Peserta Pertama Yang Disingkirkan Dari Pentas Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2)

yassin-Masterchef Selebriti Malaysia 2


Terbaru,Pelakon dan pelawak juga bekas ahli kumpulan Senario, Yassin atau nama sebenarnya, Yassin Yahya, terpaksa akur menjadi peserta pertama yang disingkirkan dari pentas Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2).Jelas Yassin, dia akui kecewa dengan penyingkiran tersebut.


Luahan Yassin : Memang saya sedih bila menjadi peserta pertama yang tersingkir, lagipun ia baru sahaja bermula dan masih banyak perkara yang ingin saya belajar.Sebelum ini, memang saya tak pandai memasak, setakat masak air, maggi dan nasi, boleh la.. Tapi, sejak menyertai MSM 2, saya belajar sesuatu yang baru.Insya-ALL AH, selepas ini, saya akan terus memasak dan cuba memperbaiki kelemahan serta mempelajari teknik yang betul.


Sementara itu, Yassin disingkirkan daripada dapur MSM 2 setelah hidangannya, Ikan Goreng Berat Sebelah, gagal memikat hati juri.Bagaimanapun, Yassin yang mewakili Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia berjaya menyumbangkan dana sebanyak RM500.


 



Peserta Pertama Yang Disingkirkan Dari Pentas Masterchef Selebriti Malaysia 2 (MSM 2)

Kartunis ditahan polis






Singapura: Seorang kartunis rakyat tempatan ditahan kerana dituduh menghasut dalam lukisan bersifat sindiran dalam laman Facebooknya.

Lukisan itu seolah-olah menuduh kerajaan bersifat perkauman terhadap penduduk minoriti Melayu, kata peguamnya, Choo Zheng Xi Leslie Chew, 37, dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditangkap Jumaat lalu, dua hari selepas satu laporan dibuat mengenai lukisan kartunnya.

Karikatur berkenaan menggambarkan seorang ahli politik berucap di depan khalayak ramai dan memuji bakat ekspatriat dari India, China dan Serani. Satu karektor di khalayak ramai bertanya: “Mengapa tidak disebut bakat Melayu?” sementara karektor lain menjawab : “Celaka! Kerajaan perkauman.” Jurucakap Pejabat Peguam Negara berkata: “Perkara itu kini dalam siasatan polis.” Chew sering memuatnaik karikatur politik yang berkait dengan keadaan semasa di Singapura dalam Facebooknya yang mempunyai 21,000 pengikut.

Karektor dalam karikaturnya biasanya menyerupai ahli politik tempatan walaupun kenyataan penafian dalam lamannya itu berkata ‘ia hanya rekaan semata-mata dengan karektor rekaan yang berdasarkan pada keadaan rekaan di sebuah negara rekaan. Chew berkata, dia ‘terkejut’ kerana ditahan polis tetapi akan terus melukis kartun walaupun ketika disiasat kerana polis tidak mengenakan sebarang sekatan, “Saya ingin menghiburkan peminat saya. Komik itu hanya untuk lawak,” kata Chew yang tidak mempunyai pekerjaan dan menyara kehidupannya dengan sumbangan daripada pembaca online.

Singapura mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang dilihat mencetuskan ketegangan antara kaum. Jika didapati bersalah, dia berdepan dengan hukuman penjara tiga tahun atau denda sehingga RM12,000 atau kedua-duanya. – AFP

* Sumber myMetro





PRU13 : Tak cukup duit deposit, 2 Orang Asli tarik diri jadi calon

 



Simpan dan Rani menunjukkan borang penamaan calon mereka, Jumaat lalu.

ROMPIN – Dua Orang Asli yang sebelum ini disebut-sebut bakal bertanding atas tiket Bebas di kawasan Parlimen Rompin dan Dun Muadzam Shah mengakui tidak mempunyai wang mencukupi untuk mendaftar sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Ketua Umno Cawangan Sawah Batu, Pekan, Simpan Suda berkata, masalah kewangan antara faktor utama dia terpaksa menarik diri pada saat akhir kerana memerlukan sekurang-kurangnya RM15,000 untuk menjadi calon Parlimen.Menurutnya, setiap calon yang bertanding di kerusi Parlimen memerlukan deposit calon sebanyak RM10,000 dan deposit bahan kempen sebanyak RM5,000.

“Jumlah wang deposit dan bahan kempen yang terlalu tinggi membantutkan hasrat saya bertanding kerana tidak mampu bayarnya, apatah lagi dalam waktu singkat, saya tidak mampu mencari wang sebanyak itu,” katanya kepada Sinar Harian.


Simpan yang bermalam di sebuah hotel di Rompin sebelum penamaan calon berkata, selain masalah kewangan, dia juga mengalami masalah teknikal apabila borang 5A yang dibeli pada harga RM20 tercicir sewaktu ke pusat penamaan calon.


