Rekod Pecah 142 biji Telor hanya 1 Minit


 



Foto : Aksi Damerow pecahkan telur (True TV)

 

TEXAS – Seorang lelaki bernama Scott Damerow memecahkan rekod Guinness Book of World Record setelah ia berjaya menyelesaikan 142 butir telur dengan kepala dalam masa satu minit.


Pemuda asal Corpus Christi, Texas, Amerika Syarikat (AS) ini berjaya menyelesaikan 142 butir telur dengan kepalanya. Aksi Damerow ini disiarkan oleh salah satu televisyen tempatan pada Mac silam. Damerow berjaya memecahkan rekod sebelumnya dari 130 butir telur. Demikian, diberitakan Huffington Post, Rabu (10/4/2013),


Dalam video tersebut, Damerow bergerak dengan cepat apabila memecahkan telur itu, kemudian penonton bersorak-sorai memberi semangat padanya. Bekas bintang bola sepak di sekolahnya ini bercita-cita untuk menorehkan namanya di Guinness Book of World Records.


“Saya sudah terbiasa menyundul bola, jadi saya fikir mungkin saya boleh memecahkan rekod dengan menggunakan kepala saya juga,” kata Damerow.


“Kepalaku terasa mati rasa. Saya bahkan tidak menyedari kepala saya terluka kerana kulit telur itu. Saat itu adrenalin saya begitu memuncak,” tambahnya.


Seperti diketahui rekod memecahkan telur ini pernah diraih oleh lelaki asal Itali pada 2009 silam. Lelaki Itali itu berjaya menyelesaikan 49 telur dengan jari-jari kakinya dalam satu minit.


* Sumber okezone.com