Isteri Tidak Puas Dengan Hubungan Halal.

SAYA sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahukan. Malah saya menerima dirinya seadanya dan mahu membimbing dia ke jalan yang benar,” ujar Mamat (bukan nama sebenar) ketika meluahkan isi hati mengenai perkahwinannya yang hanya mampu bertahan selama dua setengah bulan.

Bercerita lanjut Mamat memberitahu, perkahwinannya dilangsungkan berdasarkan cinta dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak walaupun hakikatnya dia mengetahui kehidupan ‘hitam’ yang dilalui bekas isterinya itu sebelum mereka diijabkabulkan.


Sekadar hiasan!

Dia yang juga merupakan seorang hamba Allah yang tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan bagaimanapun sanggup menerima bekas isterinya itu. Malah berniat untuk membimbing dan seterusnya meninggalkan kehidupan yang lalu.


“Secara jujur saya beritahu, kehidupan bekas isteri saya dahulu boleh dikatakan seperti pelacur kelas atasan.


“Ini kerana setiap lelaki yang berdampingan dengannya pasti akan dibawa ke ranjang.


“Walaupun dirinya keji begitu saya sanggup ‘kutip’, malah menerima dia seadanya dan melupakan segala kehidupannya yang lalu.


“Tapi saya tidak pernah menyangka semuanya hanya lakonan. Dia tetap meneruskan kehidupannya bertukar-tukar pasangan dan mengajak teman-teman lelakinya ke ranjang selepas kami berkahwin,” ujarnya lanjut.


Tidak cukup dengan itu, menurut Mamat, segala pemberian semasa perkahwinan mereka dahulu termasuklah wang hantaran berjumlah RM10,000 semuanya diserahkan kepada teman-teman lelakinya.


Mamat yang ternyata kecewa dengan perangai bekas isterinya pada mulanya tidak mempercayai bahawa wanita itu sanggup berbuat demikian memandangkan dia pernah berjanji untuk meninggalkan segala-galanya untuk memulakan kehidupan baharu.


Ternyata janji tinggal janji. Malah Mamat memberitahu, bekas isterinya seolah-olah amat ketagih dengan perangai lamanya yang dahagakan seks lelaki lain serta tidak puas dengan hubungan intim ‘halal’ bersama suaminya sendiri.


Mamat pernah terfikir sekiranya bekas isterinya itu sanggup dan ingin berubah sudah pasti dia akan memikirkan mengenai dirinya yang sudah ‘kotor’ dan ‘tercemar’ sanggup pula diterima oleh seorang lelaki yang telah mengetahui segala-galanya mengenai kegiatan tidak bermoral dirinya selama ini.


Apa yang lebih mengecewakan Mamat, bekas isterinya tidak pernah rasa bersalah dengan apa yang dilakukan.


Dia juga pernah menipu Mamat dengan memberitahu bahawa dia perlu bekerja di luar daerah. Tetapi pada hakikatnya dia pergi berfoya-foya dengan teman lelakinya di sebuah pusat peranginan terkenal di Pahang.


“Sebenarnya daripada ‘kerja luar daerah’ itulah segala-galanya terbongkar, apabila saya menjumpai resit dia menginap di sebuah hotel di pusat peranginan tersebut.


“Bukan itu sahaja, saya turut menjumpai resit minuman di pusat peranginan itu yang tercatat pukul 3 pagi dan hanya ada dua pesanan minuman sahaja dibuat.


“Waktu itu saya berasa sangat dihina dan ditipu hidup-hidup. Setelah bertanya dan disoal, akhirnya bekas isteri saya mengaku berada di pusat peranginan itu bersama kekasihnya,” katanya dalam nada sebak.


Begitupun, Mamat berkata, dia tetap memaafkan bekas isterinya itu dan ingin memberi peluang kedua kepadanya.


Namun lain pula yang jadi apabila seorang rakan memberitahu dia terserempak dengan bekas isterinya dengan lelaki lain dalam keadaan begitu intim.


Mamat yang begitu tawar hati dengan perangai bekas isterinya yang telah diberikan peluang untuk menginsafi diri itu akhirnya mengakibatkan mereka berdua bergaduh.


Dalam pergaduhan itu bekas isterinya sanggup menghina dan mencerca dirinya.


Kata Mamat, dia sememangnya tidak pernah menyangka bahawa bekas isterinya sanggup menghina dirinya semata-mata ingin bersama dengan teman-teman lelakinya.


Dia akhirnya mengambil keputusan bercerai dengan wanita itu.


Apa yang lebih mengejutkan Mamat, selepas perkara tersebut berlaku, dia cuba berbincang perkara itu dengan keluarga mentuanya tetapi sangkaannya tidak seperti yang diharapkan.


“Cuba bayangkan, saya berkunjung ke rumah mentua di Pantai Timur untuk berbincang mengenai perkara tersebut serta memberitahu perkara yang telah berlaku antara saya dengan anak mereka.


“Tetapi apa yang mengejutkan ialah mereka tidak mempercayai apa yang diceritakan oleh saya. Mentua menyokong apa yang dilakukan oleh anak mereka.


“Di sini nampak sangat seolah-olah mereka tahu mengenai kegiatan anak mereka selama ini tetapi tidak menegah apatah lagi memberi nasihat untuk meninggalkan segala perbuatan terkutuk itu,” jelasnya.


