Lelaki cipta 700 kereta pelik



 



SEBANYAK 700 kereta pelik termasuk kereta berbentuk katil, sofa dan rokok ditempatkan di Muzium Kereta Sudha.

HYDERABAD – Seorang pencipta kereta yang berasal dari India menghasilkan sekurang-kurangnya 700 buah kereta yang mempunyai reka bentuk unik, lapor akhbar Daily Mail kelmarin

Pereka kereta tersebut, Sudhakar Yadav kini semakin popular di seluruh dunia.

Sudhakar telah menghasilkan beratus-ratus kereta berbentuk pelik termasuk bentuk burger dan bola tenis. Lebih menarik, semua kenderaan yang dihasilkan itu dibenarkan untuk bergerak di jalan raya.

Pereka muda ini mula melakukan hobi luar biasanya sejak dia berusia 14 tahun lagi. Sepanjang tempoh tersebut, dia menghasilkan sekitar 700 kereta pelik berbentuk seperti katil, sofa, kayu pemukul kriket, sebatang rokok dan kasut tumit tinggi.

Dia juga telah membuka sebuah muzium yang dinamakan Muzium Kereta Sudha bagi menempatkan kesemua koleksi berkenaan. Muzium itu kini menerima kira-kira 1,000 pengunjung setiap hari.

“Setiap kereta itu yang menelan belanja sekitar £1,000 (RM4,942) hingga £1,500 (RM7,413) pernah menyertai pameran di seluruh India,” katanya

Sudhakar menghasilkan kereta uniknya daripada barangan terbuang. Lelaki itu memberitahu, dia tidak akan menjual koleksi tersebut. – Agensi

Lelaki cipta 700 kereta pelik



Tangan Tergilis Mesin Tebu




Seorang gadis berusia 15 tahun, Nurul Aminah Murjini menjerit kesakitan apabila tangan kirinya tersepit pada gigi mesin perahan tebu di sebuah gerai menjual air tebu di Taman Kulai Baru, KulaiJaya.Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari itu, tangan kiri Nurul separas siku hampir hancur akibat tersangkut pada gigi mesin perahan tebu ketika membantu ibunya menjual air tebu di gerai berhampiran rumah kedai di Batu 21, Jalan Kulai-Johor Bahru.

Kejadian berlaku apabila tudung pelajar tingkatan tiga itu tiba-tiba tersangkut pada gigi mesin berkenaan yang sedang ligat berputar. Menurut saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Hamid, 30-an, mangsa gagal menarik keluar tudungnya yang tersangkut ketika mesin berputar. Hamid berada di situ untuk membeli makanan di gerai bersebelahan.

Sementara itu, bapa mangsa, Murjini Sunarto, 46, berkata, dia sedang membersihkan kebun di Kampung Sri Paya, sebelum dihubungi isteri yang memaklumkan kejadian itu. Menurut Murjini, dia bimbang dengan masa depan anak bongsunya itu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kelapa Sawit.

Nurul terpaksa menahan kesakitan selama kira-kira 15 minit sebelum tangannya dikeluarkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kulaijaya. Dia dihantar ke Hospital Kulaijaya untuk rawatan.

Tangan Tergilis Mesin Tebu




Pelakon Arja Lee Sibuk Jaga Ibu di Hospital Selayang



Ketika umat Islam yang lain sibuk menjalani ibadah puasa sambil menyiapkan persiapan raya, aktor Arja Lee pula sibuk turun naik ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur kerana menjaga bonda tercintanya, Salmah Aziz yang menghidap kanser lelangit.

Malah, dia sanggup meninggalkan lokasi drama bersiri, Ramadhan Yang Hilang pada pagi Khamis lalu, setelah mendapat tahu ibunya mengadu terlalu sakit dengan tiba-tiba.

“Waktu itu, saya sedang dalam persiapan untuk shoot scene saya untuk Ramadhan Yang Hilang. Tapi scene tu tak banyak mana pun. Jadi, bila kaka saya hubungi saya memberitahu bahawa ibu mengadu sakit kuat.

“Hati saya terus rasa berderau dan resah. Cepat-cepat juga saya beritahu pengarah yang saya terpaksa tinggalkan lokasi untuk mendapatkan ibu saya dengan segera.

“Mujurlah mereka faham. Malah, setiap kali hendak buat shooting pun, mereka selalu tanya saya, apakah saya okey untuk shoot atau pun sebaliknya. Saya pula akan sentiasa update mereka dengan perkembangan ibu saya,” kata Arja Lee kepada portal Murai.

Menurut Arja Lee lagi, dia bagaimanapun tidak tahu mengapa ibunya, sakit kuat pada Khamis lalu.

Tapi, tak tahulah kenapa Khamis lalu, ibu tidak-tiba mengadu sakit kuat. Sampaikan kami panggilkan ambulans untuknya dan menghantar dia ke Hospital Selayang.