“Saya tiba di pusat penamaan calon kira-kira jam 8 pagi, malangnya borang 5A saya tiba-tiba hilang menyebabkan saya terpaksa batalkan hasrat bertanding tambahan pula tidak cukup wang,” katanya.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Kundang, Rani Abd Wahid berkata, dia kesal kerana sebelum ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjanji akan menaja keseluruhan kos deposit untuknya menjadi calon Dun Muadzam Shah.



Bagaimanapun katanya, sebaik tiba di pusat penamaan calon, wakil NGO terbabit tidak sampai sebaliknya hanya memaklumkan segala kos deposit sepatutnya ditanggung oleh calon itu sendiri dan lebih malang perkara itu hanya diberitahu kepadanya selepas selesai penamaan calon.Justeru, dia memohon maaf kepada seluruh pengundi terutama masyarakat Orang Asli Dun Muadzam Shah selepas tidak menjadi calon dalam PRU13.

* Sumber sinarharian

Terkini : 35 Askar Sulu Cuba Masuki Sabah Ditembak Mati






GEORGE TOWN- Cubaan 35 pengganas Sulu menceroboh perairan Sabah digagalkan Tentera Laut Filipina dan Pasukan Pengawal Pantai yang berjaya menembak mati kesemuanya dalam pertempuran di Pulau Sibutu dekat Tawi-tawi kelmarin.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan itu dipercayai ada kaitan dengan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah sebelum ini.

Menurut beliau, kejayaan tentera Filipina menyekat masuk kumpulan tersebut bukti kerjasama kedua-dua negara mengekang keganasan.

Katanya, kumpulan pengganas berkenaan juga akan menerima nasib yang sama kerana pasukan keselamatan negara akan menggempur habis-habisan.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Filipina yang mengambil langkah awal,”katanya pada sidang akhbar pada Majlis Ramah Mesra di Kem Tun Razak di sini hari ini. – KOSMO!


Terkini : 35 Askar Sulu Cuba Masuki Sabah Ditembak Mati




PRU13 : Dakwa cubaan beli 2 Calon Bebas N10 DUN Damak




Lau Lee semasa sidang media semalam.


JERANTUT – Kerusi Dun Damak semakin hangat apabila dikatakan terdapat seorang ‘tauke besar’ kini dalam usaha memujuk dan beli dua calon Bebas yang bertanding di Dun Damak supaya menarik diri.

Calon BN Dun Damak, Datuk Lau Lee berkata, hal ini berikutan agar Dun ini hanya wujud perlawanan satu lawan satu antara BN dengan PKR.

Menurutnya, difahamkan calon Bebas itu yang menggunakan lambang bunga raya dan cangkul itu didekati oleh ‘tauke besar’ itu supaya tarik diri untuk memperlihatkan persaingan sengit antara calon BN dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Saya kenal dengan ‘tauke besar’ itu di mana selepas saya menang dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu, saya memang berkhidmat untuk rakyat dan menentang sekeras-kerasnya tanah yang diluluskan kepada ‘tauke besar’ itu untuk projek membina sebuah stesen minyak.

“Kini tapak tanah itu sudah didirikan dengan sebuah pasar tani yang mana ia beri manfaat kepada petani dan orang ramai. Pasar tani itu adalah pasar tani moden, kekal dan miliki kemudahan kepada orang awam,” katanya kepada pemberita selepas sidang akhbar di Bilik Gerakan BN Dun Damak, dekat Sungai Jan , di sini.

Sementara itu, calon Bebas Dun Damak, Koh Boon Heng menegaskan tiada ‘tauke besar’ datang kepadanya untuk memujuk dan cuba belinya supaya tarik diri daripada bertanding di kerusi Dun Damak.

Menurutnya, dia akan terus bertanding di Dun Damak itu untuk merampas kerusi sebelum ini disandang BN.

Ditanya adakah beliau menerima surat rasmi daripada DAP Pusat supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi DAP Jerantut dan Naib Pengerusi DAP Pahang setelah beliau bertanding atas tiket Bebas, Boon Heng memberitahu dia belum terima sebarang surat rasmi.


* Sumber sinarharian






PRU13 : Dakwa cubaan beli 2 Calon Bebas N10 DUN Damak

Puteri Boss F1 Bernie Ecclestone Bangga Jadi Model Playboy

 



Tamara Ecclestone

 

Model asal United Kingdom yang juga putri bos F1 Bernie Ecclestone, Tamara Ecclestone, mengaku bangga boleh menjadi cover model majalah Playboy Amerika Syarikat edisi Mei 2013. Tamara puas dengan hasil 8 foto panasnya yang akan mejeng di majalah Playboy.


Dengan mewarisi kekayaan mencapai US $ 4.2 bilion , Tamara terkenal memiliki gaya hidup super mewah. Bahkan, Tamara mempunyai mansion bernilai US $ 45 juta di daerah Kensington, berjiran dengan Putera William dan Kate.


Bosan dengan kegiatannya selama ini, Tamara akhirnya memutuskan untuk tampil di majalah Playboy. Model produk lingerie Ultimo itu mengaku bangga dengan keputusannya menjadi model cover majalah Playboy.


