BADROL Hisham menziarahi Som di Kampung Tanjung Putus, semalam.
Kuala Nerang: “Saya tak sabar nak mengundi dalam Pilihan Raya Umum ini dan pilih Barisan Nasional (BN) sebab tak abaikan kebajikan rakyat sebab banyak bagi bantuan,” kata Som Musa.
Warga emas itu yang kini berusia 94 tahun memberi jaminan sentiasa setia dengan BN sepanjang 12 kali mengundi dalam pilihan raya umum sebelum ini walaupun pernah mengalami masalah kesihatan ketika hari pengundian.
Katanya, dia tidak akan sesekali memberi sokongan kepada parti lain kerana bimbang perubahan kerajaan menyebabkan nasib golongan warga emas akan terabai.
“Saya tak mahu menyesal kemudian hari dan akan memilih lambang kati (BN) untuk terus mentadbir negara ini sejak negara ini merdeka sampai sekarang.
“Saya tak sabar tunggu hari mengundi 5 Mei ini untuk jalankan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Putus, dekat sini, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro
Tahniah untuk Nenek ini yang bakal mengundi untuk kali ke 13