“Kami hantar dia ke hospital ini pun sebab rekod sakitnya memang ada di sini dan doktor yang merawatnya pun sudah tahu akan perkembangan dirinya.

“Apapun, keadaan ibu sekarang ini dah makin kritikal kerana kanser lelangitnua sudah masuk ke tahap 4. Doktor pun kata, agak sukar untuk dia pulih dalam tahap yang begini. Kalau pulih pun, pasti akan ada komplikasi yang lain yang akan dihadapinya pada masa akan datang,” katanya.

Pun begitu, Arja Lee bersyukur kerana selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, keadana ibunya kini sudah bertambah baik.

“Dia kini sudah boleh duduk dan makan serta tidak perlu lagi bergantung kepada alat pernafasan. Lega hati saya bila melihat kesihatannya kini semakin bertambah baik.

“Sebab, terus-terang, saya tak sampai hati sungguh tengok dia berada di dalam kesakitan. Bayangkan dalam usia yang begitu dia terpaksa berdepan dengan sakit yang kronik begini. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana menderitanya dia pada waktu itu.

“sekarang ini, dia masih lagi berada di hospital dan masih belum dibenarkan untuk keluar. Selain saya, kakak seta adik-beradik yang ;lain termasuk anak-anak buah sering menjaganya,” katanya.

Mengenai perkembangan lain, Arja Lee kini sibuk menjual Arja’s Cookies yang terdiri daripada Tart Nenas Gulung, Tart Nenas bunga, Cokelat Chips, Almond London serta Hazel Nut Choc.

“Semua kuih muih ini, kakak saya yang buat dengan bantuan anak-anak buah,” katanya.


sumber : http://www.murai.com.my/


Pelakon Arja Lee Sibuk Jaga Ibu di Hospital Selayang

Ini adalah gambar terbaru Leez yang dikatakan dulu pernah bercinta dengan Zizan













Ini adalah gambar terbaru Leez yang dikatakan dulu pernah bercinta dengan Zizan






Besi terpacak di kepala



 

Beijing: Ini ialah batang keluli yang tertusuk dalam kepala seorang pekerja selepas ia jatuh di tapak bangunan.

Liu Fenghe sedang berbual dengan rakan sekerjanya di tingkat bawah sebuah bangunan dalam pembinaan apabila tiba-tiba dia rebah ke lantai dengan batang keluli itu tercacak di kepalanya.

Rakannya Zhang berkata, kejadian berlaku cukup pantas. “Sebelum saya sempat berbuat apa-apa, Liu sudah pun berlumuran darah,” katanya ketika ditemui.

Dipercayai batang keluli itu jatuh dari tingkat 25 bangunan berkenaan.

Hentakan yang kuat menyebabkan ia tertusuk sedalam 20 sentimeter ke dalam kepala Liu.

Doktor menjalankan pembedahan kecemasan di daerah Shanghe, Shandong. Pihak hospital berkata Liu kini sudah terlepas daripada bahaya. – Agensi 





Tak Sedar Cecair Keluar Dari Hidung Rupanya Cairan Otak Sendiri

Seorang lelaki di Chicago, Amerika Syarikat tidak menyangka selama ini keadaan hidungnya yang berair sejak setahun setengah rupanya adalah cecair daripada otaknya yang mengalir keluar melalui hidung.

Joe Nagy, terkejut dengan keadaan itu kerana selama ini dia menyangka keadaan itu berlaku kerana dia mengalami alahan dengan cuaca di Arizona.


Menurut Joe, hidungnya itu akan berair dalam sekali atau dua kali seminggu, terutama selepas bangun dari tidur.


“Saya sentiasa bersedia dengan tisu,’’ katanya.


Keadaan itu juga menyebabkan Joe berasa malu terutama ketika berada di khalayak ramai kerana cecair itu akan mengalir keluar dari hidungnya.


Selepas menyedari ubat alahan yang diambilnya gagal memberikan kesan, Joe akhirnya menemui doktor.


Dia begitu terkejut selepas dimaklumkan keadaan itu berlaku kerana cecair di otaknya telah bocor dan mengalir keluar dari hidung.


Joe kemudiannya menjalani pembedahan kecil dengan gam dimasukkan menerusi hidungnya untuk menutup bahagian yang bocor tersebut.


Kini dia bersyukur kerana hidungnya tidak lagi berair dan dia juga tidak perlu membawa tisu dalam poket seluarnya.


-Mynewshub




Tak Sedar Cecair Keluar Dari Hidung Rupanya Cairan Otak Sendiri

Di Bunuh Rakan Baik Gara-gara Mengaku Gay

Seorang lelaki Russia berusia 23 tahun dibelasah dengan kejam dan dibiarkan mati oleh rakannya selepas memberitahu mereka ketika mabuk bahawa dia seorang gay.

Gambar hiasan

Bekas rakan sekolah mangsa dan seorang lagi lelaki ditahan ekoran pembunuhan itu yang berlaku Jumaat lalu.


