Foto : Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Bercinta?


Pekin IbrahimPekin Ibrahim bercinta dengan Uqasha? Jarang sekali kita mendengar gosip dari pelakon berbakat ini kan?


Namun, jangan cepat melatah ya. Menerusi laporan mStar Online, Uqasha menjelaskan mereka berdua masih berkawan dan saling mengenali hati budi masing-masing.


“Benar kami berkawan dan sedang mengenal hati budi masing-masing.”


Spekulasi ini timbul selepas Pekin memuatnaik sendiri beberapa keping gambar dia dan Uqasha pergi bercuti ke Phuket. Dan yang paling menarik ialah sekeping gambar yang menunjukkan mereka berdua berpimpinan tangan. Turut dilihat bercuti bersama mereka ialah bekas kekasih Yuna, Qi Razali.


Namun, spekulasi ini dikuatkan lagi dengan sekeping gambar Uqasha yang dimuatnaik oleh Pekin ke laman Instagramnya. Pekin tanpa berselindung menulis ‘caption’, “I miss her so much.


Tak cukup disitu, Pekin turut memanggil ibu Uqasha sebagai mak mertua dalam sekeping gambar yang turut dimuatnaik ke laman Instagramnya.


Jika benar masing-masing sudah ‘tersangkut’, tahniah la ya :D Mari lihat beberapa keping lagi gambar mereka.


Screen Shot 2013-04-01 at 12.45.31 AM
d6248482946711e2b16122000a1f9e61_7
33f65aa4947211e29d7a22000a1f9d9b_7
Screen Shot 2013-04-01 at 12.29.30 AM