Artis Gembira Parlimen Sudah Bubar #PRU13


PRU13


Bukan artis saja yang gembira apabila parlimen sudah dibubarkan. Tapi, anda diluar sana juga pasti ada yang menghela nafas panjang selepas beberapa lama kerajaan berteka-teki untuk membubarkan parlimen.


Tepat jam 11.30 pagi tadi (3 April 2013), Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengisytiharkan pembubaran parlimen secara rasminya selepas beliau menghadap Yang Dipertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah, sekitar pagi tadi.


Pembubaran ini sekaligus memberikan laluan untuk sesi kempen pilihanraya yang dijangkakan akan berlangsung selepas 2 minggu parlimen dibubarkan bergantung kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM). Ini bermakna, segala janji dan kempen serta manifesto pembangkang mahupun kerajaan akan diadakan, dibentang dan mungkin dilaksanakan apabila selesai Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.


Dalam pada itu, beberapa orang artis turut meluahkan rasa gembira mereka dan tidak kurang juga ada yang memuji kerajaan selepas tempoh pemerintahan berakhir.


Screen Shot 2013-04-03 at 11.56.08 AM


Screen Shot 2013-04-03 at 11.56.46 AM


Screen Shot 2013-04-03 at 11.58.18 AM


Screen Shot 2013-04-03 at 12.00.30 PM


Screen Shot 2013-04-03 at 12.01.36 PM


Namun, sebuah akaun Twitter parodi Hasbullah Awang telah mengusik hati kami apabila penulis berkata, “Parlimen dibubar harini, jadi hari inilah baru rakyat diambil berat oleh segelintir pemimpin. # PRU13″


Screen Shot 2013-04-03 at 12.16.59 PM


Apa pun, semoga kita semua memilih dan mengundi dengan bijak. Bukan kerana emosi dan sifat benci.