Agensi berita RIA Novosti semalam memetik kenyataan polis di bandar selatan Volgograd mengatakan seorang suspek mengakui bahawa dia dan rakannya memutuskan untuk mengenakan mangsa dengan menghantarnya pulang dalam keadaan bogel.


Dan ia tidak akan berhenti setakat itu saja. Polis berkata, mangsa cedera parah, termasuk di alat sulitnya hingga dia dia tidak dapat dikenal pasti pada awalnya.


-AP




Di Bunuh Rakan Baik Gara-gara Mengaku Gay

Manusia Pertama Yang Tidak Memiliki Jantina

Seorang penduduk di UK yang dikatakan tidak memiliki status kelamin diyakini sebagai orang pertama di dunia yang secara rasmi diakui tidak memiliki kategori gender sebagai lelaki ataupun wanita.

Norrie May-Welby (23 May 1961) lahir ke dunia sebagai seorang lelaki. Namun, dia kemudian memutuskan melakukan pembedahan kelamin pada 1990 ketika berusia 28 tahun. Setelah itu, dia merasa tidak bahagia menjadi seorang perempuan dan akhirnya Norrie memutuskan untuk menjadi seorang “neuter”, dia sekarang secara rasmi diakui sebagai seseorang yang tidak memiliki gender secara spesifik.


May-Welby pernah hijrah ke Australia pada usia tujuh tahun. Dia lahir dan dibesarkan di Paisley, Renfrewshire, UK.



Kerajaan UK menolak untuk mengeluarkan akta kelahiran untuk Norrie kerana tiada klasifikasi khusus untuk status warganegara tanpa gender. Selain itu, para doktor juga mengaku tidak dapat memastikan jenis kelamin dari tubuh lelaki ini.


“Konsep lelaki atau wanita tidak sesuai untuk saya. Penyelesaian paling sederhana adalah tidak memiliki salah satu identiti,” ungkap Norrie.


Lembaga Kepercayaan Gender UK menyatakan tidak keberatan dengan pilihan yang diambil Norrie.


“Ramai orang menyukai idea untuk menjadi orang tanpa gender,” kata seorang jurucakap pertubuhan.


[Sumber]




Manusia Pertama Yang Tidak Memiliki Jantina

Kisah Seram Mayat Bangun Minta Air




KETIKA saya mahu masuk tidur, Munir datang bersama isterinya memberitahu bapa mertuanya kemalangan di Tanjung Malim. Emak mertuanya juga ada bersama semasa kemalangan tersebut. Adik iparnya yang berumur 12 tahun juga ada. Kejadian ini berlaku dalam tahun 1979.

Sebenarnya tidak ada apa-apa cerita pelik mengenai Ustaz Badur bapa mertua Munir ini dalam kemalangan jalanraya tersebut. Disebabkan saya kawan baik dengan Ustaz Badur, maka kemalangan yang menimpanya itu diberitahulah oleh Munir kepada saya. Ustaz Badur terlibat dalam kemalangan itu kira-kira jam 11.00 malam semasa balik dari Taiping ke Kuala Lumpur. Kemalangan itu tidaklah pula teruk sangat. Dia tiga beranak dimasukkan juga ke hospital Tanjung Malim. Ustaz Badur yang teruk sedikit.


Malam itu saya minta maaf kepada Munir kerana tidak dapat pergi ke hospital Tanjung Malim melawat Ustaz Badur. Sebenarnya dia pun bukanlah hendak mengajak saya ke hospital di Tanjung Malim, cuma untuk memberitahu saja mengenai kemalangan yang menimpa Ustaz Badur. Dia tahu benar hubungan baik saya dengan Ustaz Badur hingga kalau saya datang ke rumahnya, saya tidak akan silu-silu terus masuk sampai ke dapur.

Seminggu kemudian baru saya melawat Ustaz Badur di rumahnya di Segambut. Ketika saya sampai dahi Ustaz Badur masih melecet dan bawah matanya kelihatan lebam biru. Manakala Mak Seha isteri Ustaz Badur terbaring tidak boleh bangun kerana sesak nafas sejak kemalangan. Dia tidak boleh duduk lama-lama kerana badannya pun gemuk sedikit. Anaknya yang berumur 12 tahun bernama Zaqlul bersimen tangan, tetapi dia tersengih-sengih bila ditanya mengenai kemalangan tersebut.

“Ho, seronoknya Ustaz, macam hero jatuh tunggang balik” dia memberitahu dengan ketawa.

“Dekat selekoh belum sampai Tanjung Malim kalau dari sini, di situlah” Ustaz Badur memberitahu. “Kalau nak cerita, nanti orang tak percaya. Ustaz pun tahulah, orang sekarang ni mana nak percaya cerita-cerita lembaga halus ni. Mereka kata tahyol” ujarnya mencebikkan bibir.

