Ketika umat Islam yang lain sibuk menjalani ibadah puasa sambil menyiapkan persiapan raya, aktor Arja Lee pula sibuk turun naik ke Hospital Selayang, Kuala Lumpur kerana menjaga bonda tercintanya, Salmah Aziz yang menghidap kanser lelangit.
Malah, dia sanggup meninggalkan lokasi drama bersiri, Ramadhan Yang Hilang pada pagi Khamis lalu, setelah mendapat tahu ibunya mengadu terlalu sakit dengan tiba-tiba.
“Waktu itu, saya sedang dalam persiapan untuk shoot scene saya untuk Ramadhan Yang Hilang. Tapi scene tu tak banyak mana pun. Jadi, bila kaka saya hubungi saya memberitahu bahawa ibu mengadu sakit kuat.
“Hati saya terus rasa berderau dan resah. Cepat-cepat juga saya beritahu pengarah yang saya terpaksa tinggalkan lokasi untuk mendapatkan ibu saya dengan segera.
“Mujurlah mereka faham. Malah, setiap kali hendak buat shooting pun, mereka selalu tanya saya, apakah saya okey untuk shoot atau pun sebaliknya. Saya pula akan sentiasa update mereka dengan perkembangan ibu saya,” kata Arja Lee kepada portal Murai.
Menurut Arja Lee lagi, dia bagaimanapun tidak tahu mengapa ibunya, sakit kuat pada Khamis lalu.
Tapi, tak tahulah kenapa Khamis lalu, ibu tidak-tiba mengadu sakit kuat. Sampaikan kami panggilkan ambulans untuknya dan menghantar dia ke Hospital Selayang.
“Kami hantar dia ke hospital ini pun sebab rekod sakitnya memang ada di sini dan doktor yang merawatnya pun sudah tahu akan perkembangan dirinya.
“Apapun, keadaan ibu sekarang ini dah makin kritikal kerana kanser lelangitnua sudah masuk ke tahap 4. Doktor pun kata, agak sukar untuk dia pulih dalam tahap yang begini. Kalau pulih pun, pasti akan ada komplikasi yang lain yang akan dihadapinya pada masa akan datang,” katanya.
Pun begitu, Arja Lee bersyukur kerana selepas beberapa hari dimasukkan ke hospital, keadana ibunya kini sudah bertambah baik.
“Dia kini sudah boleh duduk dan makan serta tidak perlu lagi bergantung kepada alat pernafasan. Lega hati saya bila melihat kesihatannya kini semakin bertambah baik.
“Sebab, terus-terang, saya tak sampai hati sungguh tengok dia berada di dalam kesakitan. Bayangkan dalam usia yang begitu dia terpaksa berdepan dengan sakit yang kronik begini. Tuhan sajalah yang tahu bagaimana menderitanya dia pada waktu itu.
“sekarang ini, dia masih lagi berada di hospital dan masih belum dibenarkan untuk keluar. Selain saya, kakak seta adik-beradik yang ;lain termasuk anak-anak buah sering menjaganya,” katanya.
Mengenai perkembangan lain, Arja Lee kini sibuk menjual Arja’s Cookies yang terdiri daripada Tart Nenas Gulung, Tart Nenas bunga, Cokelat Chips, Almond London serta Hazel Nut Choc.
“Semua kuih muih ini, kakak saya yang buat dengan bantuan anak-anak buah,” katanya.