Namron Komen Aksi “Mesra” Bersama Natasha Hudson


Namron


Semalam telah berlangsungnya malam gala bagi tayangan filem terbaru arahan Syed Hussain berjudul “Langgar,” lakonan mantap Adi Putra, Natasha Hudson, Namron, Khir Rahman serta Hans Isaac, bertempat di Chatay Cineleisure The Curve, Selangor.


Menyentuh mengenai babak ‘mesra’ yang melibatkan pelakon hebat Namron dan Natasha Hudson di dalam filem ini, aktor tersebut telah mengakui bahawa sememangnya berlaku sedikit sentuhan antara dirinya dengan aktres tersebut, akan tetapi tindakan yang dilakukan adalah satu perkara yang tidak disengajakan.


“Sebenarnya, masa melakonkan babak tersebut, saya dan Natasha memang sudah bersedia untuk bekerjasama dalam melakonkan adegan sedemikian.


“Aksi-aksi sebegitu memang ada melibatkan sedikit sentuhan, sehingga kita rasa tak elok untuk dipertontonkan. Akan tetapi itu semua tidak dirancang.


“Sewaktu melakonkan watak tersebut, ia adalah tindakan spontan daripada diri saya sendiri.”


Dalam pada itu pihak media juga sempat mengajukan soalan, apakah perasaan Namron apabila Natasha membenarkan dirinya untuk memukul dan menampar pelakon wanita tersebut secara ‘real’ demi mendapatkan mood lakonan yang sebenar? 


“Saya tahu Natasha macam mana, dia mempunyai komitmen untuk melakukan sesuatu watak. Jadi, apabila dia memberi kebenaran untuk saya lakukan apa sahaja pada dirinya, saya akan cuba lakukan dengan baik. Tapi itu semua hanya berpandukan pada watak sahaja.


“Bila pukul, bukan bermakna saya pukul dia 100%. Lagipun apabila kita lakonkan dengan ‘real’ sedikit sebanyak ia membantu menguatkan lagi kepuasan kedua-dua belah pihak,” ujar Namron sewaktu bertemu di malam gala filem tersebut, semalam.


Merujuk perkembangan terbaru, Namron baru sahaja selesai mengarahkan filem pertamanya berjudul “Psiko Pencuri Hati” dan filem tersebut dijangka akan mula ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.