Remy Ishak Didakwa Timbulkan Masalah?


Remy IshakBaru-baru ini Remy Ishak, 31, telah menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada berlakon dalam produksi teater ”M.Butterfly” yang dijadual akan dipentaskan pada 11-14 April ini di Blackbox, Publika Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.


Pelakon ini memaklumkan kepada pihak produksi teater bahawa pihak pengurusannya tidak bersetuju untuk dia memainkan naskah “M.Butterfly” yang mempunyai elemen seksual dan politik. Peranan Remy dalam pementasan teater ini kemudian telah digantikan dengan Benjy, 35.


Kesan daripada ini, ia menimbulkan sedikit isu apabila Remy dikatakan mendiskriminasikan naskhah teater tersebut. Menurut salah seorang krew produksi, tindakan Remy ini menyebabkan mereka terpaksa membuat perubahan disaat akhir kerana pelakon baru terpaksa berlatih dari mula.


Persoalannya, sebagai seorang pelakon dan penggiat seni, adakah wajar baginya untuk menolak watak ini disebabkan elemen seks dan juga politik didalam sesebuah naskhah itu? Jika benar pun, patutkah dia menarik diri disaat akhir sedangkan dia ada masa lebih kurang dua bulan untuk berbuat demikian sebelum ini?


Untuk info, teater ini bakal dipentaskan tidak kurang lagi satu minggu dari sekarang iaitu pada 11-14 April ini. Karya asal David Henry Hwang ini akan diarahkan oleh Mislina Mustaffa, pelakon dan pengarah teater/filem di dalam bahasa Melayu.


Drama yang diinspirasikan oleh opera Madama Butterfly Giacomo Puccini memaparkan watak utama, Rene Gallimard, yang merupakan seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.


Bagi yang tidak tahu, “M.Butterfly” pernah dipentaskan di Euqene O’Neill Theatre, New York Amerika Syarikat pada 20 Mac 1988 hingga 27 Januari 1990 selama 777 kali pementasan yang diarahkan oleh John Dexter dan pernah difilemkan selama tiga kali yang sebelum ini. Selain itu filem ”M.Butterfly” juga pernah memenangi dua anugerah iaitu “Cerita Terbaik” di Drama Desk Award dan Tony Award pada tahun 1988.


Kredit foto : Feeq Photography