Dubai: Pesanan ringkas (SMS) dihantar seorang suami kepada isteri mengandungi satu perkataan ‘cerai’ sudah cukup menjadikan perceraian itu sah, menurut satu fatwa Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Kebajikan Dubai.
Satu laporan dalam akhbar bahasa Arab Al Ittihad menyatakan, fatwa itu sebagai maklum balas terhadap pertanyaan seorang lelaki.
Dia ingin tahu sama ada mesej SMS yang dihantar kepada isteri yang memberitahu dia menceraikannya adalah sah menurut undang-undang Syariah.
Pertengkaran
Wanita itu kemudian meninggalkannya dan pergi ke rumah bapanya selepas bertengkar dengannya.
Lelaki itu kemudian pergi ke rumah bapa mentua dan memberitahu dia sudah menceraikannya.
Satu lagi pertengkaran berlaku selepas itu dan dia sekali lagi memberitahu isterinya yang dia mahu menceraikannya.
Kemudian dia menghantar satu lagi SMS memaklumkan menceraikannya, menjadikannya tiga semuanya.
Seorang ulama memutuskan, walaupun pengisytiharan cerai ketika marah tidak sah, bagaimanapun dalam kes lain, mesej SMS adalah sah.

10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri
10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri
| Antara golongan-golongan yang dikatakan menzalimi diri sendiri ialah :
1. Bila berdoa tidak mendoakan orang lain
2. Tidak membaca al quran
3. Tidak solat sunat Tahayatul Masjid bila masuk masjid
4. Tidak memberikan salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada di perkuburan
5. Apabila sampai di sesuatu tempat dia tidak solat jumaat
6. Apabila orang Alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu pergi belajar
7. Apabila bertemu dua orang, tidak bertanyakan nama
8. Apabila di jemput kenduri, dia tidak datang
9. Pemuda tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar
10. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah Kelaparan.
10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri
The post 10 Golongan Yang Menzalimi Diri Sendiri appeared first on Hiburan.
Dazrin dan Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia

