Rambut Mohawk pula dijadikan Media untuk Iklan


 



Iklan di rambut mohawk (Foto: Oddcity)

 

FLORIDA – Gaya rambut anak punk rock yang biasa dikenali dengan gaya rambut “Mohawk” ini menjadi trend dikalangan anak-anak muda di Florida, Amerika Syarikat (AS). Namun sekumpulan pemuda menjadikan rambut mohawknya sebagai papan iklan.


Salah satu anggota kumpulan yang menamakan dirinya Mohawk Gaz, Gasmy Joseph mengatakan bahawa ia telah bertahun-tahun menyukai model rambut nyentrik ini. Namun, baru satu tahun ini kelompok Mohawk Gaz mencari potensi sesungguhnya dari tatanan rambut unik tersebut.


Baca juga — muka dijadikan tapak iklan ( siNi )


Banyak syarikat iklan yang meminta mereka mengiklankan sebuah acara atau suatu produk di kepala mereka dengan melukis rambut Mohawk mereka. Mohawk Gaz membuat laman peribadi yang memaparkan foto-foto untuk mempromosikan bisnin baru mereka ini. Demikian diberitakan Oddity Central, Selasa (26/3/2013).


Namun, aksi anak-anak muda kreatif ini tidak hanya mementingkan wang saja, melainkan untuk menyalurkan kreativiti mereka.


Mohawk Gaz telah membuat pelbagai reka bentuk iklan, seperti potret Marilyn Monroe, Mona Lisa atau Iris Kimbo. Gaya rambut yang paling mengesankan sejauh ini adalah sebuah papan basket dengan ring basket melekat di kepala yang dikenakannya pada perlawanan NBA, akisnya itu telah menarik perhatian yang besar setakat ini.


Gasmy mengatakan bahawa iklan yang dilakarkan di kepalanya itu berlangsung hanya seminggu, tapi dia boleh mengubah reka bentuk hingga tiga kali satu minggu, jika mempunyai pelanggan yang berbeza.


Mohawk Gaz bukanlah yang syarikat pertama yang menggunakan kepalanya untuk tujuan pengiklanan. November lalu, seorang usahawan, Brandon Chicotsky melancarkan Logo Bald, sebuah perkhidmatan yang membolehkan syarikat untuk menggunakan kepalanya yang botak sebagai billboard berjalan.


* Sumber okezone.com


like-this-page2