapat mengumpul sehingga 50 spesimen hanya dalam tempoh 10 minit,” katanya.

Tidak seperti tapak kaki dinosaur yang lain, banyak fosil ditemui di Alaska membonjol dari batuan dan tidak lekuk ke dalam.


Ketua Jabatan Paleontologi di Muzium Alam Semula Jadi Amerika, Mark Norell, berkata beliau kini memikirkan apa yang sebenarnya berlaku di atas kawasan basah dan berpasir itu berjuta-juta tahun lalu.


Fosil tertimbus

“Ribut besar dan tiupan angin akan menyebabkan fosil itu tertimbus tanah liat dan tidak kelihatan.


“Selepas berjuta-juta tahun acuan tanah liat itu, membentuk kesan tapak kaki seperti yang kita lihat sekarang. Ia adalah kesan sebenar tapak kaki haiwan itu ketika ia hidup,” katanya kepada stesen berita Perbadanan Penyiaran Amerika (ABC).


Wujud banyak laman web dipenuhi dengan fosil dinosaur kawasan sekitar Amerika Amerika Syarikat, tetapi Alaska belum diterokai dengan rapi setakat ini. – AGENSI



 




Ribuan fosil kaki dinosaur ditemui

Akar seakan wajah manusia



Akar seakan wajah manusia

Wajah pada akar pokok ru dirakam dari jarak dekat.


Akar seakan wajah manusia

Ramli menunjukkan akar pokok ru yang menyerupai wajah manusia.



MARANG – Akar pokok ru disimpan seorang nelayan di Kampung Baru Rhu Muda, di sini, menjadi tumpuan apabila terdapat satu bahagian pada akar pokok itu berbentuk seakan wajah manusia.Keunikan itu disedari ahli keluarga Ramli Kecik, 54, yang membersihkan akar pokok ru disimpan sejak lima tahun lalu tersebut ketika mereka sedang berehat di ruang tamu.
“Mereka terus memanggil saya untuk sama-sama melihat wajah yang pelik dan menakutkan, tetapi menarik pada akar itu,” katanya kepada Sinar Harian di rumahnya di Kampung Baru Rhu Muda, di sini.

Menurutnya, seorang daripada anaknya turut merakam dengan menggunakan telefon bimbit dan wajah pelik serta menakutkan itu kelihatan lebih jelas berbanding apabila melihatnya secara langsung.

Menceritakan penemuan akar pokok itu lima tahun lalu, Ramli berkata, dia mengambil dan menyimpan akar pokok ru tersebut selepas mendapati ia tidak hangus walaupun pokoknya dibakar seorang rakan di Kampung Alur Tuman, di sini.

“Sebelum dibakar, kami sering diganggu ‘lembaga misteri’ ketika melalui laluan menuju ke pantai berdekatan pokok itu. Kerana marahkan ‘lembaga misteri’ dikatakan menjadi penunggu pokok itu, rakan saya membakarnya.

“Namun agak menghairankan apabila akar pokok itu tidak terbakar yang hanya disedari keesokan harinya ketika melalui laluan sama menuju ke pantai. Saya kemudiannya mengambil akar itu untuk disimpan,” katanya.

Bagaimanapun, Ramli berkata, tiada sebarang imej atau wajah manusia kelihatan pada peringkat awal dia menyimpan akar sepanjang setengah meter itu.

Menurutnya, mungkin ada rahsia di sebalik kejadian itu, namun dia tidak mahu masyarakat terlalu taasub dan menganggap akar pokok ru tersebut adalah jelmaan penunggu pokok atau sebagainya.

“Saya akan simpan akar pokok ini yang mungkin berguna satu hari nanti,” katanya.

Penemuan itu adalah kejadian ketiga berlaku di daerah ini, kejadian pertama membabitkan dua sahabat di Kampung Kijing, di sini, yang melihat seraut wajah manusia lengkap dengan mata, hidung dan mulut muncul pada batang pokok tembesu ditebang mereka pada 31 Mei yang disiarkan Sinar Harian 1 Jun, tahun lalu.

Dalam kejadian kedua pula, pokok jenis melaka kijang milik seorang nelayan di Jalan Surau Ayah De, di sini, menjadi tumpuan apabila satu daripada dahannya seakan berwajah manusia.

Wajah pada dahan pokok kayu hutan dikatakan dapat mengubati penyakit kencing manis itu juga agak menakutkan. Keunikan itu disedari Abdullah Ali, 57, ketika berehat di pekarangan rumahnya pada 21 November, tahun lalu.









Akar seakan wajah manusia