“Mak Seha tak boleh bangun, baring aje laa” saya menegur Mak Seha kerana dia terkial-kial bangun hendak sama bercerita.

“Sikit-sikit boleh juga bangun Ustaz” kata Mak Seha gagahi juga untuk duduk. Dia memang tidak senang diam kalau saya berkunjung ke rumahnya. Ada saja yang dihidangkannya, terutama kalau waktu makan nasi. Sekiranya saya bergurau bertanyakan mana ulam, dia akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah mengambil pucuk gajus. Cepat-cepat pula menumbuk sambal belacan perah asam limau. Ustaz Badur pula membakar petai, kerana petai bakar lebih sedap dibuat ulam katanya.

Hubungan mesra antara saya dengan Ustaz Badur dan keluarganya ini sudah terlalu rapat betul. Kadangkala kalau saya lama tidak datang ke rumahnya baik Ustaz Badur mahupun Mak Seha mula menyuruh menantunya Munir menelefon saya. Munir pula memang berkawan rapat dengan saya sebelum itu lagi, dan dia akan memberitahu saya bapa mertuanya berpesan suruh datang ke rumah.

“Lari tak laju Ustaz” beritahu Mak Seha termengah-mengah juga menahan sakit di dada. “Entah macam mana boleh terbabas, tapi memang makcik nampak macam ada perempuan melintas masa tu. Jadi, fasal itulah agaknya orang tua ni tak dapat kawal kereta” jelasnya mengingat-ngingatkan peristiwa tersebut.

“Hah, itulah puncanya. Bukan saya aje yang nampak, makcik ni pun nampak” ujar Ustaz Badur meramas-ramas lengannya yang masih sengal-sengal. “Saya nampak perempuan pakai baju serba putih melintas jalan, jadi fasal saya nak elakkan dia kereta saya terbabas” kata Ustaz Badur menunjukkan sikunya, lengannya, dan dadanya yang luka dan melecet.

“Saya pun nampak, Ustaz” Zaqlul pula menyampuk. “Saya yang pekik kat ayah, tanya siapa yang melintas” dia tersengih-sengih juga.

Itulah pengalaman Ustaz Badur. Kalau mahu dikatakan mengantuk hingga keliru terpandangkan di tengah jalan ada perempuan memakai serba putih melintas, masakan isterinya Mak Seha dan anaknya Zaqlul juga ternampak lembaga yang sama. Ustaz Badur tidak mengantuk, apa yang dilihatnya itu memang pernah dilihat oleh pemandu-pemandu lain ketika melalui jalan tersebut.

Walaupun di situ memang banyak selekoh tetapi keadaannya tidaklah merbahaya sangat kalau dalam suasana biasa. Tetapi apabila ada gangguan pemandu-pemandu tidak akan dapat mengawal kereta. Perkara yang sama berlaku juga pada seorang kawan saya dalam perjalanannya mahu balik ke Johor, melalui jalan Mantin di Seremban. Tiba-tiba saja kereta yang dipandunya stereng keras tidak dapat dipulas lagi. Akhirnya keretanya terus menjunam ke dalam gaung iaitu selekoh sebelum sampai ke Beranang.

Pada malam itu Ustaz Badur balik dari Taiping setelah menghadiri majlis perkahwinan saudaranya. Disebabkan dia orang berniaga, terpaksalah dia balik juga ke Kuala Lumpur kira-kira jam 6.00 petang. Dia berhenti juga di pertengahan jalan untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Di Ipoh dia berhenti juga untuk makan. Hanya apabila sampai berhampiran Tanjung Malim, dia merasa angin bertiup sejuk. Hujan turun renyai-renyai. Mak Seha mengingatkan Ustaz Badur supaya tidak membawa kereta laju, kerana dia sudah mendengar mengenai jalan selepas Tanjung malim itu sering orang bertemu lembaga memakai serba putih berdiri di tengah jalan.

Kadangkala lembaga itu duduk pada cermin kereta menyebabkan pandangan tertutup. Ustaz Badur pula tidaklah berdiam diri saja, dia membacakan juga ayat-ayat suci Al-Quran yang terlintas di kepalanya semasa memandu itu. Sementara Zaqlul duduk di belakang tidaklah tidur, walaupun usianya masih anak-anak. Memang dia sukar tidur kalau di dalam kereta.

Hujan renyai-renyai turun tidak berhenti sehingga sampai ke tol. Selepas tol, Ustaz Badur bercadang mahu singgah dulu di pekan Tanjung Malim untuk berhenti minum kopi, tetapi Mak Seha tidak mahu.

“Dah dekat nak sampai, buat apa berhenti lagi” ujarnya membantah, kerana dia mahu segera sampai ke rumah. Zaqlul juga bersetuju dengan emaknya. Dia tidak mahu berhenti minum terlebih dulu. “Banyak minum nanti banyak kencing” katanya nakal.

