Jangan cepat melatah ya. Masih lagi seorang selebriti dan giat didalam industri hiburan tempatan, Daphne Iking, 34, kini juga adalah seorang dj (disk jockey).
“Dia sekarang sudah jadi dj,” ujar Atilia merujuk pada Daphne.
Mereka berdua ditemui semalam di Restoran Serai, KL Life sempena majlis memperkenalkan jenama pakaian mereka, Baajookoo. Turut sama hadir ialah rakan kongsi yang juga salah seorang rakan rapat, Yasmin Hani.
Tidak menafikan, Daphne terus mendedahkan bahawa dia pernah menjadi dj jemputan di sebuah kelab sebelum ini dan turut memberitahu bahawa dia akan membuat persembahan (spin) di Rootz, Lot 10.
“Ya, dan malam ini (semalam) juga saya akan membuat persembahan disana.”
Bertanya pada nama yang digunakannya sebagai dj, Daphne memberitahu suaminya yang mencadangkan nama ‘Daph J’ kepadanya.
“Suami saya yang cadangkan sendiri nama kepada saya. Pada mulanya, saya mahu gunakan nama Dj Pon. Pon ialah nama timangan saya dalam keluarga. Namun kerana bunyinya yang agak janggal, suami saya kemudian menambah huruf J selepas Daph yang bermaksud Joe,” jelas Daphne.
Untuk pengetahuan, Daphne juga pernah ‘spin’ ketika Kimora Lee turun ke Malaysia baru-baru ini.
Daphne Iking Kini Seorang DJ Kelab?