Minggu lalu telah berlangsungnya konsert terbesar Twin Tower @Live bertempat di Menara Berkembar Petronas KLCC.
Konsert yang berlangsung selama dua hari berturut-turut tersebut difahamkan telah menjadi tumpuan hampir 50,000 penonton dan kehadiran artis-artis terkenal dari luar negara seperti Demi Lovato, U-Kiss, 2NE1 dan Backstreet Boys nampaknya telah menghangatkan lagi malam konsert tersebut.
Dalam pada itu, tidak ketinggalan juga buat penyanyi tempatan, Atilia yang dilihat telah memukau penonton dengan persembahan pembukaannya yang begitu bertenaga dan vokal yang mantap menerusi dendangan beberapa buah lagu seperti “Selagi”, “Indah”, dan “Sangkar”.
Di hari kedua, kemeriahan konsert diserlahkan lagi dengan penampilan mantap Caprice dan juga ‘beatboxer’ nombor satu Malaysia, Shawn Lee. Apa yang lebih menarik, Konsert Twin Tower @Live 2013 turut menyambut kempen “Earth Hour,” dimana seluruh KLCC dan bandar sekitar Kuala Lumpur berada didalam keadaan gelap.
Oleh kerana K-Pop sentiasa menjadi kegilaan peminat-peminat di Malaysia, di sini kami lampirkan video persembahan U-Kiss untuk tontonan anda semua. Jom layan!
Konsert Twin Tower @Live 2013 Pukau 50,000 Penonton!