“Saya bangga dengan foto-foto indah ini. Sebagai wanita, saya percaya anda harus menghargai badan anda, merasa cantik di dalam dan luar. Saya merasa terhormat menjadi sebahagian daripada warisan majalah ini,” ujar Tamara seperti dikutip dari USA Today.


Total ada lapan foto Tamara di Playboy edisi Mei 2013. Salah satu yang sudah banyak beredar di dunia maya adalah foto polos Tamara dengan bahagian sensitifnya hanya ditutupi berlian. Tamara sendiri mengaku tidak meminta izin kepada kedua orang tuanya untuk tampil di majalah Playboy.


* Sumber VIVAnews





Puteri Boss F1 Bernie Ecclestone Bangga Jadi Model Playboy

PRU13 : Calon PKR didakwa jual pil kuda

 



MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan masalah pertindihan kerusi di beberapa tempat antara pakatan pembangkang pada hari penamaan calon Sabtu lalu adalah disebabkan kebimbangan Pas terhadap kemungkinan ada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlibat dalam jenayah serta berfahaman songsang.

Menurutnya, Pas tidak berniat untuk menentang calon yang dikemukakan oleh rakan sekutunya, PKR tetapi tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan adanya calon-calon tangkap muat hingga menyebabkan pelbagai kemungkinan buruk berlaku.

Abdul Hadi mendakwa, pihaknya mendapat maklumat ada calon-calon tertentu membuat kerja ‘haram’ dan mempunyai ‘fahaman’ yang bertentangan dengan pakatan pembangkang.

“Ada calon-calon yang kita khuatir berdasarkan maklumat adalah tukang jual pil kuda. Nak jadi calon macam mana?

“Malah, ada calon yang menjulang gambar (Vladimir) Lenin, (Joseph) Stalin dan Karl Marx, letak di markas. Orang Pas tidak boleh kerja dengan calon macam ini,” katanya ketika berucap dalam satu ceramah di Kampung Tebakang, Alor Limbat di sini malam kelmarin.

Abdul Hadi bagaimanapun tidak mendedahkan identiti calon berkenaan.

Pertindihan membabitkan calon-calon pakatan pembangkang tersebut melibatkan satu kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerusi-kerusi tersebut ialah Parlimen Labuan, membabitkan pertindihan antara calon PKR, Tan Sri Ibrahim Menudin dan calon Pas, Hadnan Mohamad manakala insiden sama juga berlaku di kerusi DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang melibatkan Mohd. Yusni Mat Piah dari Pas serta Badrul Hisham Shaharin dari PKR.

Selain itu, tiga kerusi DUN di Terengganu yang mengalami pertindihan calon Pas dan PKR ialah di DUN Bukit Besi melibatkan Roslan Ismail (Pas) dan Mohd. Shamsul Mat Amin (PKR); DUN Seberang Takir antara Zakaria Dagang (Pas) dan Ahmad Nazri Mohd. Yusof (PKR) serta DUN Kota Putera antara Adam Mat Said (Pas) dan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim dari PKR.

Di Selangor pula, kawasan yang mengalami masalah serupa ialah DUN Kota Damansara antara Ridzuan Ismail (Pas) dan Mohd. Nasir Hashim (PKR), manakala DUN Panti di Johor pula melibatkan Azlisham Azahar (Pas) dan calon PKR, Mohd. Annuar Mohd. Salleh.

Mengulas lanjut, Hadi menjelaskan Pas bertindak meletakkan calon di kawasan berkenaan kerana hendak menyelamatkan Pakatan Rakyat.

“Kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejap selepas itu jatuh. Pas bertindak untuk memelihara keteguhan bukan saja semasa pilihan raya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya ‘syaitan-syaitan’ tidak boleh masuk,” tegasnya.

Dalam pada itu, pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, Abdul Hadi mencadangkan agar Pas menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR.

* Sumber kosmo! Online



PRU13 : Calon PKR didakwa jual pil kuda

GOSSIP NUR FATHIA DAN AIMAN HAKIM RIZAL

aiman-tasha-shilanurfathiafizo-omar1


Seorang petugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menulis di forum Cari tentang perihal beliau ternampak pasangan ini yang di’katakan berpeluk sakan.


Terkejut juga membaca gossip yang di’sampaikan kerana tiada angin tiada ribut tiba tiba nama Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza tersangkut dalam satu kisah yang kurang enak.


Petugas di KLIA itu turut menyebut ketika kejadian itu berlaku pasangan ini hanya berdua dan galak berpegang tangan dan berpeluk sakan ketika berjalan di’hadapan beliau dan rakan.


Sebenarnya, Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza antara empat selebriti yang akan di’terbangkan ke Paris atas urusan kerja dan ini di’sahkan melalui kiriman Instagram Fizo Omar yang turut serta.

