Review Filem : “Sembunyi – Bisikan Azazil” Satu Lagi Karya Unik Kabir Bhatia


Sembunyi : Bisikan Azazil


Bagi peminat-peminat filem seram tempatan, jangan ketinggalan untuk saksikan filem terbaru terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd berjudul “Sembunyi : Bisikan Azazil” di pawagam berhampiran anda mulai 28 Mac ini.


Filem seram arahan Khabir Bhatia ini bakal menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Datin Paduka Umie Aida, Diana Danielle, Sharnaaz Ahmad, Remy Ishak, Emelda Rosmila serta Sara Ali sebagai tunggak utama bagi menjayakan filem Sembunyi ini.


Jika kita lihat pada tajuk filem, pasti ramai yang tertanya-tanya apakah maksud sebenar disebalik perkataan Azazil itu bukan?


Tidak dinafikan memang ramai masyarakat Malaysia masa kini masih lagi percayakan benda-benda halus seperti iblis, jin serta jembalang sehingga ada yang sanggup mengamalkan ilmu-ilmu terlarang demi mencapai kepuasan diri sendiri.


Menerusi filem ini, anda akan dapat lihat kehidupan sekumpulan masyarakat kampung yang percaya akan kewujudan makhluk halus yang dipanggil sebagai Azazil atau Iblis dan menganggap mahkluk tersebut sebagai musuh utama mereka.


Oleh itu, demi menyelamatkan diri daripada diserang, masyarakat kampung ini telah mengamalkan beberapa pantang larang dan kepercayaan mereka sendiri.


Azazil


Eleman seram yang diketengahkan :


Tedapat beberapa eleman seram yang diketengahkan menerusi filem ini, antaranya adalah sewaktu kemunculan pertama makhluk yang digelar sebagai Azazil.


Pertama kali melihat kelibat Azazil pasti penonton akan tertanya-tanya bagaimanakah rupa sebenar makhluk halus tersebut, memandangkan ia hanya muncul pada waktu malam dan dalam keadaan gelap.


Jadi, bagaimanakah masyarakat kampung ini berhadapan dengan makhluk halus tersebut dan mampukah penduduk kampung ini membunuh makhluk itu?


Dalam pada itu, elemen seram lain yang turut menaikkan bulu roma saya adalah sewaktu Aishah (Diana Danielle) masuk ke dalam hutan kerana mengekori jejak langkah seorang budak perempuan. Pada waktu itu Aisyah telah dibawa untuk mendekati sebuah gua yang agak gelap dan berhampiran gua tersebut telah dipenuhi dengan rangka-rangka manusia seolah-olah ia merupakan sebuah tempat unruk menjalankan aktiviti pemujaan.


Apa agaknya berlaku kepada Aishah selepas itu dan apakah agaknya kaitan penduduk kampung dengan gua tersebut? Segala-gakanya akan terjawab apabila anda menonton filem seram ini.


Saya jamin dan yakin, anda tidak akan menyesal menonton filem ini kerana ‘ending’ ceritanya langsung tidak seperti yang anda jangkakan.


Jom layan sedikit sedutan filem “Sembunyi : Bisikan Azazil” selepas ini :