imej
ALOR GAJAH – Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat sini.
Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yang sudah bercucu itu kerap tidur bersama pasangannya di rumah berkenaan.
Sumber berkata, isteri yang berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87 tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya itu.
“Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat suaminya dari arah salah satu bilik.
“Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil,” katanya.
Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer Paabas, Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke atas rumah disyaki.
“Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10 minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak berkunci.
“Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat keletihan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut.
* Sumber