Empat orang artis dalam rombongan kerja ini adalah Tasha Shilla, Fizo Omar, Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza. Tetapi tidak tahulah, mungkin cinta telah berputik antara mereka berdua. Masing masing masih solo. – ROTIKAYA


 



GOSSIP NUR FATHIA DAN AIMAN HAKIM RIZAL

PRU13 : Lembaga Disiplin pecat 61 ahli UMNO yang tanding Bebas





KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO memecat 61 ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas di kawasan pilihan raya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuatkuasa serta merta.

Pengerusinya, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen, berkata tindakan itu selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan UMNO yang menyatakan mana-mana ahli UMNO yang bertanding sebagai calon bebas akan di pecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.


“Surat pemecatan keahlian yang ditandatangani oleh saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin dihantar pada hari ini juga untuk dimaklumkan secara rasmi kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Katanya, Jawatankuasa Khas Lembaga Disiplin UMNO juga akan memanggil tiga lagi ahli UMNO dalam minggu ini untuk tunjuk sebab kenapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon yang baru lalu.

“Mereka ini dipanggil di bawah falsal 20.8 Perlembagaan UMNO dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli UMNO berikutan gagal mengikut perintah-perintah Parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti.

“Lembaga Disiplin UMNO sekali lagi ingin mengingatkan ahli UMNO bahawa kita telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana ahli UMNO yang melakukan kesalahan sabotaj parti di dalam waktu tempoh berkempen Pilihanraya Umum ke -13 ini.”

Beliau berkata, tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci.
“Saya juga menggesa semua ahli UMNO di seluruh negara supaya bersatu padu dan menyokong semua calon Barisan Nasional yang telah dinamakan untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan Barisa
n Nasional.


SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE–13



1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – MOHD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

27. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

29. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

30. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

31. DUN PENGKALAN BAHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

32. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

33. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

34. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

35. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

36. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

37. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

38. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

39. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

40. HUSSEIN BIN MUMAKIL

41. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

42. MAMAT BIN BALHANA

43. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

44. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

45. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

46. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

47. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

48. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

49. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

50. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

51. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

52. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

53. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

54. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

55. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

56. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

57. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

58. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

59. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

60. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

61. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL


* Sumber BH





Tahniah untuk Nenek ini yang bakal mengundi untuk kali ke 13






BADROL Hisham menziarahi Som di Kampung Tanjung Putus, semalam.

Kuala Nerang: “Saya tak sabar nak mengundi dalam Pilihan Raya Umum ini dan pilih Barisan Nasional (BN) sebab tak abaikan kebajikan rakyat sebab banyak bagi bantuan,” kata Som Musa.

Warga emas itu yang kini berusia 94 tahun memberi jaminan sentiasa setia dengan BN sepanjang 12 kali mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini walaupun pernah mengalami masalah kesihatan ketika hari pengundian.

Katanya, dia tidak akan sesekali memberi sokongan kepada parti lain kerana bimbang perubahan kerajaan menyebabkan nasib golongan warga emas akan terabai.


“Saya tak mahu menyesal kemudian hari dan akan memilih lambang kati (BN) untuk terus mentadbir negara ini sejak negara ini merdeka sampai sekarang. 


“Saya tak sabar tunggu hari mengundi 5 Mei ini untuk jalankan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Putus, dekat sini, semalam. 


Dapatkan akhbar Harian Metro






Tahniah untuk Nenek ini yang bakal mengundi untuk kali ke 13

TAHNIAH : NATASHA HUDSON SELAMAT LAHIRKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

natasha-hudson+gambar-natasha-hudson


Tahniah buat Model dan pelakon, Natasha Hudson telah pun selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 5.45 petang kelmarin. Berita gembira ini dikongsi oleh Natasha melalui akaun Instagramnya. Jelas Natasha dia telah selamat bersalin dengan cara normal.Buat masa ini Natasha dan suami, Carleed Khaza masih belum mengumumkan nama bayi mereka. Mungkin mereka juga menunggu masa tujuh hari untuk berbuat demikian.


Dalam pada itu, pasangan Natasha Hudson dan Carleed melangsungkan pernikahan pada April 2012 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Selain bayi ini, Natasha mempunyai seorang lagi anak perempuan, Nessa Helena yang kini berumur 5 tahun hasil perkahwinannya terdahulu.


The post TAHNIAH : NATASHA HUDSON SELAMAT LAHIRKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN



TAHNIAH : NATASHA HUDSON SELAMAT LAHIRKAN CAHAYA MATA PEREMPUAN

PRU13 : BN Kedah nafi gantung Seluar Dalam

 



ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Kedah semalam menafikan BN mempunyai kaitan dengan tindakan menaikkan kain rentang memaparkan logo parti dan pemimpin pakatan pembangkang yang dikatakan bersifat kontroversi kerana berbentuk seluar dalam gergasi.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Ahmad Hanipah menegaskan, Pas tidak boleh sesuka hati menuduh jentera pilihan raya BN sengaja memasang kain rentang itu tanpa mengemukakan bukti kukuh.

