Bandar terapung

Bandar terapung


Freedom Ship digambarkan sebagai sebuah bandar terapung dan akan mengelilingi dunia pada masa hadapan


PERNAHKAH anda terfikir untuk mengembara di atas bandar terapung seperti yang sering dipaparkan menerusi filem sains fiksyen.

Jika anda mahu satu kelainan, Freedom Ship adalah ‘pengangkutan’ sesuai untuk mereka yang suka dengan pengembaraan santai.

Pengarah dan Timbalan Presiden Freedom Ship International berpusat di Florida, Roger M Gooch berkata, bandar terapung tersebut akan menjadi kapal terbesar pertama dibina di dunia.

“Ia akan dilengkapi lebih 50,000 unit bilik dan pelbagai kemudahan seperti hospital, sekolah serta pusat beli-belah. Selain itu, sebuah lapangan terbang juga akan dibina untuk melengkapkan infrastruktur Freedom Ship,” jelasnya.

Menurutnya lagi, syarikat beliau kini sedang berusaha untuk mengumpulkan dana berjumlah 6 bilion pound (RM32 bilion) untuk merealisasikan bandar terapung tersebut.

Difahamkan, Freedom Ship yang berukuran empat kali ganda lebih besar daripada kapal persiaran mewah Queen Mary II tersebut akan digerakkan menggunakan panel solar dan tenaga angin.

Ia akan berlayar dari pantai timur Amerika Syarikat merentasi Lautan Atlantik menuju ke Eropah dan Asia, dipetik dari laporan DailyMail.



Bandar terapung