Norman tidak terkejut Abby Abadi dapat suami muda

Kredit foto Faisol Mustafa.Kredit foto Faisol Mustafa.


Mengenali bekas isterinya, Abby Abadi sebagai seorang yang penuh dengan kejutan, justeru pelakon Norman Hakim tidak terkejut dengan berita pernikahan wanita itu dengan lelaki muda, baru-baru ini.


Malahan aktor itu sudah menghidu hubungan pasangan tersebut lebih awal dan berita pernikahan pasangan berkenaan diterimanya dengan baik.


Norman berkata dia dan isterinya (Memey Suhaiza) pernah berjumpa dengan suami Abby sekarang sebelum mereka berkahwin dan mereka seperti dapat mengagak jalinan perhubungan pasangan itu yang nampak mesra.


“Saya dan Memey hanya dengar sahaja berita ini dan tahu-tahu dia dah kahwin. Saya tidak terkejut dengan keputusannya memandangkan dia sering memberi kejutan dalam apa-apa perkara sekalipun.


“Kami terima pegangannya iaitu Allah didahulukan. Sebab itu mereka berkahwin dahulu, baharulah dia selesaikan hal duniawi pula. Kami hanya doakan yang terbaik,” katanya.


Tambah Norman, dia berharap agar perkahwinan itu juga tidak akan menimbulkan sebarang persoalan negatif kerana Abby mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan dirinya dan keluarga.


Dalam pada itu, Norman juga berharap agar Farhan dapat membimbing Abby serta tiga orang anaknya (hasil perkahwinan Norman dengan Abby) iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5, dengan baik.


Abby Abadi dan suaminya, Farhan.Abby Abadi dan suaminya, Farhan.


Abby, 36 yang juga bekas anggota kumpulan Elite telah berkahwin dengan pemuda 12 tahun lebih tua daripadanya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya bulan Ramadan.


Mereka dikatakan bertentang mata di sebuah pasar raya sebelum membuat keputusan untuk bernikah kira-kira dua minggu perkenalan. Bagaimanapun Abby mahu merahsiakan lokasi pernikahan mereka atas sebab-sebab tertentu.