“BN tidak berminat melakukan perkara seumpama itu kerana kami menumpukan sepenuh perhatian terhadap perkara yang lebih serius seperti membantu rakyat.

“Pas jangan buat tuduhan melulu jika tidak ada bukti kukuh orang BN terbabit,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Kedah, Zamri Ibrahim kelmarin bahawa ada kain rentang dipasang jentera BN menggunakan logo parti dan gambar pemimpin pembangkang yang mengandungi kata-kata berunsur provokasi.

* Sumber kosmo! Online

 



PRU13 : BN Kedah nafi gantung Seluar Dalam

SPR: Memuat naik gambar kertas undi satu kesalahan


imej google

 

PUTRAJAYA – Perbuatan memuat naik gambar kertas undi merupakan satu kesalahan, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria.

Beliau menggulas perbuatan beberapa pengguna laman sosial yang memuat naik gambar kertas undi yang akan digunakan oleh pengundi pos bagi Pilihan Raya Umum
ke-13.

Berikutan itu, SPR sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putarajaya hari ini, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

“Selain untuk menjaga nama baik dan intergriti SPR, laporan dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan, selaras Akta 574 Kanun Keseksaan (Pindaan) 1997,” katanya.

Kamaruddin bagaimanapun menafikan gambar kertas undi yang dipaparkan dalam beberapa laman sosial itu adalah daripada sumber SPR.

“Selepas pihak polis menjalankan siasatan, barulah SPR menentukan tindakan yang akan diambil terhadap individu yang didapati memuat naik gambar berkenaan, biar polis buat siasatan dulu,” katanya.

SPR sudah mengeluarkan kertas-kertas undi pos dalam negara kepada pengundi yang layak mengundi melalui pos mulai 22 April lepas, sementara pengundi pos luar negara dihantar hari ini.

Kategori mereka yang layak mengundi melalui pos dalam negara terdiri daripada anggota tentera dan polis yang bertugas di perbatasan atau pun yang terlibat dalam operasi, petugas media dan petugas SPR.

Kategori pengundi pos luar negara pula membabitkan rakyat Malaysia di luar negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH), yang terdiri penjawat awam yang berkhidmat di pejabat perwakilan dan pelajar sepenuh masa.

Selain itu, SPR turut menafikan maklumat yang disebarkan dalam laman sosial yang menyebut proses pengundian awal bagi kategori pengundi yang layak, telah dilaksanakan semalam (23 April), sebaliknya, menegaskan pengundian awal hanya dijalankan pada 30 April.

“Perbuatan itu sekadar untuk mengelirukan orang ramai dan berharap orang ramai jangan mempercayai berita tersebut, jika ada sebarang pertanyaan dan kekeliruan, hubungi SPR untuk penjelasan,” katanya.

Mengenai nama calon yang tertera pada kertas undi, Kamaruddin berkata nama yang dicetak tidak semestinya mengikut nama pada kad pengenalan seseorang calon itu.

“Sebelum kertas undi dicetak calon diberikan peluang untuk menulis nama apa yang perlu dicetak pada kertas undi.

“Sebagai contoh, jika seseorang calon itu lebih dikenali oleh para pengundi di kawasan dia bertanding dengan nama Ustaz Kamarudin maka boleh tulis nama itu dalam kertas undi,” katanya.


– Bernama





SPR: Memuat naik gambar kertas undi satu kesalahan

Pemilik Hotel terperangkap dalam Lif Selama 4 Hari





Terjebak dalam Lif (Foto: Orange)


VIENNA – Seorang pemilik Hotel di Austria terjebak di dalam lift hotel miliknya yang masih kosong selama empat hari tanpa makanan.


Thomas Fleetwood, sedang melakukan pemeriksaan terakhir di Hotel Eden di Austria sebelum hotel itu dirasmikan. Saat itu Fleetwood sedang turun lif dari tingkat lima ke lantai dasar. Namun, lif yang digunakannya mengalami kerosakan sehingga dia terperangkap di sana.


Lelaki berusia 58 tahun ini juga telah meninggalkan telefon bimbitnya di pejabatnya dan dia terkurung sendirian di dalam lift tanpa alat komunikasi apapun.


“Sebelum lif tidak pernah rosak, saya berusaha bernafas dengan memutuskan panel kaca kecil di depan pintu lift dan saya juga cuba memanjat kea tap lif namun, hal itu tidak berjaya,” kata Fleetwood, seperti dikutip dari Orange, Selasa (23/4/2013 ).


Pada akhirnya, seorang teman yang melihat tumpukan kertas di luar hotel menggunakan kunci cadangan untuk masuk ke dalam hotel dan mencari Fleetwood terjebak di dalam lif.


Fleetwood mengatakan bahawa dirinya beruntung boleh bertahan hingga empat hari di dalam lif.


