Hanya Hsu sahaja berkeras enggan berpindah dari apartmen di wilayah Jilin, timur laut China itu
Pernahkah anda terfikir, apakah bakal berlaku jika air paip dibiarkan mengalir terlalu lama di rumah?
Tindakan seorang penghuni tingkat tujuh apartmen di wilayah Jilin, timur laut China membuka paip air sebagai tanda protes berjaya menghasilkan air terjun beku menakjubkan di luar bangunan itu.
Wen Hsu, 58, mengambil tindakan tersebut selepas apartmen itu akan dirobohkan untuk projek pembinaan kompleks membeli-belah baru di tapak terbabit.
Hsu menginap sejak 35 tahun lalu menegaskan, dia enggan berganjak kerana tidak ditawarkan pampasan mencukupi untuknya berpindah ke tempat lain.
Difahamkan, hanya warga emas itu yang berkeras untuk terus tinggal di situ manakala penghuni lain akur dengan arahan pemaju.
“Tujuan asal saya adalah untuk mengelakkan bekalan air terputus. Bagaimanapun, cuaca sejuk membekukan air tersebut,” jelasnya yang dipetik menerusi laporan MailOnline.
Kewujudan air terjun beku itu turut menarik perhatian banyak pihak termasuk kerajaan tempatan yang menggesa pemaju supaya segera memenuhi tuntutannya.
Air terjun beku di China