Filem “Juvana” Punca Budak Sekolah Dipukul?


Screen Shot 2013-04-11 at 12.05.55 PM


Lihat saja dimana-mana laman sosial samada Facebook, Twitter (#ijatsyafiq) ataupun blog-blog persendirian. Hangat sungguh isu mengenai sebuah video yang memaparkan visual seorang pelajar dipukul tanpa belas kasihan diperkatakan.


OHBULAN! pasti anda sendiri sudah menonton dan kasihan melihat mangsa buli tersebut, kan? Apa tidaknya, dia ditumbuk, dipukul, disepak, diterajang. Bukan dipukul biasa, tapi gaya si pembuli tak ubah seperti seorang yang tidak kenal erti takut. Dengan geraknya meniru aksi ‘tomoi’, OHBULAN! pasti si pembuli tidak pernah memikirkan kesan kepada mangsa yang dipukul.


Tapi itulah, kalau sudah namanya budak sekolah, kadang-kadang memang ada yang akalnya letak dilutut. Sudahlah membelasah beramai-ramai, kemudian dirakam pula menggunakan telefon bimbit. Menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dipercayai lebih 5 orang telah menyaksikan kejadian ini namun hanya sekadar melihat dan ketawa. Polis turut memberitahu bahawa ketiga-tiga pelajar yang bertanggungjawab juga telah dibuang sekolah. (sumber)


Namun, apa yang mengejutkan sebenarnya ialah apabila terdengar seorang pelajar menyebut nama Lan Todak dan juga meniru dialog watak tersebut dari filem ‘Juvana’.


Lan todak


Persoalannya, adakah filem ‘Juvana’ yang mempengaruhi remaja-remaja di sekolah untuk berkelakuan ganas seperti ini? Atau mungkinkah institusi pembelajaran itu sendiri yang kurang mengambil berat dan hanya memandang ringan terhadap kes disiplin para pelajar sehingga mereka tidak mempunyai rasa takut terhadap undang-undang? Atau mungkin ibu bapa yang takut untuk mengaku kesilapan sehingga menyalahkan filem dan karya seni sebagai punca kejadian berlaku?


OHBULAN! sempat menghubungi Joe Lee, bekas wartawan senior untuk mendapatkan respon mengenai isu yang berlaku.


“Pengaruh sememangnya, tapi bukan untuk menyalahkan filem atau karya seni. Cuma budak-budak sekarang terlalu cuba hendak tonjolkan diri dengan kawan-kawan sehingga menggunakan ‘pop culture’ sebagai rujukan untuk menayang ‘cool’ atau serba tahu apa kegilaan atau minat terkini.


“Ini tidak boleh dielakkan. Oleh itu, sememangnya tanggungjawab bukan sahaja keluarga di rumah tetapi juga pihak berkuasa seperti sekolah lebih prihatin kes buli.


“Kaitan dengan Juvana sekadar mencerminkan ketidakmampuan budak-budak sekarang dalam memahami mesej dalam suatu karya seni. Sememangnya sifat mengagungkan sesuatu yang ‘rebel’ ada dalam jiwa budak belasan tahun, tapi harus diberikan kesedaran kesan tindakan sebegitu yang sekadar hiburan dalam cerita rekaan berbeza dalam kehidupan sebenar,” tambah Joe lagi.


Sebagai rakyat Malaysia yang dikenali dengan sikap ramah dan baik hati, marilah kita sama-sama bertanggungjawab membanteras perkara tidak bermoral seperti ini dan jadikan negara ini sebagai negara yang lebih baik. For a #BetterNation!


 







Filem “Juvana” Punca Budak Sekolah Dipukul?