Disebabkan anak dan isterinya tidak mahu berhenti, Ustaz Badur pun tidak merasa seronok untuk singgah di Tanjung Malim.

“Kalau awak nak berhenti minum, berhentilah dulu. Nanti kempunan pulak” Mak Seha mengingatkan dia.

“Ah, aku seorang minum buat apa” rungut Ustaz Badur. Setakat dia seorang mahu minum kopi buat apa singgah di pekan Tanjung Malim yang terpaksa menyimpang jauh ke dalam sedikit. Lebih baik berhenti di gerai-gerai yang ada di tepi jalan. Dia mahu singgah di pekan Tanjung Malim kerana mahu mencari kuih pau yang terkenal di Tanjung Malim itu. Melepasi kawasan perkampungan, tibalah di selekoh yang gelap. Kiri kanannya pokok-pokok getah yang rimbun menjadikan kawasan di situ bagaikan diserkup. Hujan renyai-renyai masih turun, tetapi jalan tidaklah begitu licin. Sampai di kawasan selekoh itu Ustaz Badur tidaklah memecut sangat. Lagipun orang tua sepertinya memang tidak suka membawa kereta laju.

“Eh, apa yang putih tengah jalan tu ayah” Zaqlul menudingkan jari telunjuk ke hadapan.

“Orang nampaknya tu…” Mak Seha tergamam sedikit. “Orang gila ke agaknya, merayau tengah malam macam ni” rungutnya apabila nampak lembaga berpakaian serba putih mara menuju ke kereta.

Ustaz Badur cuba menekan brek, tetapi terasa breknya tidak mencengkam. Dia menjadi kelam kabut kerana brek sudah ditekan kuat, tetapi tidak memberi bekas. Kereta semakin hampir dengan lembaga berkenaan. Mahu tidak mahu dia terus merempuh, dan merasa keretanya bukan melanggar lembaga tadi sebaliknya menerpa ke tebing. Semasa keretanya terbabas, Ustaz Badur lama terduduk di bangku depan. Dia tidak tahu apa sudah berlaku. Hendak dikatakan pengsan tidak pula, kerana dia sedar apa yang berlaku ketika itu. Dia tahu Zaqlul yang mula-mula keluar dari kereta dan memanggilnya.

Mak Seha juga tergamam. Dadanya tersendal ke depan, tetapi dia juga tidaklah pengsan. Dia masih ingat Zaqlul memanggil-manggilnya suruh keluar. Dalam hujan renyai-renyai itulah Zaqlul menahan sebuah kereta yang sedang hendak menuju ke Ipoh. Dengan bantuan pemandu kereta itulah mereka bertiga dibawa ke hospital Tanjung Malim. Ketika ini Zaqlul tidak sedar bahawa tangannya patah semasa kereta terhumban ke tebing.

Setelah sampai di hospital barulah dia merasa tangannya sakit. Pemandu yang menolongnya itulah juga yang menelefon menantunya Munir memberitahu tentang kemalangan tersebut.

“Mujurlah juga ada orang mahu menolong saat-saat begini” ujar saya sambil melihat kesan melecet pada dahi Ustaz Badur.

“Orang tua macam saya ni, tentulah dia orang nak tolong. Lagipun inilah sebahagian dari pertolongan Allah juga” katanya perlahan.

Memang pada zahirnya kita melihat makhluk yang membantu kita dalam kesusahan demikian, tetapi sebenarnya hati makhluk itu digerakkan oleh Allah supaya memberikan pertolongan. Inilah dimaksudkan oleh Ustaz Badur pertolongan dari Allah itu. Bagaimana kisah dia terserempak lembaga berpakaian serba putih di Tanjung Malim, hingga menyebabkan keretanya terbabas itu tidaklah mendebarkan sangat hatinya. Masa ini dia sempat membaca Qulhuallah beberapa kali. Sebab itu dia dapat merasakan kemalangan yang menimpanya itu tidaklah berat. Biasanya kalau kereta terbabas di situ jarang orangnya selamat. Kalau tidak pun kereta akan remuk teruk terhumban ke bawah ke bawah gaung.

Malah semasa Zaqlul keluar dari kereta, memang Ustaz Badur membaca Fatihah 17 kali, diikuti dengan Ayat Kursi 17 kali dan Surah Yassin. Dalam masa inilah Zaqlul menahan sebuah kereta yang dalam perjalanan menuju ke Ipoh. Pemandu kereta itu berbangsa CIna, telah menolong Ustaz Badur sehingga semua kesnya selesai. Kira-kira jam 3.00 pagi, barulah lelaki Cina itu meneruskan perjalanannya ke Ipoh.

“Begitulah Allah memberi pertolongan” kata Ustaz Badur tersenyum. “Tiba-tiba saja lelaki Cina itu lalu, dan terus bersusah payah menolong saya. Kalau kita benar-benar beriman kepada Allah, kita akan sedar bahawa itulah pertolongan Allah yang sebenar-benarnya” dia menjelaskan dengan terharu.

