SABAK BERNAM – Seorang remaja perempuan yang mengadu sakit perut tidak menyangka tindakannya untuk berubat dengan seorang lelaki bergelar ‘ustaz’ di Taman Pertama di sini malam tadi berakhir dengan dirinya menjadi mangsa cabul ustaz tersebut.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superitendan Noor Mushar Mohamad berkata, dalam kejadian pukul 11.40 malam itu, mangsa berusia 15 tahun bersama bapanya yang bekerja buruh telah pergi ke rumah ustaz tersebut.
Bapa mangsa kemudian di arah untuk berbaring di ruang tamu dan menutup lampu.
Kata beliau, ustaz itu kemudian telah memberitahu bapa mangsa bahawa ‘hantu’ yang ada pada badan lelaki itu telah ‘berpindah’ ke badan anak gadisnya dan mengarahkan mangsa untuk berbaring di ruang tamu dengan ditutup sehelai kain.
“Ustaz itu kemudian mengarahkan bapa mangsa duduk di atas kerusi dan tidak lama kemudian lelaki itu tertidur kira-kira 20 minit.
“Sebaik terjaga, lelaki itu terkejut melihat ustaz sedang meraba anak gadisnya dan dia bertindak memohon diri untuk pulang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan suspek masih dikesan untuk tindakan lanjut. – KOSMO!
*Gambar hiasan
Anak perempuan dicabul 'ustaz' ketika berubat