“Itu adalah perkara yang bodoh untuk masuk ke dalam lif di sebuah hotel yang kosong tanpa telefon bimbit, tapi saya bangga pada diriku sendiri bahawa saya tidak panik dan menggunakan latihan tentera saya untuk melaluinya,” ungkap Fleetwood


* Sumber okezone.com





Pemilik Hotel terperangkap dalam Lif Selama 4 Hari

Penjawat awam, cikgu dicekup tanpa pakaian


Rumah didiami wanita terbabit menjadi tempat mereka memadu kasih.

 

ALOR GAJAH – Seorang penjawat awam bersama pasangannya seorang tenaga pengajar dicekup berdua-duaan di sebuah rumah di pekan ini, dekat sini, pagi semalam.


Difahamkan, penjawat awam berusia 30 tahun yang bertugas di negeri sebelah utara dipercayai datang ke daerah ini untuk bertemu kekasih hatinya berusia 29 tahun yang mengajar di sebuah sekolah, dekat sini.


Difahamkan, pasangan terbabit dipercayai mengambil kesempatan memadu kasih di dalam rumah itu ketika rakan serumahnya keluar berhujung minggu.


Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, kira-kira 3.20 pagi, seramai 20 anggota Jaim, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dan polis menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat awam.


Menurutnya, sebaik tiba di perkarangan, rumah didapati bergelap dan mereka terpaksa menunggu hampir 15 minit selain berkali-kali memberi salam tetapi tidak bersahut.


“Penguat kuasa Jaim kemudian bertindak memanjat pagar rumah berkenaan dan mengetuk pintu utama rumah itu.


“Pasangan wanita terbabit kemudiannya keluar berbaju tidur dan membuka pintu,” katanya.


Rahimin berkata, pemeriksaan menyeluruh di bahagian bawah rumah dua tingkat itu tidak menemui sesiapa sebelum anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan di tingkat atas.


“Di tingkat atas, anggota menemui seorang lelaki berpakaian lengkap sedang menyorok di bahagian siling rumah.


“Lelaki itu pada mulanya enggan memberi kerjasama ketika diminta keluar dari persembunyiannya untuk diperiksa dan mereka terpaksa menunggu 15 minit sehingga lelaki itu turun,” katanya.


Katanya, pasangan berkenaan kemudian dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk diambil keterangan sebelum dibawa ke pejabat Jaim untuk tindakan lanjut.


* Sumber sinarharian





Penjawat awam, cikgu dicekup tanpa pakaian

PRU13 : Petugas BN parah akibat letupan

 



NIBONG TEBAL: Seorang petugas keselamatan Barisan Nasional (BN) cedera parah di kaki akibat letupan dalam timbunan sampah di belakang Bilik Gerakan Pilihan Raya BN di Jawi, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu mengejutkan kira-kira 3,000 orang yang hadir bagi mendengar ceramah yang ketika itu disampaikan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan.

Difahamkan, ketika kejadian, lelaki berusia lingkungan 30-an itu berada berhampiran longgokan sampah berkenaan sebelum ia tiba-tiba meletup menyebabkan kaki kanannya berlubang.Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Sungai Bakap oleh petugas BN bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Beberapa saksi yang turut berada di tempat kejadian turut tergamam dan tidak sempat berbuat apa-apa berikutan ia berlaku begitu pantas.


Saksi, A Michael, 39, berkata, ketika kejadian, dia mendengar ceramah bersama isterinya, M Jenytuba, 36, berhampiran kereta sebelum longgokan sampah yang berada di hadapan mereka meletup.

“Letupan itu sangat kuat. Saya tidak nampak sesiapa mencurigakan sebelum itu, hanya ada beberapa orang kanak-kanak bermain berhampiran longgokan sampah itu.“Kejadian itu mengejutkan saya, malah isteri turut trauma,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat, bergegas ke lokasi kejadian bersama anggotanya bagi menjalankan siasatan.


Bagaimanapun, beliau enggan memberikan maklumat lanjut berikutan kejadian masih dalam siasatan.


Sementara itu, Pengerusi UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman, yang turut berada di tempat kejadian mengutuk kejadian itu dan meminta polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab.



* Sumber myMetro

 

 



PRU13 : Petugas BN parah akibat letupan

Guru tari serangan Bom Maraton putus kaki tidak akan berhenti Menari

Share/kongsikan. T.Kasih.




Adrianne menari di Pusat Tarian Arthur Murray.

Boston: Seorang guru tari yang hilang sebelah kaki dalam serangan bom Maraton Boston berikrar untuk menari lagi dan lari dalam acara itu tahun depan.

Doktor gagal menyelamatkan kaki kiri Adrianne Haslet-Davis selepas dia terkena bom kedua ketika menonton perlumbaan itu minggu lalu. Mereka terpaksa memotong kakinya sebanyak lima inci dari bawah lutut.

Meskipun menjalani pembedahan yang mengubah hidupnya, wanita berusia 32 tahun itu berkata, dia tidak akan meninggalkan minatnya.


“Ketika menari, saya merasakan tidak perlu melakukan apa-apa lagi. Saya mencapai kegem

“Saya tidak boleh membiarkan orang lain datang dan meragut seluruh kehidupan saya. Kerana itu saya akan menari lagi. Dan tahun depan, walaupun tidak pernah berlari, saya akan menyertai acara maraton itu.