Saya mengangguk-ngangguk kepala. Tidak hairan kepada saya mengapa Ustaz Badur berkata demikian, kerana orang yang bertaqwa kepada Allah sentiasa bersyukur di atas segala pertolongan yang diterimanya dari Allah. Kita berterima kasih kepada orang yang menolong, tetapi bersyukur kepada Allah kerana kudrat dan iradatNya jua menyebabkan orang tersebut datang memberikan pertolongan.

Kadangkala inilah yang disalahertikan oleh mereka yang ingin mempelajari ilmu. Saya pernah didatangi oleh seorang pemuda yang beriya-iya sangat mahu mendapatkan ilmu yang boleh mengalahkan musuh. Saya memberitahunya bahawa tudak ada ilmu itu pada saya.

“Kenalah awak cari orang lain untuk berguru, kerana saya tidak pernah belajar ilmu macam tu” kata saya. “Kalau awak mahu kalahkan musuh, janganlah cari musuh” ujar saya sengaja bergurau.

“Tapi Ustaz, kalau kemenyan sebesar lutut tak dibakar, mana nak ada bau” dia masih mendesak mahukan saya mengajar dia, sedangkan saya sebetulnya tidak ada ilmu sedemikian.

Disebabkan dia bersungguh-sungguh sangat mendesak, saya pun menyuruh dia hafalkan doa Haikal. Tidak lama kemudian dia datang memberitahu bahawa doa yang saya ajarkan itu tidak memberi bekas, kerana dia telah diserbu oleh beberapa orang lelaki.

“Dia pukul awak?” tanya saya.

Pemuda itu menggeleng kepala. “Tetapi dia mengancam mahu memukul saya” ujarnya macam kesal.

“Apa salah awak?” soal saya lagi.

“Dia tuduh saya ganggu adik perempuannya” beritahunya masih tidak puas hati kerana dia menuduh saya mengajar doa yang bukan dihajatinya.

Pemuda itu memberitahu dia telah dikepung oleh 7 orang pemuda, masing-masing ada membawa senjata. Dia balik dari menghantar seorang gadis yang baru dikenalinya, tetapi salah seorang pemuda itu mendakwa wanita itu adiknya, dan seorang lagi tunangnya. Dalam keadaan tergamam dia membacakan doa yang saya ajarkan itu. Tidak lama kemudian 7 orang pemuda itu pun pergi meninggalkan dengan memberi amaran supaya jangan mengganggu gadis berkenaan. Pada sangkaan pemuda itu apabila dibacakan doa tersebut, maka 7 orang pemuda yamg mengepungnya itu akan terpelanting seperti daun-daun kering ditiup angin.

“Sepatutnya awak bersyukur kepada Allah, kerana pemuda itu tidak jadi memukul awak” saya mengingatkan dia bahawa pertolongan Allah selalunya datang secara tidak kita sedari. “Kalau awak nak tengok dia terpelanting, itu bukan kuasa kita” kata saya seterusnya.

Itulah yang saya katakan bahawa orang yang tidak mengerti apa itu pertolongan Allah sukar untuk saya memberitahunya. Terutama pemuda-pemuda yang ghairah mahu mendapatkan ilmu kebatinan, mereka merasa apabila dibacakan doa-doa tertentu maka musuh yang dihadapi akan terpelanting atau sebagainya. Yang penting kita jangan mencari musuh, kalau kita tidak mencari musuh tentulah diri kita tidak ada musuh. Anehnya, mereka mencari ilmu kerana mahu menentang musuh, bukannya untuk berserah diri kepada Allah. Sebab itulah saya bersetuju dengan Ustaz Badur bahawa dia sentiasa bersyukur, walaupun mendapat kemalangan jalanraya ketika itu. Dia bersyukur kerana tidak menderita akibat kemalangan itu, di samping ada pula orang yang mahu menolongnya ketika itu.

“Terserempak lembaga tu, tak pelik sangat pada saya Ustaz” beritahu Ustaz Badur tersenyum. “Ada lagi yang pelik kalau Ustaz nak dengar” katanya mengingatkan sesuatu.

Inilah yang seronoknya kalau saya bertemu Ustaz Badur. Ada saja cerita yang hendak dicakapkan kepada saya. Dia memang kaya dengan pengalaman, malah pernah kena tahan oleh British sebelum merdeka dulu kerana penglibatannya dalam gerakan Islam, tetapi pihak British menuduhnya sebagai puak pelampau. Lama juga dia ditahan di Melaka, sebelum dipindahkan ke Morib. Dalam masa dahinya masih lebam-lebam akibat kemalangan jalanraya itu, dia masih bersemangat mahu menceritakan dengan saya mengenai pengalamannya yang lain.

“Ustaz nak cakap fasal kena tahan dulu?” tanya saya mengusiknya.

