Telefon kawal tangan palsu




Foto


PERGERAKAN tangan palsu boleh dikawal dengan mengguna aplikasi telefon pintar.





London: Sebuah syarikat teknologi membuat anggota palsu berjaya mencipta tangan palsu yang begitu canggih sehingga boleh dikawal mengguna aplikasi telefon pintar.


Revolusi tangan palsu sentuhan bionik ‘i-LIMB’ membolehkan penggunanya memusingkan ibu jari. Kelima-lima jari juga boleh digerakkan, pergelangan tangan yang boleh dipusing dan mempunyai rangka aluminium.


Syarikat berkenaan mendakwa ia adalah tangan palsu paling canggih pernah dihasilkan.


Ia juga adalah anggota palsu yang pertama dicipta untuk dikawal menggunakan aplikasi perisian komputer.


Didatangkan dengan aplikasi iOS (Sistem Operasi mobil) yang membolehkan pengguna mengawal genggaman tangan menggunakan telefon pintar.



Aplikasi itu membolehkan pemakainya memilih 24 genggaman berbeza dengan hanya menyentuh skrin.


Aplikasi berkenaan juga menawarkan latihan mengenai cara terbaik menggunakan peranti itu dan ia boleh mendedahkan sebarang masalah yang timbul.


Ia boleh berfungsi dengan mengguna elektrod pada pergelangan tangan untuk menerima denyutan elektrik yang dihasilkan oleh pengecutan otot yang kemudian diterjemah oleh komputer.


Setiap jari boleh dibengkok pada ruasnya dan boleh disesuaikan untuk dimuatkan pada sebarang bentuk objek yang ingin digenggam pemakai.


Ia juga boleh digunakan untuk apa saja, daripada menaip hingga mengikat tali kasut.


Ia akan kembali kepada kedudukan biasa secara automatik selepas satu tempoh tidak aktif.


Peranti yang menggunakan tenaga bateri itu bagaimanapun begitu teknikal hingga pengguna perlu menjalani latihan secara mendalam sebelum boleh menggunakannya dengan cekap. – Daily Mail


like-this-page2






Telefon kawal tangan palsu