Datuk Mustafa Ali
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan mengenai video lucah terbaru yang diedarkan sejak malam Khamis dan menyerahkan perkara itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.
“Saya tidak akan menjawab sebarang petanyaan mengenai isu yang diperkatakan. Semuanya saya telah serahkan kepada peguam saya melalui Awi & Co untuk uruskan,” katanya dalam kenyataan satu perenggan yang disiarkan oleh Harakahdaily.com versi bahasa Melayu.
Beliau merujuk kepada video lucah yang disebarkan melalui beberapa blog sejak malam Khamis yang didakwa menyerupai dirinya.
Video lucah itu menunjukkan lelaki bersinglet dan berbadan gempal serta berjanggut sedang memakai seluar dalam warna putih yang sangat besar.
Dalam video yang sama, ditunjukkan seorang wanita sedang duduk di penjuru katil memakai tuala putih panjang.
Wanita itu dikatakan seorang warga negara Indonesia.
* Sumber mStar Online
Mustafa Ali Tak Akan Jawab Dakwaan Video Seks dan Serah Pada Peguam