Gambar sekadar hiasan
Orang tengah sibuk bercinta kan, habis krew set penggambaran pun mahu dimarahnya. Tapi itulah yang kami dengar berlaku di didalam sebuah set penggambaran.
Semalam, kami dikejutkan dengan sebuah mesej dari rakan yang sudah lama kami tak hubungi. Ingatkan mahu diajak jumpa, rupanya mahu mengadu perangai seorang pelakon lelaki ini yang semakin lama semakin ‘kekwat’.
Ceritanya begini, pelakon lelaki ini sedang menjalani penggambaran bersama seorang lagi pelakon wanita. Mungkin kerana selalu berjumpa di set, kedua mereka telah jatuh cinta. Menurut krew penggambaran, mereka tak kisah jika mana-mana artis mahu bercinta sesama sendiri pun. Tapi, sikap pelakon lelaki ini membuatkan krew di lokasi tidak selesa kerana perangainya yang tidak segan untuk berkepit dengan sang kekasih.
Bukan sekadar itu, kami diberitahu, krew yang cuba menegur perbuatan pelakon lelaki dan wanita ini kemudian disindir kembali oleh pelakon lelaki tersebut.
Menurut sumber lagi, kedua pelakon ini yang sering berkepit di lokasi penggambaran bukan saja menimbulkan rasa kurang senang orang kampung, malah pelakon lelaki ini juga dikatakan pernah diperli oleh pengarah filem yang dibintanginya.
Cerita ini tidak berhenti disini, sumber memberitahu bahawa pelakon lelaki ini memang sudah lama perlahan-lahan terkeluar belangnya. Dia juga sebelum ini dikatakan pernah meminta agar trailer promo sebuah filem yang dibintanginya ditukar dengan alasan filem itu pasti akan box-office. Akhirnya, kutipan yang dikaut untuk filem dibintanginya tidak mencecah RM300 ribu pun.
Bagus jika jadi seorang pelakon yang berbakat, tapi kalau bakat dan sikap tidak sama aras, macam mana tu?
Caras : Krew Meluat Pelakon Asyik Berkepit Di Lokasi