Semua sedia maklum pelakon jelita Fasha Sandha kini sedang menghitung hari untuk melahirkan cahaya mata pertamanya bersama suami tercinta.
Berikutan perkara tersebut, pelakon comel, Nora Danish telah melahirkan rasa gembira kerana tidak lama lagi anaknya, Rayqal bakal mendapat teman baru untuk bermain dan aktres ini turut mendoakan semoga Fasha selamat melahirkan anak pertamanya itu.
Saya tak ada tips tertentu yang boleh dikongsikan bersamanya, cuma saya doakan Fasha selamat melahirkan bayinya nanti dan segala-galanya berjalan lancar. Terus terang saya gembira dengan berita dia bakal menimang cahaya mata lelaki. Nampaknya Rayqal ada kawan selepas ini dan dia pun gembira apabila mendapat tahu bakal mendapat adik. Bolehlah dia bermain bersama.
Dalam pada itu, Nora turut menyatakan yang dia sudah tidak mahu lagi mengingati kisah silam yang perlaku berlaku antara dirinya dengan Fasha dan mengakui sudah menganggap aktres tersebut sebagai kakaknya sendiri.
Saya sudah anggap dia macam kakak sendiri. Kadang-kadang, kami akan berjumpa jika dia dan Jejai datang ke rumah menghantar Rayqal. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya turut memberitahu Rayqal bapanya kini sudah berkahwin dengan Fasha, dan itulah sebabnya kami tidak tinggal bersama. Saya menunjukkan majlis perkahwinan mereka di YouTube.
Yang lucunya, Rayqal tidak bagi saya berkahwin lain hanya kerana dia mahu saya menemaninya tidur. – kongsi Nora melalui laporan Berita Harian.
Saya Doakan Fasha Selamat Lahirkan Bayinya – Nora Danish