Info Kesihatan : Minum teh boleh elak kanser
Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap ketumbuhan. – Foto AGENSI
Penyelidik Belanda kaji 892 lelaki tunjuk kesan baik minuman
Amsterdam: Lelaki yang minum sekurang-kurangnya dua cawan teh sehari boleh mengurangkan risiko diserang barah prostat sehingga lebih satu pertiga.
Minum teh dengan kerap juga menurunkan risiko menghidap tumor sebanyak 37 peratus berbanding mereka yang minum kurang sekali seminggu.
Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.
Namun, faedah sama tidak diperoleh daripada kopi, menurut kajian saintis di Universiti Maastricht, Belanda.
Hampir 40,000 kes barah prostat dikesan setiap tahun di United Kingdom dan 10,000 lelaki maut akibatnya – bersamaan dengan lebih seorang dalam masa sejam.
Risiko itu meningkat dengan usia, dengan lelaki berusia lebih 50 tahun lebih berkemungkinan menghidap tumor dan ada elemen genetik padanya. Seperti juga jenis barah lain, diet menjadi faktor utama dalam perkembangan penyakit.
Minuman popular
Pada masa sama, ada juga percanggahan bukti mengenai peranan minuman popular itu.
Tahun lalu, sebagai contoh, kajian di Universiti Glasgow mendapati, peminum tegar teh lebih berisiko mendapat penyakit. Ia mengesan kesihatan lebih 6,000 sukarelawan lelaki sepanjang 37 tahun dan mendapati mereka yang minum teh lebih tujuh cawan sehari berisiko 50 peratus mendapat barah prostat berbanding yang minum secara sederhana dan tidak minum langsung.
Begitupun, penyelidik mengakui mereka tidak pasti jika teh benar-benar menjadi faktor risiko, atau peminum berada pada usia penyakit itu lebih kerap menyerang.
Dalam kajian terbaru, pengkaji Universiti Maastricht membandingkan 892 lelaki dikesan ada barah prostat dengan bilangan sama lelaki sihat, menilai tabiat pemakanan dan minuman mereka.
Kajian dilakukan ke atas penduduk lelaki di Amerika Syarikat, yang menyaksikan kopi lebih popular. Cuma satu dalam lima sukarelawan minum sekurang-kurangnya secawan teh sehari, berbanding hampir 60 peratus yang lebih gemar kopi.
Hasil kajian disiarkan jurnal Cancer Causes Control menunjukkan dua cawan atau lebih teh sehari seperti mempunyai kesan antibarah, manakala kopi tidak.
- AGENSI (BH)
Wanita Ini Tak Sedar Sudah Hamil 9 Bulan
Tujuh jam selepas merasakan kram perut, Hannah froud melahirkan seorang bayi perempuan. Ajaibnya, wanita usia 22 tahun itu tidak menyedari jika dirinya sedang hamil. Namun, apabila ia pergi ke rumah sakit, doktor menyatakan bahawa dirinya sedang hamil 35 minggu, hampir sembilan bulan!
Froud sebenarnya telah merasakan sakit sejak 8 Februari, tapi rasa sakitnya terus berlanjutan hingga akhir pekan dan semakin parah. Pada hari Isnin, rakan kerjanya menyarankan froud untuk segera memeriksakan diri ke rumah sakit.
Saat tiba di rumah sakit dan menjalani semua ujian, petugas paramedik mengatakan dia harus segera melakukan persalinan, demikian dikhabarkan Daily Mail.
“Ini aneh, semuanya terjadi begitu saja. Satu minit lalu aku merasakan sakit perut, tapi setelah pemeriksaan aku diberi tahu kalau aku akan mempunyai seorang bayi,” ujarnya.
Froud mengatakan selama ini dia tidak pernah mengetahui kalau dirinya tengah hamil. Ia hanya merasakan sakit perut. Orang tua froud yang mengetahui anak perempuannya melahirkan langsung membeli pakaian bayi. Mereka tahu, jika putrinya sama sekali tidak mempersiapkan diri untuk melahirkan.
Saat ini Jessica, bayi froud, telah berusia satu bulan. Froud bersyukur tidak ada masalah kesihatan yang dialami putri kecilnya itu.
* Sumber vivanews.com
Biar Betul! Bela Singa Macam Bela Kucing
Biar Betul! Bela Singa Macam Bela Kucing | Tidak dinafikan, haiwan seperti singa mahupun harimau antara haiwan pemangsa cukup berbahaya. Dengan mempunyai kekuatan berlari dengan pantas, ia mampu menerkam mangsa sehingga ia menjadi makanannya. Namun sebuah keluarga telah bertindak membela seekor singa yang kelihatan cukup manja bersama anak tuannya. Saiznya yang agak besar, sedikit pun tidak menggerunkan kanak-kanak tersebut. Sungguh unik!
Melbourne: Ketika kebanyakan kanak-kanak menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, Braxton West-Smith bertindak lebih berani apabila bermain-main dengan anak singa.
Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah generasi terkini yang menjadi ahli kumpulan Sarkas Stardust. Selain dikelilingi ahli keluarga yang menguruskan sarkas berkenaan, West-Smith menjadikan anak singa Afrika, Zimbi, sebagai rakan. Stardust adalah kumpulan sarkas terbesar di Australia dan menggunakan pelbagai jenis haiwan liar untuk membuat persembahan.
Setiap pagi, West-Smith akan berkongsi meja dengan Zimbi untuk bersarapan serta bergurau-senda.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan selama mana West-Smith akan bersahabat dengan Zimbi kerana aktivis yang membantah penggunaan haiwan dalam persembahan semakin berkembang di Australia. – Daily Mail
Sumber : Harian Metro
Lelaki Cuba Rasa Kesakitan Wanita Bersalin
Lelaki Cuba Rasa Kesakitan Wanita Bersalin
| BELANDA : Dua penyampai berita Belanda, Dennis Storm dan Valerio Zena mahu merasai kesakitan yang dialami oleh kaum hawa ketika melahirkan anak.
Bagi tujuan itu mereka dibenarkan merasaikan kesakitan berkenaan secara simulasi, namun hasilnya, kedua-dua lelaki berkenaan hanya mampu bertahan selama dua jam.
Mereka menyifatkan kesakitan yang dialami itu sebagai satu seksaan.
Storm dan Zena mendedahkan mereka melakukan ujian itu untuk merasaikan pengalaman bersalin selepas mendengar bahawa ia paling menyakitkan di dunia.
Malah ketika memasang alat itu, Zena sempat bertanyakan kepada jururawat “Adakah awak rasa kesakitan ini akan membuatkan saya menjerit,” .
Soalan itu dijawab oleh jururawat ` ya, sudah pasti’.
Biarpun ketika memasang alat berkenaan, kedua-duanya cuba bergurau dan ketawa, namun wajah mereka menunjukkan kesakitan sebenar yang mereka alami.
Dengan pengalaman yang dilaluinya itu, Zena kini berfikir dua kali untuk memiliki anak kerana tidak sanggup melihat isterinya menanggung kesakitan ketika bersalin.
Zena dan Storm bagaimanapun bukan lelaki pertama yang cuba merasai kesakitan berkenaan.
Pada 2009, Dr Andrew Rochford melalui pengalaman sama untuk program TV, What’s Good for You.
Dua jam kemudian, muka Rochford hampir bewarna biru ketika dia sedang menahan kesakitan.
Allah telah menciptakan seorang wanita itu penuh dengan kelembutan dan seorang wanita sering dianggap lemah kerana mudah untuk mengalirkan air mata.
Tetapi uniknya seorang wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin iaitu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak sedangkan tubuh badan manusia dikatakan hanya dapat menahan45 Del kesakitan sahaja.
Subhanallah…Betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu itu…Tak terbalas jasa seorang ibu itu walaupun untuk sehembus nafasnya di saat dia melahirkan kamu…
♥ Khas buat Kaum Adam semua…hargailah ibu dan isteri anda ♥
Lelaki Cuba Rasa Kesakitan Wanita Bersalin
The post Lelaki Cuba Rasa Kesakitan Wanita Bersalin appeared first on Hiburan.
Pencerobohan Lahad Datu: Lelaki Bergelar Datuk Seri Dicari Bantu Kes Op Daulat

