Terkini, pelakon Benjy juga anak sulung kepada seniwati Azean Irdawaty, memaklumkan keadaan ibunya semakin lemah, sejak dua bula lalu. Menurutnya, pergerakan ibunya semakin terbatas dan hanya berehat di rumah sebelum menunggu pembedahan membuang tumor yang semakin merebak pada selaput perlindungan otaknya.
Luahan Benjy : Pembedahan yang akan dijalankan di Hospital Sungai Buloh pada 22 April ini, berisiko tinggi.Kesihatan ibunya semakin merosot sejak dua bulan lalu, selepas terputus bekalan ubat berikutan kehabisan wang simpanan.Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya.Namun, disebabkan situasi kewangan tidak mengizinkan, kami tidak lagi dapat membeli ubat terbabit. Kesannya, tubuh mama semakin lemah, mudah letih, hilang selera makan, apatah lagi selepas tumor menyerang sebelah kiri otaknya.Kesan tumor memberi tekanan pada otaknya sehingga dia banyak berdiam diri. Mungkin otak dia tidak dapat menerima maklumat apabila orang bercakap dengannya dan sukar untuk bercakap semula.Tambah Benjy, buat masa ini dia, ayah dan adik beradikya bergilir-gilir menjaga ibunya. Doktor juga menasihatkan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat bagi mengelakkan ibunya terdedah kepada jangkitan penyakit lain.
“KAMI DOAKAN SENIWATI AZEAN BERANSUR SEMBUH..AMINNN”
The post TUMOR SEMAKIN MEREBAK | AZEAN IRDAWATY KRITIKAL – BENJY
TUMOR SEMAKIN MEREBAK | AZEAN IRDAWATY KRITIKAL – BENJY