“Eh mana boleh kisah macam tu juga. Kisah tu dah habis dah, negeri kita dah merdeka, buat apa kenang lagi kisah tu” dia tersengih-sengih, kerana saya selalu mengusiknya untuk mengetahui kisah-kisah dirinya semasa ditahan oleh British dulu.


Sumber: portalharian.com


Kisah Seram Mayat Bangun Minta Air

Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun



Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun




SAMMARA – IRAQ. Seorang datuk berusia 92 tahun menikahi seorang gadis berusia 22 tahun, Khamis lalu.


Musali Mohammed al-Mujamaie dan isterinya, Muna Mukhlof al-Juburi berbeza umur 70 tahun.


Majlis pernikahan mereka diadakan sekali dengan pernikahan cucunya.


Mujamaie yang bekerja sebagai petani menikahi Muna setelah tiga tahun kematian isterinya yang pertama.


Bersama isterinya yang pertama, Mujamaie memiliki 16 anak.


Akui sangat bahagia dengan pernikahan itu, Mujamaie merasa kembali berusia 20 tahun.


“Saya sangat bahagia dapat menikah sekali bersama cucu saya.


“Saya merasa seperti kembali berusia 20 tahun,” katanya yang sudah merancang untuk menikah bersama-sama dua cucunya yang berusia 16 dan 17 tahun itu.






Datuk 92 nikahi gadis 22 tahun

Suami Kunci Alat Sulit Isteri Selama 5 Tahun

Didorong oleh perasaan tidak yakin pada isterinya, seorang lelaki meletakkan kunci (chastity belt) ke atas isterinya selama lebih lima tahun dengan menindik kemaluan isterinya dengan jarum mengait. Kunci itu kini telah berjaya dibuka melalui pembedahan yang dijalankan oleh seorang doktor wanita.






Shyama Bai, 35, mengatakan bahwa kemaluannya ‘dikunci’ oleh suaminya, Sohanlal Chouhan, sekitar lima tahun lalu setelah dia dipaksa meminum alkohol dan minuman keras itu kemudian menjadikan dia tidak sedarkan diri. “Saya cuba untuk membuka kunci itu keesokan harinya di sebuah hospital tempatan, tetapi oleh kerana pakar sakit puan yang bertugas ketika itu adalah lelaki, saya tidak dapat mengumpul keberanian untuk meneruskan rancangan itu,” tambah ibu kepada lima orang anak – tiga lelaki dan dua perempuan.


Wanita itu memberitahu penyiasat bahawa selepas meletakkan kunci, Chouhan membawa kunci bersamanya apabila dia pergi bekerja dan hanya membuka kunci itu pada waktu malam. Chouhan, seorang buruh, yang telah disoal siasat di balai polis Sanyogitaganj, memberitahu bahawa dia mengambil langkah itu kerana dia takut isterinya akan melayan atau lari ikut lelaki lain. “Tiga adik-beradik saya dan enam anak-anak perempuan mereka telah kahwin lari,” katanya, cuba untuk menjustifikasikan keadaan dan perlakuannya.


Shyama Bai mendakwa bahawa dia pernah cuba membunuh diri dengan memakan bahan beracun selepas Chouhan membuat paksaan secara seksual pada anak perempuan mereka yang berusia 12 tahun.


Satu pasukan suruhanjaya negeri untuk wanita diketuai oleh Upama Rai bertemu Shyama Bai di hospital dan berjanji tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap suaminya. Shyama Bai mempunyai hanya satu permintaan pada pihak polis, “tolong jangan bebaskan suami saya, dia pasti akan membunuh kita semua.” Pakar psikiatri mengggelar Chouhan sebagai seorang yang paranoid kerana sangat tidak yakin dengan kesetiaan isterinya. “Chouhan ada masalah mental dan memerlukan rawatan.”


Peristiwa ini telah menimbulkan kemarahan aktivis sosial yang telah menuntut campur tangan serta-merta oleh polis dan badan-badan bukan kerajaan dalam menyelesaikan keadaan.


Suami Kunci Alat Sulit Isteri Selama 5 Tahun

Remaja 14 Tahun Di Paksa Minum Arak Sebelum Di Rogol


 

Seorang pelajar tingkatan dua bukan saja dipaksa meneguk minuman keras, malah dirogol seorang lelaki dan dicabul seorang lagi rakannya dalam kejadian di sebuah rumah di daerah ini, awal pagi semalam.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, suspek masing-masing berusia 21 tahun itu dikatakan menodai pelajar perempuan berusia 14 tahun itu selepas mendapati mangsa dalam keadaan mabuk dan tidak sedarkan diri.

 

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berasal dari Ampang itu dipercayai mengikuti kedua ibu bapanya pulang ke kampung untuk menghadiri majlis kenduri.

