Rita Ada Alasan Untuk Tidak Ikut Cakap Aidil


rita rudaini


Nampaknya isu rumahtangga Rita Rudaini semakin hari semakin bertambah rumit. Terbaru Rita telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya mempunyai hak untuk tidak mengikut cakap Aidil yang sebelum ini pernah melarangnya untuk tidak berlakon disamping aktor dari Singapura.


Sekarang ini, Rita ada sebab untuk tidak ikut cakap Aidil. Kalau dia sudah tidak bertanggungjawab lagi, buat apa Rita nak tunduk dengan perintah dia. Dalam undang-undang pun ada menyebut, seorang isteri boleh tidak ikut cakap semua kalau suami itu bermasalah. Orang boleh senang-senang tuduh saya macam-macam.


“Saya sudah ditinggalkan dia selama setahun. Duit juga bukannya boleh jatuh ke riba dengan mudah. Saya buat sekarang demi anak-anak.”


Menurut laporan yang sama, Rita Rudaini turut melahirkan rasa kecewa kerana pengorbanan yang dilakukan sebelum ini adalah sia-sia.


“Sebelum ini, Rita tidak pernah mengeluh selepas Aidil meminta Rita untuk tidak berlakon dengan pelakon tersebut. Rita hanya ikut permintaan dia sebab sebagai isteri Rita perlu turutinya.


“Bagaimanapun, perkara yang Rita korbankan selama ini telah dipersiakan. Rita rasa sedih sangat dan kecewa,” ujar Rita menerusi laporan Murai.com