InsyaAllah, Saya Nak Kahwin Tahun Ini – Shaheizy Sam


Shaheizy Sam



Mengalahkan pesaing-pesaing hebat lain seperti Aaron Aziz dan juga Zizan Razak yang sememangnya kita tahu mempunyai peminat yang tersendiri, Shaheizy Sam sekali lagi mengulangi kejayaannya apabila sebelum ini juga pernah merangkul trofi yang sama di ABPBH 2010.

Namun dalam mengecapi kejayaan demi kejayaan, Sam turut meluahkan keinginannya untuk berumah tangga selepas ditanya oleh pihak media.

“Apa yang Sam boleh cakap, Sam teringin nak berumah tangga. Mungkin hati ini Allah tak buka lag dan jodoh pun tak sampai lagi,” jawab selebriti berusia 30 tahun ini.

Ditanya adakah dia berusaha untuk mencari pasangan hidup, Sam menjawab, “Usaha tu tak tau la, jodoh Tuhan dah tentukan. Jadi usaha ada ke takde, ia tetap ada disitu.

“Jadi apa Sam nak cakap, kalau betul nak tengok Sam kahwin satu hari nanti, berdoalah. Kalau ada, ada lah, tapi InsyaAllah, kalau dapat, saya nak kahwin tahun ini,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, menjawab pada isu diantaranya bersama Fazura, Sam memberitahu mereka berdua sudah lama kenal antara satu sama lain.

“Sam memang sangat rapat dengan dia sejak sejak pertama kali Sam berlakon filem, filem “Bohsia” ke apa mase tu. Cuma dia hilang dan dia pun berhenti berlakon agak lama. So sekarang dapat jumpa dia balik, dia pun dah mula berlakon.”

Sam turut memberikan respon mengenai komen Fazura sebelum ini yang mengatakan Sam mempunyai kualiti lelaki idaman.

“Dia cantik, memang cantik. Mungkin tak cukup kenal lagi, tapi fizikal dia sangat cantik. Kalau ada can, Wallahualam. Hati kita tak tau,” jawab Sam.

Untuk pengetahuan, Shaheizy Sam dan Fazura bakal berganding dalam filem terbaru berjudul ‘Manisnya Cinta’.