Awal Ashaari Terkedu Terima Berita Kematiannya Di Twitter


Awal Ashaari


Pelakon dan pengacara terkenal, Awal Ashaari telah melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu ada individu tidak bertanggungjawab telah menyebarkan berita palsu mengenai kematiannya di laman Twitter baru-baru ini.


“Kalau diikutkan soal hidup mati bukan perkara main-main, memang saya terkejut dan kesal. Saya tidak akan buat sebarang laporan polis, cuma buat masa ini saya hanya akan menyekat dia dari akaun saya.


“Saya tidak kenal dia, mungkin dia tidak suka saya. Dan saya berharap dia tidak akan mengulangi perkara yang sama,” ujar Awal menerusi laporan Utusan Malaysia.


Dalam pada itu, menerusi laman Twitter milik pelakon ini sendiri, Awal telah melahirkan rasa syukur kerana masih lagi dipanjangkan umur dan berdoa agar dosa si penyebar fitnah akan diampunkan.


Twitter Awal Ashaari


Individu yang tidak bertanggungjawab tersebut telah dikenali sebagai ‘sufri55ahmad’ dan nampaknya individu ini bukan sahaja memfitnah Awal, malah turut menyebarkan berita palsu mengenai kematian penyanyi nombor satu negara, iaitu Datuk Siti Nurhaliza beberapa jam yang lalu.


Twitter Awal


Fitnah di Twitter