Google Treasure Map yang dilancarkan sempena April Fool semalam merungkai sebuah misteri yang menjadi tarikan peminat Gangnam Style seluruh dunia.
Populariti PSY sejumlah 1 billion tontonan dilaman Youtube telah diabadikan dalam Google Treasure Map dimana karikatur beliau dijadikan simbolik kepada bandar Gangnam, Korea Selatan (Klik Sini). Difahamkan peminat PSY amat teruja dan bangga apabila penghormatan sedemikian diberikan oleh pihak Google kepada ikon dunia itu.
Pada masa yang sama, PSY melalui Twitternya berkongsikan foto Google Treasure Map berkenaan.
Fenomena Gangnam Style ini menemui garisan penamat apabila PSY memaklumkan persembahannya kuda di acara Future Music Festival Asia, Kuala Lumpur yang berlangsung pada 16 Mac lalu adalah yang terakhir.
PSY Diabadikan Dalam Google Treasure Map