Jadi Artis Beri Peluang Hairie Othman Sokong Pembangkang ?


 



Wajah terbaharu Hairie Othman.

SHAH ALAM: Pelakon Hairie Othman menganggap kedudukannya sebagai artis memberikannya peluang cerah untuk bergiat aktif di pentas politik khususnya menyokong pakatan pembangkang.

Malah kata, 42, disebabkan populariti itu, ia berjaya meletakkan kedudukannya sebaris dengan pemimpin dalam Pakatan Rakyat (PR) yang disertainya.

“Saya tidak pernah menyesal bergelar pelakon kerana daripada situlah saya memperoleh pendapatan untuk menampung kehidupan saya sebelum ini.

“Malah saya lihat ia (menjadi pelakon) telah memberi kelebihan untuk saya bergiat aktif dalam politik dan saya ambil peluang itu,” jelasnya.

Hairie berkata demikian ketika menghadiri wacana bertajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Undi pada Selasa yang turut menampilkan Presiden Seniman, Zed Zaidi, Bob Lokman dan Penerbit dan Pengarah Filem, Datin Paduka Shuhaimi Baba sebagai panel.

Hairie Othman dan Bob Lokman merupakan ahli PAS.

Mengakui pernah mempunyai sejarah silam tersendiri sepanjang bergelar anak seni, Hairie berkata setiap orang diberi peluang untuk memperbaiki diri dan tidak mengulangi perbuatan lama.

Malah katanya hiburan adalah perlu dalam kehidupan manusia biasa namun ia hendaklah berlandaskan dengan cara yang betul selain dapat memberikan faedah kepada masyarakat.

“Seperti di Iran, filem yang dihasilkan masih mengikut landasan agama Islam malah tiada adegan berpegangan tangan antara lelaki dan wanita dan karya mereka mampu menempa kejayaan pada peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Sementara itu, Hairie turut menyangkal dakwaan yang mengaitkan penglibatan artis dalam politik disebabkan sudah tidak popular.

Malah kata Hairie, penglibatan seseorang artis dalam politik adalah hak masing-masing dan populariti bukan isu utama.

“Tidak tepat untuk tuduh seseorang artis sudah tidak popular baru nak sertai politik kerana ramai yang berminat cuma tidak tampil ke hadapan,” katanya.

* Sumber mStar Online

like-this-page2