NASHA mengakui dia tidak berdiet pada hari raya dan boleh makan apa sahaja.BERTEMU dengan pelakon yang kekal cantik seperti dulu, Noraishah Abdul Aziz atau Nasha Aziz, pada majlis berbuka puasa bersama media dan tayangan program Aidilfitri Astro di Hilton Kuala Lumpur baru-baru ini, ada perkara menarik yang dikongsikannya. Biarpun sedar peluang untuk menyingkap mengenai perihal peribadinya terutama mengenai teman hidup adalah satu hal yang mustahil, sedikit sebanyak pelakon dan juga model yang kini berusia 42 tahun itu lebih terbuka bercerita mengenainya. Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2005 menerusi filem Trauma itu mengakui, dia sangat sunyi tanpa kekasih lebih-lebih lagi ketika menyambut kehadiran Syawal. Baginya, jika orang lain gembira menyambut Syawal dengan kekasih hati dia pula sebaliknya. “Sambutan raya saya sama sahaja setiap tahun. Sunyi, tanpa kekasih,” ulasnya ringkas sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah hubungannya dengan promoter konsert terkenal, Nur Iman Tang sudah putus? Enggan mengulas panjang jawapannya itu, ujar Nasha: “Nak buat macam mana kalau saya belum ada kekasih biarpun pada usia yang kini sudah mencecah 42 tahun. |
Nasha sunyi sambut raya tanpa kekasih