LOHAN dikerumuni jurugambar semasa dia tiba untuk diwawancara oleh Letterman di New York kelmarin.- AP
NEW YORK – Aktres bermasalah, Lindsay Lohan kelihatan marah apabila dia ditanya oleh pengacara terkenal, David Letterman berhubung masalah ketagihan yang dihadapinya, lapor akhbar The Sun semalam.
Lohan muncul dalam rancangan perbualan popular, Late Show With David Letterman ketika dia ditanya soalan tersebut kelmarin.
Lohan kelihatan tidak selesa dan terkejut dengan beberapa pertanyaan berhubung program pemulihan yang akan diikutinya pada awal bulan depan.
Aktres itu yang berusia 26 tahun diarah oleh hakim sebuah mahkamah untuk menjalani hukuman mengikuti program pemulihan selama 90 hari.
Dia diarah untuk memasuki sebuah pusat pemulihan sebagai sebahagian daripada satu perjanjian kes jenayah selepas aktres itu terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Lohan sebelum ini terkenal dengan masalah ketagihan dadah dan alkohol.
- Agensi (kosmo! Online)