Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada mengeluarkan dakwaan kononnya aktor kacak, Adi Putra sudah semakin ‘demand’ dalam meletakkan harga bagi setiap kerjaya seni sehingga ada pihak telah tersinggug dengan tindakan pelakon ini.
Oleh itu, bagi mendapatkan kepastian, OHBULAN! telah menemubual Adi Putra sendiri berhubung isu tersebut.
Menurut Adi Putra, dia sendiri tidak mahu mengia atau menidakkan dakwaan tersebut, akan tetapi lebih sifat terbuka untuk menerima setiap kritikan yang dilemparkan keatas dirinya.
“Saya bersyukur cerita sebegitu keluar. Saya teringat pesan ibu saya, katanya kalau kita selalu diperkatakan bererti ada orang yang ambil berat tentang diri kita dan kita masih dalam perhatian orang. Jadi, saya tidak melihat ini sebagai isu negatif, tapi lebih kepada positif.
“Ada yang kenal diri saya dan ada juga yang tidak.
“Jadi, saya tak nak mengia atau menidakkan dakwaan tersebut kerana manusia akan selalu cakap tidak. Tapi perkara itu hanya saya sahaja yang tahu.”
Mengulas lebih lenjut mengenai dakwaan tersebut, aktor terkenal ini turut merasa hairan bagaimana cerita sebegini boleh terkeluar, akan tetapi lebih bersikap tenang dan hanya mengikut falsafah diri yang telah dipegang olehnya selama ini.
“Saya pun tahu macam mana cerita ini boleh keluar. Apa yang boleh saya cakap, tepuk dada tanya selera.
“Mungkin sekarang ini saya sedang diperhatikan dan sebab itulah cerita ini baru keluar. Kalau ikut falsafah saya adalah biar bersifat jelas dan benar. Baik bersifat ‘demand’ daripada mencuri,” ujar Adi Putra sewaktu bertemu di majlis malam gala tayangan filem terbarunya, ‘Langgar’ semalam.
Adi Putra Makin Demanding?