Punca Al-Arqam Sesat
Punca Al-Arqam Sesat
| Saya pernah bertanya kepada salah seorang majikan saya yang di suatu ketika merupakan seorang yang sangat penting di dalam Al-Arqam, apakah pada pandangan Ustaz tentang punca Al-Arqam sesat?
Mungkin soalan ini jika ditanya pada masa yang lain akan menghasilkan jawapan yang lain. Tetapi pada ketika itu beliau menjawab, punca kesesatan al-Arqam ialah SIBUK!
Kerja dakwah yang sepenuh hati, sangat fokus, berdedikasi, akhirnya menyebabkan manusia tidak sempat bermuhasabah dan melihat di mana dia berada. Sedar-sedar, sudah terlalu jauh tersasarnya kita daripada tujuan asal.
Ketika bisnes sedang rancak, dakwah sedang gigih, sambutan sedang meluap-luap, kita mungkin sudah berdiri di gigi mulut Neraka! Ya Allah, itulah berulang kali kita dipesan dengan TAQWA, agar sentiasa sedar di mana kita pada satu-satu masa.
Semasa Ramadan lalu, itulah salah satu yang saya minta daripada Allah, agar saya diselamatkan daripada kesibukan yang keterlaluan. Terasa banyak yang tidak kena dalam hidup, tapi terlalu sukar untuk memikirkannya kerana sibuk yang bersangatan.
Syukur, hampir sebulan di Turki baru-baru ini, banyak memberi ruang kepada saya untuk kembali berfikir dan bermuhasabah.
Para agamawan, asatizah, ilmuwan, ketika menjadi majikan, menjadi pekerja, menjadi pendakwah dan menjadi peniaga, di mana sebenarnya kita semasa ini?
Dunia penuh penipuan. Jangan bermain-main dengan dunia. Ia kekal jambatan ke Akhirat. Namun, satu simpang menuju ke Syurga. Satu lagi menghumban diri ke Neraka.
Sumber : Hasrizal Abdul Jamil
Punca Al-Arqam Sesat
Nyalaan matahari dirakamkan NASA


Foto : Mustang Wanted digelar sebagai Spider-man sebenar
Tahniah! Nurul Wahab Hamil 3 Bulan
Penyanyi dan model terkenal, Nurul Wahab akhirnya mengumumkan berita kehamilannya menerusi blog peribadinya hari ini.
Menurut Nurul, berita kehamilan ini sudah lama dipendam dan dirahsiakan dari pengetahuna umum kerana ingin mengikut nasihat orang tua yang melarang ibu mengandung untuk tidak terlalu teruja dan menghebohkan berita kehamilan apabila kandungan di bawah usia 3 bulan.
Tanggal 2 Februari yang lalu, aku dapati aku telah 2 minggu pregnant. Ya! Berbadan dua. Aku mengandungi, aku hamil… Apa lagi perkataan untuk pregnant? Heheh.. Khabar di pagi hari itu aku kongsikan bersama suami – yang kononya pada awal perancangan aku nak buat surprise.. Tak jadi dah nak surprise dek excited teramat.
Aku simpan berita ini sehingga bulan ketiga.Ya, minggu ini dah 3 bulan.Alhamdulillah. Bukannya apa, aku ingat pesan orang tua. Jangan excited sangat dan jangan terlalu hebohkan ketika kandungan di bawah 3 bulan.
Berkongsi lebih lanjut mengenai berita gembira ini, Nurul turut memaklumkan yang dirinya masih lagi menjalankan aktiviti harian seperti biasa, akan tetapi selera makannya semakin bertambah serta gemarkan masakan melayu.
Buat masa ini, aku menjalankan aktiviti seperti biasa.Dan selera makan juga lebih daripada biasa.Selera Melayu teramat menjadi-jadi. Sekejap nak nasi dagang, nak pulut kuning, nak laksa dan yang paling best; petai!
Sumber : Blog NurulWahabDeep
PRU-13: Pembubaran Parlimen Mungkin Hanya Selepas Pertengahan April

Anjing laut berenang tanpa satu sirip




