Disebalik kehangatan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang bakal berlangsung tak lama lagi dan juga berita pembubaran Parlimen semalam, kini kempen sudah mula dijalankan sedikit demi sedikit. Bendera-bendera dari parti pembangkang dan juga kerajaan sudah mula dinaikkan di tiang-tiang lampu dan tepi jalan.
Bukan setakat rakyat biasa dan ahli politik, artis-artis juga turut sama menghangatkan lagi PRU kali ini yang turut dilihat menenggelamkan populariti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang bakal berlangsung pada hari Ahad, 7 April ini.
Jika dilihat ramai selebriti yang mengambil langkah merahsiakan parti mana yang akan diundi mereka demi menjaga sensitiviti peminat, lain pula bagi Dato’ AC Mizal dan juga Abby Abadi.
AC Mizal, seorang pelakon dan juga pengacara sempat memuatnaik gambar dirinya membantu para Pemuda UMNO memasang bendera di sekitar kawasan Ampang.
Bagi pengikut setia industri hiburan, Abby Abadi memang sudah diketahui umum sebagai selebriti wanita yang kuat mempromosikan perjuangan politiknya menerusi laman Twitter.
Melalui laman Twitter dan Instagram selebriti ini, dia dilihat memuatnaik gambar ketika melawat kawasan perkuburan korban Tragedi Memali 1985 yang mengorbankan 13 orang penduduk Kampung Memali.
Ironik sungguh bila kedua-dua selebriti ini pernah sama-sama berlakon dalam siri drama popular, “Gerak Khas”.
Dato’ AC Mizal & Abby Abadi Turut Sokong Kempen #PRU13