Menurut laporan sebuah media tempatan, pelakon dan Chef terkenal, Jaafar Onn telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya bakal melangsungkan pernikahan bersama seorang usahawan wanita yang dikenalinya menerusi laman Facebook dan wanita berkenaan difahamkan memegang status sebagai ibu tunggal.
Saya memilih untuk bernikah sebelum bulan Ramadhan tahun ini.
Sebenarnya saya nak cari jodoh di Facebook hanya satu gimik tetapi kuasa Allah telah menemukan saya kembali dengan wanita yang terputus hubungan sebelum ini.
Berkongsi lebih lanjut mengenai hubungannya bersama wanita tersebut, Jaafar Onn akui yang dirinya telah pun berjumpa dengan ibu bapa wanita itu dan masing-masing telah merestui hubungan mereka.
Saya telah pun menemui ibu dan bapanya dan mereka tiada halangan untuk kami berkahwin malah keluarga saya juga gembira dengan perkhabaran ini.
Saya tertarik dengan sikapnya yang suka membantu, bertanggungjawab dan memahami kerjaya saya sebagai seorang artis. – Komen Jaafar Onn menerusi laporan mStar Online.
Jaafar Onn Bakal Melangsungkan Pernikahan Sebelum Ramadhan