Adrianne bersama suami, Adam Davis.

Gambar yang dibekalkan oleh Studio Arthur Murray Studio di Park Plaza menunjukkan Adrianne begitu bersemangat mengajar orang lain untuk menari dan dia sendiri menari dengan lemah lembut.


Perasaan kehilangan kakinya jelas pada fikiran Adrianne apabila dia dan suami, Kapten Tentera Udara Adam Davis, merasai kesan letupan itu. “Saya masih ingat letupan bom pertama. Ketika itu saya memegang Adam, suami saya dan terfikir, pasti ada bom kedua.

“Saya tahu sesuatu akan berlaku dan saya mula menjerit. Kemudian bom kedua meletup. Saya masih ingat jatuh ke belakang kerana kesan letupan itu,” katanya dalam wawancara dengan CNN.


Dia bangkit dan menyangka semuanya berjalan dengan baik sehingga suaminya menunjukkan ke arah kakinya.

- Dailymail (myMetro)


Share/kongsikan. T.Kasih.

Video Lucah: UMNO Fail Saman Fitnah Terhadap Mustafa Ali Dan Dua Lagi

 



Datuk Mustafa Ali

KUALA LUMPUR: Umno telah memfailkan saman fitnah terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berhubung penerbitan lima artikel yang mengaitkan pertubuhan itu dengan penyebaran video lucah di laman sesawang baru-baru ini.

Writ tuntutan itu difailkan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh bagi pihak Umno pada Isnin di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Pihak media memperoleh salinan writ itu pada Selasa. Mahkamah menetapkan 10 Mei ini untuk pengurusan kes saman itu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno memberitahu pemberita bahawa Umno memfailkan saman itu atas alasan artikel berkenaan adalah satu pembohongan nyata dan berniat untuk membawa organisasi itu ke dalam skandal awam dan dibenci.

“Umno mahu menjelaskan yang mereka tiada kaitan dengan politik kotor ini dantidak terlibat langsung,” katanya dan menurutnya Umno juga mahu mendapatkan keadilan.

Dalam writ itu, Umno menamakan Mustafa, peguam cara dan peguam bela bagi Mustafa, Asmuni Awi dan ketua pengarang laman portal HarakahDaily.net Zulkifli Sulong, masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Umno memohon ganti rugi am, khas, teruk, teladan, faedah, kos, satu perintah injunksi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka menerbitkan kata-kata fitnah itu terhadap Umno dan perintah kesemua defendan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah.

Umno mendakwa Mustafa telah membuat pernyataan media mengenai parti itu berhubung penyebaran video lucah yang telah tersebar luas di laman sesawang sejak 11 April lepas yang kemudiannya diterbitkan semula di laman portal www.malaysiakini.com.

Umno juga mendakwa Mustafa pada hari sama telah menfitnah Umno di ceramah awam di markas PAS Kampung Molek, Dungun , Terengganu yang kemudiannya diterbitkan semula artikel kedua mengenai Umno di laman portal HarakahDaily.net.

Umno mendakwa kata-kata fitnah itu dalam erti kata lazim dan biasa membawa maksud bahawa Umno yang merancang insiden berkaitan video lucah itu, Umno sengaja membuat video itu dan parti itu merupakan dalang di sebalik pembikinan video itu.

Parti itu berkata Mustafa dengan sengaja mengeluarkan dan membuat pernyataan fitnah itu bertujuan untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negara ini terhadap Umno tanpa menghiraukan sensitiviti.

Umno berkata pernyataan fitnah itu telah disiarkan dan diterbitkan dengan sengaja dan berniat jahat untuk merosakkan dan menghancurkan reputasi parti itu di negara ini dan juga di mata dunia.

Umno mendakwa bagi artikel ketiga dan keempat pula, Asmuni telah mengucapkan kata-kata fitnah pada 12 April dan 13 April yang kemudiannya diterbitkan semula di HarakahDaily.net dan akhbar The Star.

Bagi artikel kelima pula, parti itu berkata defendan ketiga pada 12 April lepas telah menerbitkan semula kenyataan media berhubung video lucah itu oleh Mustafa di HarakahDaily.net.

Umno mendakwa pada 15 April lepas, Umno melalui peguam caranya, Tetuan Hafarizam telah menghantar notis tuntutan kepada semua defendan antara lain menuntut supaya berhenti daripada memberikan kenyataan berunsur fitnah, bagaimanapun sehingga tarikh writ difailkan mereka masih lagi gagal memberikan sebarang jawapan kepada tuntutan plaintif.

Parti itu berkata akibat daripada pernyataan fitnah itu, reputasi Umno telah terjejas dan mengalami kerosakan yang serius di mata rakyat Malaysia dan juga di mata dunia.

