Adrianne menari di Pusat Tarian Arthur Murray.
Boston: Seorang guru tari yang hilang sebelah kaki dalam serangan bom Maraton Boston berikrar untuk menari lagi dan lari dalam acara itu tahun depan.
Doktor gagal menyelamatkan kaki kiri Adrianne Haslet-Davis selepas dia terkena bom kedua ketika menonton perlumbaan itu minggu lalu. Mereka terpaksa memotong kakinya sebanyak lima inci dari bawah lutut.
Meskipun menjalani pembedahan yang mengubah hidupnya, wanita berusia 32 tahun itu berkata, dia tidak akan meninggalkan minatnya.
“Ketika menari, saya merasakan tidak perlu melakukan apa-apa lagi. Saya mencapai kegem
“Saya tidak boleh membiarkan orang lain datang dan meragut seluruh kehidupan saya. Kerana itu saya akan menari lagi. Dan tahun depan, walaupun tidak pernah berlari, saya akan menyertai acara maraton itu.
Adrianne bersama suami, Adam Davis.
Gambar yang dibekalkan oleh Studio Arthur Murray Studio di Park Plaza menunjukkan Adrianne begitu bersemangat mengajar orang lain untuk menari dan dia sendiri menari dengan lemah lembut.
Perasaan kehilangan kakinya jelas pada fikiran Adrianne apabila dia dan suami, Kapten Tentera Udara Adam Davis, merasai kesan letupan itu. “Saya masih ingat letupan bom pertama. Ketika itu saya memegang Adam, suami saya dan terfikir, pasti ada bom kedua.
“Saya tahu sesuatu akan berlaku dan saya mula menjerit. Kemudian bom kedua meletup. Saya masih ingat jatuh ke belakang kerana kesan letupan itu,” katanya dalam wawancara dengan CNN.
Dia bangkit dan menyangka semuanya berjalan dengan baik sehingga suaminya menunjukkan ke arah kakinya.
- Dailymail (myMetro)
Share/kongsikan. T.Kasih.
Share/kongsikan. T.Kasih.
Guru tari serangan Bom Maraton putus kaki tidak akan berhenti Menari