Mamat yang kini tetap menduda tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain. Peristiwa tersebut tetap segar dalam ingatan walaupun telah berlaku empat tahun yang lalu.


Yang pasti, hari ini setelah empat tahun, Mamat baru-baru ini akhirnya menerima permohonan maaf daripada bekas isterinya atas apa yang telah dilakukan.


Malangnya Mamat menegaskan, dirinya sama sekali tidak akan memaafkan perbuatan bekas isterinya itu.


Mamat memberitahu dia sebenarnya bukan berdendam tetapi sehingga kini telinganya masih terngiang-ngiang segala cercaan serta makian yang pernah dihamburkan oleh bekas isterinya itu.


Walaupun tidak pernah ambil peduli lagi akan kehidupan bekas isterinya selepas mereka bercerai, Mamat mendapat tahu bahawa bekas isterinya kini terkontang-kanting ditinggalkan oleh setiap teman lelakinya apabila telah mendapat teman wanita lain.



Sekadar hiasan!

“Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya dan dalam hal saya ini mungkin tuhan ingin menunjukkan saya sesuatu.


“Mula-mula teman lelakinya meninggalkannya untuk seorang wanita lain dan selepas ini tidak tahu pula apa yang akan berlaku.


“Cuma satu apa yang saya harapkan agar dia segera bertaubat dan menginsafi dengan apa yang telah berlaku sebelum semuanya terlambat kerana ajal maut kita tidak boleh jangka,” beritahu Mamat sebelum mengakhiri bicara.



Isteri Tidak Puas Dengan Hubungan Halal.









MH370 - Catat Tempoh Hilang Paling Lama.


Kuala Lumpur – Kehilangan pesawat MH370 yang memasuki minggu kedua, tanpa petunjuk nyata mengenai lokasinya mengatasi rekod jumlah hari kehilangan pesawat komersial sejak 1972.


Tempoh pesawat hilang paling lama dalam sejarah penerbangan moden sebelum ini adalah 10 hari membabitkan pesawat tambang murah Adam Air 574, yang hilang pada Januari 2007 di luar pantai Sulawesi Selatan, Indonesia.


Hilang dari radar


Pesawat Boeing 737-400 yang membawa 102 penumpang dan anak kapal dari Surabaya menuju Manado itu secara tiba-tiba hilang dari radar akibat cuaca buruk.


Pelbagai spekulasi timbul antaranya pesawat itu melanggar gunung setinggi 8,000 kaki di Rangon, Sulawesi Barat, namun disangkal apabila cebisan bangkai pesawat ditemui nelayan selepas 10 hari nahas berlaku.


Kotak hitam pesawat itu hanya ditemui selepas tujuh bulan, namun bangkai lengkap pesawat Adam Air masih belum ditemui sehingga hari ini dipercayai terhempas di Selat Majene, perairan Laut Sulawesi.


Pesawat Air France AF447 jenis Airbus A330-203 yang membawa 216 penumpang dan 12 kru, yang hilang di Lautan Atlantik ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro, Brazil ke Lapangan Terbang Paris-Charles de Gaulle di Perancis, ditemui lima hari kemudian.

Nahas itu berlaku selepas tiga jam 45 minit ia berlepas menyebabkan semua 228 orang di dalamnya terbunuh.

Sempat salur mesej


Bagaimanapun, sebelum hilang daripada radar, pesawat Air France AF447 menyalurkan mesej automatik mengenai kedudukannya dan pelbagai masalah teknikal menerusi Sistem Laporan dan Penerimaan Komunikasi Pesawat (ACARS) selama tiga minit.


Walaupun mempunyai banyak petunjuk dan dengan bantuan kelengkapan paling canggih, operasi mencari hanya mengesan serpihan pesawat dan mayat pertama pada hari kelima, manakala kotak hitam hanya ditemui dua tahun kemudian.


Bagaimanapun, pesawat sewa Tentera Udara Uruguay yang membawa 45 penumpang dan anak kapal, termasuk pasukan ragbi dari Montevideo yang terhempas di Banjaran Andes dalam keadaan cuaca buruk pada 13 Oktober 1972, hanya ditemui selepas 72 hari.


 



MH370 - Catat Tempoh Hilang Paling Lama.




Bayi Kembar 12 Terpaksa Di Bunuh Di China.


Jinan Huang, seorang ibu yang berumur 33 tahun, melahirkan bayi kembar 12 di Shanghai pada hari isnin yang lalu. Jinan, sekarang ini dalam keadaan stabil setelah proses melahirkan selama 31 jam, diberikan peluang selama seminggu oleh kerajaan untuk memutuskan seorang bayi yang akan dipilih untuk dibesarkan.


“Saya bersama suami belum boleh memastikan pilihan,” ujar Jinan yang bercakap kepada wartawan beberapa saat setelah kelahiran yang ajaib tersebut terjadi.


“Tetapi kami telah mempertimbangkan dengan serius untuk membesarkan seorang bayi lelaki yang lahir pada urutan ke dua. Dia adalah bayi paling berat dan oleh kerana itu kami berharap bayi tersebut akan berumur panjang dan kelak boleh menjaga kami di usia tua nanti.”


“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.


Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya.



“Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!