 

“Kejadian itu dipercayai berlaku, sewaktu ibu mangsa menyuruh mangsa bersama seorang sepupu lelakinya berusia 13 tahun itu menghantar lauk kenduri di rumah jiran, bagaimanapun, mangsa tidak pulang ke rumah,” katanya.

 

Beliau berkata, kedua ibu bapa mangsa yang bimbang anaknya tidak pulang ke rumah bertindak mencari mangsa di rumah jiran bersama suaminya dan menemui sebuah motosikal yang digunakan anaknya itu.

 

“Ibu bapa mangsa memaklumkan kejadian itu kepada orang kampung dan seorang daripada mereka memberitahu ternampak kelibat tiga lelaki membawa anak dan anak saudaranya itu menaiki sebuah kereta,” katanya.

 

Noor Mushar berkata, setelah puas mencari selama dua jam akhirnya penduduk kampung menemui sebuah kereta yang dipercayai digunakan suspek untuk membawa kedua-dua sepupu berkenaan.

 

“Sebaik saja masuk ke dalam rumah terbabit, ibu bapa mangsa terkejut apabila mendapati anaknya tidur dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah bilik bersama tiga lelaki terbabit sementara sepupunya itu berada di depan ruang tamu rumah.

 

“Ibu mangsa yang melihat keadaan itu segera mengejutkan anaknya dan mangsa telah membuat pengakuan seorang daripada suspek bertindak merogolnya dan memaksanya mengambil minuman keras,” katanya.

 

Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan perbuatan durjana suspek telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam.

 

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


Remaja 14 Tahun Di Paksa Minum Arak Sebelum Di Rogol

Ahli silap mata terapung di udara



Dynamo levitates, Pepsi MAX 'Live For Now' 


London: Orang ramai di sekitar London semalam terpukau dengan aksi terbaru ahli silap mata Dynamo apabila dia ‘terapung-apung’ di sisi bas dua tingkat, semalam. Penghibur kelahiran Bradford itu berada di kira-kira 4.6 meter di udara di sisi bas sambil menyeberangi Jambatan Westminster di London.

Sambil tersenyum ke arah kamera, Dynamo, 30, terus ‘terapung-apung’ sambil sebelah tangannya diletakkan pada bumbung bas berkenaan.

Dynamo – atau nama sebenarnya Steven Frayne – melakukan aksi itu dengan bantuan polis yang memastikan laluan digunakan bebas daripada sebarang kenderaan lain. Beberapa individu bertuah diberi peluang menaiki bas dua tingkat yang bergerak seiringan dengan Dynamo dan mereka kelihatan takjub dengan persembahan itu. Mereka juga tidak melepaskan peluang merakamkan aksi itu menggunakan kamera masing-masing. Aksi itu menarik perhatian kerana orang ramai gagal menjelaskan bagaimana Dynamo boleh ‘terbang’ begitu tanpa sebarang alat bantuan.

Dynamo kini menjadi wajah terbaru untuk promosi minuman Pepsi Max.

Sebelum ini Dynamo pernah memukau orang ramai dengan pelbagai helah unik, termasuk kemampuannya berjalan di atas air. Namanya menjadi sebutan pada tahun 2011 apabila dia ‘berjalan’ melintasi Sungai Thames sambil mempromosikan siri terbarunya di televisyen bertajuk Magician Impossible.

Di samping itu, dia juga pernah ‘mengapungkan’ selebriti Britain, Matt Lucas di depan orang ramai di Stadiuam Emirates dan menukar tiket loteri menjadi wang tunai di depan Robbie Williams serta Davina McCall. – Agensi 



Gadis mengalir air mata darah










 



Purranque (Chile): Doktor di Chile bingung apabila seorang wanita mengalirkan air mata darah.

Yaritza Oliva ketakutan apabila kejadian ganjil itu mula menimpanya awal bulan ini.

Sejak itu, tanpa sebarang amaran, mata wanita berusia 20 tahun itu mengalirkan darah beberapa kali sehari.

Yaritza mengunjungi doktornya tetapi apabila tiada tanda jangkitan ditemui, dia disuruh pulang dengan diberikan ubat titis mata untuk menangani kesakitan yang menurutnya, tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.

Ibu bapa Yaritza meminta rakan dan jiran di Purranque untuk membantu mereka mengumpul wang secukupnya bagi membolehkan wanita itu dirawat pakar mata.

Bapanya, Jose yang bekerja sebagai tukang kayu, merayu dalam satu rancangan televisyen tempatan dengan berkata: “Letakkan tangan di dada anda, lihat keadaan kami dan bantu anak kami.” Yaritza mungkin menghidap penyakit yang jarang berlaku yang dikenali haemolacria. Penyakit itu menyebabkan penghidapnya mengalirkan air mata mengandungi darah.

Setakat ini hanya terdapat tiga kes yang dicatatkan yang mungkin menjadi tanda kepada penyakit lebih serius atau ketumbuhan atau berpunca daripada paras hormon yang tinggi pada wanita subur.