LILONGWE, Malawi – Ratu pop dari Amerika Syarikat, Madonna (gambar) menyatakan bahawa dia berasa sedih kerana kerajaan Malawi mengkritik tingkah laku dan kerja-kerja kebajikan yang dilakukannya di sini.
Semalam, pentadbiran Presiden Malawi, Joyce Banda menyifatkan Madonna suka membesar-besarkan kerja kebajikannya.
Madonna juga dituduh meminta layanan istimewa selepas dia merungut tentang lawatannya ke negara selatan Afrika itu. Penyanyi lagu Material Girl itu mempunyai dua orang anak angkat warga Malawi.
Dia pergi ke Malawi bersama anak-anaknya dan melawat beberapa sekolah yang dibiayai oleh yayasannya, Raising Malawi.
- Agensi (kosmo!)
Madonna sedih dituduh berlagak diva di Malawi