Kalau Comot, Suami Pun Tak Lalu Makan – Rozita Che Wan


Rozita Che Wan

Pelakon yang terkenal dengan imej seksi dan gemar memakai bulu mata palsu, Rozita Che Wan akui dirinya akan tetap mengekalkan imej sebegitu meskipun mengikuti program MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua yang bakal berlangsung di Astro Ria mulai 20 April ini.

Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dirinya tidak mengalami sebarang masalah sewaktu mengikuti program tersebut walaupun dia memasak dengan gaya yang elegan.

Betul (masak dengan gaya ala majlis anugerah). Nak masak tak semestinya kena pakai comot-comot. Kita berpakaian cantik pun kita boleh masak. Tak semestinya orang yang cantik itu tak pandai masak.

Kalau masak pakai comot-comot, suami pun tak lalu makanlah. Solekan saya pun tak adalah luntur ke apa ke. Elok saja. Tak adalah pula bulu mata terjatuh dalam rendang. Tak ada masalah.

Dalam pada itu, Che Ta turut kongsikan pengalamannya sewaktu memasak ketika cuaca panas dan akui masih boleh teruskan cabaran tersebut meskipun cuaca pada ketika itu mencacatkan sedikit solekannya.

Apabila cabaran di luar, masak selama tiga jam di padang polo ketika cuaca panas, cuma ambil tisu untuk lap peluh.

Memang tak ada masa untuk betulkan solekan dan dengan muka macam itu lah, kami hidangkan makanan – Ujar Che Ta menerusi laporan Sinar Harian.

Kalau Comot, Suami Pun Tak Lalu Makan – Rozita Che Wan