-BERNAMA

 


Video Lucah: UMNO Fail Saman Fitnah Terhadap Mustafa Ali Dan Dua Lagi

KEPUTUSAN PENUH MAZIYA SRC Lawan KELANTAN PIALA AFC 23 APRIL 2013


AFC-cup logo


KEPUTUSAN PENUH MAZIYA SRC VS KELANTAN PIALA AFC 23 APRIL 2013 | Berikut adalah keputusan penuh perlawanan bolasepak peringkat kumpulan G, dimana melibatkan perlawanan antara Maziya SRC vs Kelantan yang berlangsung pada 23 april 2013 di Nasional Stadium in Male, Maldives.Keputusan perlawanan ini memihak kepada tuan rumah iaitu Maziya SRC dengan jarigan gol Maziya SRC 6-1  Kelantan.Bagaimanapun Kelantan bermula garang dalam perlawanan ini,sebaik sahaja sepak mula di mulakan, kelantan mampu menjaringkan gol pada minit ke 7, jarigan oleh Harris Safwan.Namun rentak Kelantan tidak konsisten di penghujung babak pertama,akibatnya Maziya dapat menyamakan jaringan pada minit ke 40.Keadaan yang sama juga berlaku pada babk kedua, akibatnya Maziya meledakkan 5 gol,sekaligus menunjukkan Maziya berpesta gol.Walaupun tewas, Kelantan tetap Layak ke peringkat pusingan kedua Piala Afc iaitu perlawanan kalah mati.


“SYABAS BUAT SKUAD KELANTAN,” 

KEPUTUSAN PENUH MAZIYA SRC VS KELANTAN PIALA AFC 23 APRIL 2013

MAZIYA SRC [ 6 ] VS [1 ] KELANTAN




PRU13 : Dayangku Intan Tidak Gentar Lawan Azalina Othman

 



Dayangku Intan tidak gentar untuk menentang Azalina kerana yakin terhadap pengaruh yang dimilikinya sebagai seorang artis.

PETALING JAYA: Penyanyi Dayangku Intan tidak gentar untuk menentang penyandang Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) pada 5 Mei ini kerana yakin terhadap pengaruh yang dimilikinya sebagai seorang artis.

Dayangku Intan atau nama sebenarnya, Tengku Intan Tengku Abdul Hamid, 47, berkata, jika Azalina berasa kuat atas kapasitinya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan, dia pula akan meraih sokongan kerana dikenalisebagai penghibur.

“Bukan saya mahu cakap besar tetapi saya tidak bimbang menentang Azalina. Kalau nak ikut, nama saya juga besar tetapi saya lebih kepada dunia hiburan manakala Azalina sebagai ahli politik. Itu bezanyakami,” jelasnya yang berada di Pengerang ketika di hubungimStar Online di sini pada Ahad.

Pada PRU-13 ini, Parlimen Pengerang menyaksikan pertembungan tiga penjuru apabila Azalina dari Barisan Nasional (BN) akan ditentang oleh Dayangku Intan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Mohd Azaman Johari (Bebas).

Azalina menang tanpa bertanding di kerusi berkenaan pada PRU 2008.

Dayang berkata, dia berhasrat memperjuangkan nasib penduduk di kawasanberkenaan yang dianggapnya tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain ingin mengubah kehidupan artis supaya menjadi lebih baik sekiranya memenangi kerusi berkenaan.

Katanya, artis-artis masih hidup dalam kemiskininan, tiada insuran selain mahu menuntut agar pembayaran royalti kepada pelakon dapat disegerakan.

Ditanya tidakkah dia berasa sukar daripada seorang artis dan kemudiannya terjun dalam bidang politik Dayang berkata, pada mulanyadia agak stres tetapi selepas mempunyai pengalaman sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Bahru sejak setahun lalu, masalah itu dapat diatasi.

“Mula-mula tu agak susah tetapi selepas saya faham apa yang rakyat mahukan daripada pemimpin politik mereka, barulah saya dapatmenyesuaikan diri dalam dunia politik. Apa yang penting rakyat percaya terhadap matlamat saya untuk memperjuangkan mereka,” katanya.

Dayang yang popular dengan lagu “Berpaut Di Dahan Cinta” memberitahu, keputusannya menyertai parti pembangkang juga didorong rasa kecewa terhadap dunia seni apabila kehidupan mereka tidak dipedulikan.

Katanya, hidup sebagai seorang artis sentiasa terbiar dan bantuan hanya datang apabila diperlukan.

“Jika saya sebagai artis berasa kecewa dengan situasi kehidupan saya itu, saya percaya rakyat juga kecewa dengan apa yang mereka lalui hari ini,” jelasnya.

Dalam pada itu Dayang berkata, dia akan tetap aktif untuk menyanyi walaupun bergelar ahli politik selain semua aktivitinya mendapat sokongan padu daripada suami, Rosman Yahil, 50, serta empat orang anak yang berusia diantara 15 hingga 30 tahun.

* Sumber mStar Online

 


PRU13 : Dayangku Intan Tidak Gentar Lawan Azalina Othman